Showing posts with label self related. Show all posts
Showing posts with label self related. Show all posts

02 February 2016

gadisku

sesungguhnya sesebuah keluarga itu adalah di mana tempat pulang sesuatu manusia.

segala masalah,baik atau buruk,senang mahupun susah,membuat seseorang kembali kepada keluarganya

"family : the greatest thing in life aren't things"

sebagaimana sukar sesuatu keadaan untuk mengekalkan keharmonia,namun di situ sentiasa terletak segala penyelesaian kepada kekusutan:keluarga

walau bagaimana terjadi,perkara yang akan tetap aku pertahankan adalah keluarga

keluarga kecilku

selamanya terletak cintaku

kepadamu zuriatku

dan cintaku hanya untukmu,wahai isteriku

isteri....

seseorang yang senantiasa ada di saat aku berada dalam kekusutan
seseorang yang akan menjadikan keceriaan itu muncul tatkala kekecewaan itu menyelubungi kalbu
teman baikku, kekasihku....cintaku

aku mungkin seorang yang polos
dan setiap perilaku aku menjengkelkan
ulang dan merosakkan
sampah dan menyakitkan

aku berlagu tanpa sendu
irama yang berkumandang bergema layu
tiada ritma dalam palu
akhirnya tumpas di dalam onak dan liku

senantiasa kekuatan itu muncul tatkala dia menghulur tangan
membawa harapan dan juga impian
di hari hadapan ,kujelmakan setiap bait perasaan
nukilan tiada bertepian

cintaku,dan kasihku untukmu duhai isteriku
di kala malam berlalu pilu
syair dan intuisiku membisik di fikiranku
kerana aku tahu engkau adalah yang terbaik untukku


terima kasih cintaku,suhaida gadisku

15 May 2015

Usaha...pebende?

sampai satu masa, kau akan tahu bahawa apa yang kau lakukan tu terbahagi kepada dua subjek yang memerlukan penilaian :

1) aku melakukan satu perkara berdasarkan pengalaman,dan setiap langkah yang diambil adalah secara berhati-hati supaya kesalahan lampau tidak berulang

2) aku menerobos halangan secara membabi buta dan memperjudikan segala faktor yang perlu diambil kira tanpa memikirkan natijah yang akan menimpa

kedua-dua perkara tersebut takde salah dan betulnya, dah namanya manusia...bukan sempurna,penuh dengan tanda tanya,dan mengharap miracle menjelma tanpa hujung pangkalnya.

pengakhirannya, sama ada berjaya atau tak,tu bukan bawah kuasa kita,sebaik mana pun perancangan,tu atas rezeki...ada yang masih mencuba,berkali-kali tanpa henti,namun masih belum berjaya, ada juga yang sekali cuba, terus dah tercapai hala tujunya.

thomas alva edison mengalami 1000 kali kegagalan sebelum berjayanya dia mencipta bola kaca ajaib yang mengeluarkan cahaya yang kita panggil hari ini sebagai mentol.yang tak berjaya tu aku tak tau la,sebab mereka tak berjaya,nama mereka pun tak terkenal lah.

last2,kita berbalik pada hukum tuhan bahawa Allah tu tidak akan menguji seseorang hambanya jika bukan di bawah kemampuannya. secara realistik,kita yang berusaha beberapa kali ini kene bersyukur,kerana kita antara insan-insan terpilih yang mana Allah tahu kemampuan kita dan sentiasa ujian diturunkan kepada kita supaya sentiasa kita mengakui keesaannya, tapi aku tak bermaksud yang mana sikit ujiannya itu tidak disayangi,tapi kau mungkin antara yang Allah akan uji dalam bentuk yang lain,sesuatu yang kau sendiri tidak sedar

yang penting,senantiasa kita beringat,jangan menyalahkan takdir,dan jangan meninggi diri di atas segala kejayaan yang kita kecap,kau baru tahu setakat saat ini sahaja,yang terkedapan kau sendiri tak boleh predict... 


kau dan aku sama,berada di pentas dunia untuk kembali kepadaNya


seribu satu natijah
-alfiesyahril-

10 March 2014

serabut

melepas keserabutan kepala bukan hal yg harus dipandang enteng
sukarnya sesukar memasukkan benang ke jarum,cuma catch dia kat situ adalah si pemasuk jarum tu buta dan jarum tu tidak berlubang...,amacam? lu x paham kan?

duduk di kota dikerumuni manusia berwajah dua itu biasa
membuai angin bayu diselami karbon monoksida itu pun biasa
apatah lagi meneguk air disamping melayan mata melihat gadis tak cukup kain pun biasa
serabut tak hilang2 juga

nak hilang serabut pergi la becuti?
pergh! setakat sembang je semua org boleh brader,
perbelanjaan bercuti tu dh satu masalah,
mintak cuti tu jugak satu masalah,
karaoke? bukan penyelesai masalah
masalah? itu memang masalah

nak buat mcm mane lagi
duduk sambil layan california dreaming la........


alfiesyahril
-gangnam style kepale hotak kau-


01 January 2014

2013 : tahun paling power

4 perkara aku achieve sepanjang 2013,n aku rase tahun 2013 adalah tahun paling power pernah wujud dlm kamus peradaban aku setakat ni.bukan nak kate ape lah,tapi memang tahun yang aku akan sentiasa ingat semestinya tahun 2013 because of :

1) aku kahwin tahun ni,satu turning point paling power pernah berlaku dalam titip2 perjalanan aku setelah lama thrashing all around till there's never tomorrow.aku berkahwin dengan gadis yang memang dah diciptakan untuk aku,dulu,kini dan eternity...pergh...

2)aku perform the umrah,and for the first time ever,aku naik flight,hahaha! (naik flight pun jakun ke pebende) tapi aku berjaya jugak ke sana walaupun aku tak terfikir perkara mcm ni terjadi dalam masa terdekat,tapi itu yang dikatakan rezeki brader,

3)yang ni memang aku x pernah mimpi pun akan terjadi,aku tgk METALLICA perform live depan mata,sesungguhnya menyaksikan band yang aku follow tanpa rasa jemu dari tahun 1997 memang sesuatu yang sangat meruntun perasaan seorang thrasher tegar seperti aku,sebab perkara ni antara yang aku listkan dalam perkara yang mustahil terjadi dalam hidup aku,tapi tu kuasa tuhan,siapa yang dapat nak halang.

4) ini yang paling power setakat ni, pahang akhirnya menjuarai piala malaysia setelah gagal merampas piala idaman tu sejak tahun 92.salah satu event yang paling power dan membanggakan bagi seorang fanatik pahang,namun bukan fanatik bola,seperti aku...ape barang tgk bola,baik tgk akademi fantasia ye tak?

all in all,susunan sesuatu peristiwa tu sebenarnya dah digarap dengan cantik oleh yang maha esa,cuma kita yang selaku seorang hamba ni,kena sentiasa bersyukur atas nikmat yang dah diberi,sebab kita tak tahu bile turn the unexpected become something magical that happens right before our eyes,jangan mengeluh brader, nasib lu bukan malang,cuma turn lu lambat sikit je

dapat thrashing dengan full dressing memang buat aku terasa power,hahaha!


p/s: tahun ni memang lagi power dari power rangers

the memory remains
-alfiesyahril-

29 January 2013

masalah yang menjadi satu masalah

bila satu aspek kehidupan dicabar dengan pelbagai musibah...ia menjadi semacam satu wabak dimana manusia beria benar mahu mengetahui apa yang berlaku ,mengapa ia terjadi,bagaimana perkara itu menular...bermacam telahan dibuat,bermacam andaian dicurahkan...

yang mengetahui antara aku dan Dia

cerita ini tiada yang menarik pun, lebih menarik lagi jika kau menonton siaran sinetron sampil menghirup secangkir kopi panas dan biskut lemak...cerita ini bukan sandiwara,di mana kau terlalu menginginkan satu kesudahan yang tragik,melankolik ataupun magis , tapi ini perjalanan hidup aku,yang aku sendiri tak minta tertulisnya sebegini rupa...

aku cuma berkehendakkan sebutir titik noktah di penghujungnya... rimas dan lemas aku terperosok dalam hamburan kata-kata yang melayang menusuk halwa telinga aku, adakah aku sebagai satu bahan sindiran? aku rasa aku wajar berekpresi dalam diam, di mana aku membuat sesuatu atas kehendak aku sendiri,bukan dikawal anasir yang menerajang aku ke sana-kemari mengikut kehendak mereka...

bila disingkap tabir lalu, di mana zaman aku masih mentah, bersama rakan aku melayar hidup tanpa sebarang masalah, ya...tanpa sebarang masalah,kerana kami yang menjadikan sesuatu perkara itu sebagai masalah, namun kami puas,kerana kami melakukan apa yang kami mahu mengikut kehendak hati...mengikut intuisi...

ah! persetankan itu semua,itu sudah 10 tahun berlalu... zaman itu mana mungkin berulang kembali...rakan ku itu pun sudah berada entah di mana...aku sudah menginjak usia,memikirkan masa depan itu lagi penting daripada berfoya-foya tak tentu hala. 

hidup ini satu perjalanan yang jauh sungguh

wei mantoi,contact aku balik, tahun ni reunion sekolah weh!


inner turbulence
-alfiesyahril-

23 January 2013

kaca mata hitam

pada hari perkahwinan member aku hari tu....oh ya! aku terlupa untuk wish kepada dia dan suaminya, selamat pengantin baru... walaupun aku agak celaru semasa majlis tersebut..maafkan aku,mereng aku biasanya datang bila waktu tu ada satu sentimental instinct... berbalik kepada majlis perkahwinan tu, aku sedang enak menjamah sesuap dua nasi minyak yang memang biasanya aku susah nak makan, datang si dia duduk sekali di meja tempat aku bersantap dgn midin...

...aviator...wish i could touch the sky

"lama tak jumpe ko bagas?"
"heh! biaselah ,duduk jauh," kata aku
"weh, bukaklah spek tu,tak best borak tak nampak mata, biasanya org pakai spek ni,dia punya keyakinan diri kurang " katanya lagi...

keyakinan diri kurang.........

terngiang-ngiang di telingaku bait perkataan tersebut, keyakinan... aku sudah tidak yakin dengan diri aku, yakin dengan apa tindakan yang aku buat,adakah ia wajar,atau sekadar pelengkap,setakat melengkapkan putaran alam yang telah tertulis...

apabila sudah aku melakukan kesilapan yang tak dapat diri aku sendiri terima, semacam aku hilang kepercayaan untuk melakukan sesuatu,kerana aku seperti fobia,kesilapan yang mungkin akan aku lakukan barangkali akan mengecewakan lagi rangkaian yang berada di sekeliling aku... aku sudah tidak sanggup untuk membuat seseorang itu kecewa lagi,...org yang aku sayang...

aku dalam proses melakukan anjakan dalam hidup aku,supaya aku tidak berada di takuk yang lama lagi, aku minta supaya insan-insan di sekeliling untuk memberi peluang kepada aku supaya aku boleh merubah diri aku sendiri ke arah kebaikan... berilah aku peluang bernafas kembali,menghirup udara yang pernah aku kecap satu ketika dulu... tolonglah, sedikit kepercayaan,boleh merangsang innersoul aku untuk membuktikan,aku ini    masih mempunyai intuisi seorang insan...

kepada yang membaca,maafkan aku, kerana aku dilahirkan menjadi seorang manusia.....


this bleeding heart
-alfiesyahril-

21 January 2013

beban tak tertanggung, ku terduduk, tercangkung

aku terasa satu bebanan berat sekali lagi ditanggung aku...aku tak berupaya menolak,kerana bebanan tu sudah tertulis namaku,dan aku yang sesuai untuk mengkandar bebanan tersebut ke sana-kemari...kerana sudah tertulis kan....

semasa aku boleh bergelak riang,aku tidak memikirkannya sangat, aku terlalu hanyut dibuai ombak,diulit angin yang menyapa pergi...aku alpa,aku lupa,dan aku membuat sebarang kesilapan yang tertera di hadapan lorong aku lalui.... aku seperti tidak mengendahkan walau ada juga tangan-tangan cuba menarik aku,supaya aku tidak sesat,supaya aku tidak melencong jauh meninggalkan jalan yang sepatutnya aku turuti,namun langkah egois aku gagahkan juga,aku berlalu dan tangan itu aku tepis,tanpa aku gunakan akal aku untuk berfikir sejenak....


'...adakah benar ini yang aku mahukan..."

semakin jauh,semakin aku tinggalkan kegembiraan itu,aku ingin mencapai cahaya nunjauh ke hadapan,namun cahaya makin suram,aku terperosok dalam duri-duri ranjau hidup,aku terhenti dalam kegelapan...kegelapan yang sungguh kelam dan hitam...apa yang aku lihat adalah kepekatan dalam kegelapan itu sendiri...aku angkat tanganku,mengalir noda dan dosa,terpacul nesta-nesta hina di minda....

segala dosa itu menjadi bebanan hidup aku,aku usung kesana kemari,namun tida tertanggung beratnya, aku harus kuatkan diri,untuk bebanan itu,akan aku tanggung sampai aku,

 mati....


sejak waktu itu
-alfiesyahril-

16 January 2013

sebuah cerita yang palat perasanya

apabila sebuah ceritera itu terbuka untuk dipaparkan,aku meneliti setiap bait yang diceritakan...aku cuba terjemahkan dalam bentuk sebuah kehidupan yang aku idamkan...


aku cuba untuk mengecap satu bentuk perasaan yang dipanggil bahagia, apabila aku menolak segala anasir yang aku rasakan sebagai satu ancaman dalam aku meneruskan satu kehidupan,terkadang aku lupa,aku menidakkan perspektif yang sebenarnya satu kemesraan yang ingin aku cari,tapi disebabkan noda itu melampaui segalanya,aku teruskan dengan sikap egois tak bertepian yang menjangkau segala aspek yang patut aku halusi terlebih dahulu.

bila frasa-frasa yang belum menjangkaui satu prosa moden itu lengkap,aku terus mengaitkan dengan angan-angan aku yang sangat opportunist, aku terlalu mengikut kehendak hati yang sangat rakus dan jelek di sesetengah mata sehingga satu persatu kemanisan yang diharap itu lebur,hancur bak debu berterbangan.... semakin jauh aku menelusuri ruang kehendak hati itu,semakin tidak bersisa impian yang aku harapkan itu,sehingga satu tahap dimana,apabila aku mula menyedari setiap yang dirancang itu mula runtuh,aku sudah tidak mampu untuk membinanya kembali...aku cuma mampu memerhati kejatuhan yang aku cipta sendiri....

aku membelek kembali ceritera itu, dan tersenyum sinis aku melihat betapa bangangnya aku dalam melepaskan apa yang sepatutnya aku genggam erat,tapi aku lepaskan tanpa pertimbangan akal yang diberi ...cerita aku menarik... dua jiwa telah dizalimi, dan aku adalah protagonis yang sepatutnya menjadi antagonis dalam ceritera ini....

aku bermasalah dalam menggarap sebuah episod yang membahagiakan,aku tidak mampu mencapai itu dan ini....aku cuma mampu untuk berjalan sendirian dengan sebuah derita,dan teman baik ku hanyalah duka nestapa yang sentiasa membuntut aku kemana saja aku menghayunkan langkah kaki yang semakin tidak berhaluan ini...

titisan halus menitis laju membasahi ruang wajah....tiada kata terucap,tiada gambar tersingkap,tiada nafas tercungap.....

semoga cerita ini bertemu noktahnya


loneome crow
-alfiesyahril-

langkah kaki...termati

perjalanan dalam menempuh liku kehidupan boleh digarap dalam satu quote yg mudah " perjalanan itu tidak menjanjikan satu laluan mudah" ...

kalau setiap laluan dalam kehidupan itu mudah,maknanya kita tidak belajar dan kenal bagaimana cara untuk berfikir,bagaimana untuk mentafsir,bagaimana untuk bergerak seiring dengan peredaran masa.

dalam setiap langkah yang diambil,kadang-kadang kita tersadung ,dan kita berusaha bangkit untuk meneruskan perjalanan itu kembali.

apabila berada di persimpangan, kita akan mula berada dalam suatu dilema yang sungguh palat perasanya,kerana kita tidak mampu untuk melalui kedua-dua lorong, cuma satu yang perlu dipilih... kadang2,seseorang itu terpaksa berhenti sekian lama di persimpangan tersebut,kerana tidak mampu untuk melakukan satu keputusan yang barangkali boleh menjanjikan satu simfoni yang menari, atau sebaliknya satu ekstasi yang kejam menikam... tapi di kemudian masa,satu anjakan perlu juga dilakukan

silap pilihan,kau akan tenggelam dalam kesuraman dan kehitaman yang menggigit segenap jiwa kau

jika pilihan itu yang diidam, kau terasa kau bernafas dalam satu dimensi yang kau dambakan.

walau bagaimapun kau menyusur persimpangan tersebut,walau bahagia nor derita yang dihamparkan di sepanjang perjalanan yang dilalui,seringkali juga kau akan berusaha untuk berpatah semula...konteks ini bukan satu mimpi. kau merasakan kau bahagia,tapi kau selesa berdamping dengan derita....kau merasa langkah yang kau henjak itu derita,tapi realitinya ia satu bahagia....

kau takkan puas selagi penamatnya tak kunjung tiba....dan kau tak akan berjumpa dengan apa yang kau cari,kerana nafsu buas mengatasi segala,apa yang terhampar di mata hanya sandiwara,dan noda dan dosa adalah penyeri hilai tawa....


....itu yang menjadikan kita seorang...MANUSIA




lahirmu bukan untuk dunia
-alfiesyahril-

15 January 2013



Dulu
Ku pandang diriku
Kekasih yang setia
Tak pernah berdusta
Kini
Aku mulai merasa
Sedap hati mendua
Perlahanku tinggalkan kamu
Tapi
Semakin jauh
Aku
Semakin aku rindu
Rindukan kamu
Menyesal aku putuskan kamu
Kerna ternyata aku tak mampu
Menahan sisa azab cintamu
Aduh aduh mana tahan batinku
Mungkin
Mungkinkah kita bisa
Perbaiki semua.. kembali bersama
Kerna semakin jauh aku
Semakin aku rindu , rindukan kamu
Menyesal aku putuskan kamu
Kerna ternyata aku tak mampu
Menahan sisa azab cintamu
Aduh aduh mana tahan batinku
Benar apa kau ucapkan dulu
Takkan mudah ku lepaskan kamu
Menyesal aku curangi kamu
Aduh aduh tuhan tolong aku


-klangit-
sesal mendua

14 January 2013

perasaan itu


Aku rase perlu ada satu penjelasan daripada aku sendiri,atas segala kemusykilan yang mungkin bermain di kalangan kamu semua….
Aku bermain dengan perasaan unpama perasaan itu satu entiti yang tiada makna,aku sentiasa memandang enteng sesuatu perkara,dan terkadang aku penuhi segenap isi pemikiran aku dengan sesuatu yang penuh kekosongan…. Aku rasa diri aku sendiri bukan menjadi diri aku, aku mencari sesuatu yang sudah terbentang di depan mata,dan apabila aku sedar akan kewujudan tersebut,aku sudah tidak mampu hendak berbuat apa-apa pun dek kerana aku ini alpa orangnya… aku sentiasa mencari,dan mencari ,walhal segalanya sudah memadai ….
bila dibabitkan perihal satu perasaan itu umpama satu perkara yang sungguh abstrak…aku cuba gapai apa yang sudah bergolek di depan mata, aku masih meraba apa yang sudah berada di genggaman, aku masih melaung apa yang sudah tersemat di jiwa, aku masih tercari –cari satu enigma mungkin,satu penyelesaian pasti? Aku rungkaikan jua segala yang bersarang di akalku…kerana akalku tidak berupaya untuk berucap sepatah kata pun.aku memang bodoh kerana menyesal dalam kehidupan...
Aku berbelah bagi untuk setiap perasaan aku,aku tidak kenal apa itu yang batil,apa yang zahir,apa yang buruk dan apa yang baik, apa yang dicari,apa yang mustahil…. Aku tidak berjaya merobek dinding yang menghalang aku ini..selamanya aku sentiasa dibelenggu, aku kerap dipermain dari segi emosi,dan nurani aku tidak mampu menenangkan aku, tidak mampu menahan aku,tidak berupaya membimbing aku…tapi yang pasti,ia berjaya membunuh aku…
Perasaan aku, bukan satu mainan kosong, bukan satu anekdot yang tiba-tiba hadir, bukan satu serangan tidak berpeluru, bukan satu penglihatan tanpa pancaindera,bukan satu luahan tanpa suara, dan bukan juga pengakhiran untuk satu kesudahan…. Perasaan aku itu bukan sejahat dan sekejam  yang digembar-gemburkan…perasaan aku minta untuk difahami,ia minta untuk didengari,ia minta untuk dikasihi, ia minta untuk dikasihani….perasaan itu menjadi sebagaimana itu kerana tembok itu menulikan segala-gala yang perasaan itu ingin luahkan….IA TERPERANGKAP KEJAM!
Perasaan aku itu perlukan ketenangan….perasaan itu sudah penat….. perasaan itu tidak minta apa-apa….cukuplah sekadar perasaan itu tahu,bahawa disekelilingnya,masih ada yang mengetahui kewujudannya

maafkan aku...aku memang tak layak menjadi kekasih,mahupun kawan kepada kamu semua

29 October 2012

inevitable

aku stay rumah sewa adik aku kat melaka,sebelum bertolak balik ke johor bahru

tengok dia orang discuss untuk buat presentation,teringat aku zaman belajar dulu....

aku pun lebih kurang mcm tu jugak la dulu

bincangnye sikit, merepek berjela-jela....

last-last,ape pun x jadi....heheh!

"as we grow older,excitement is less,and the routine is killing,it is inevitable, but how do we see it is in the eye of the beholder"




.....it is inevitable


fasa bekerja memang palat
-alfiesyahril-

05 October 2012

never

"never mend a broken pieces,when the piece that shattered bring you so much memories"

"never heal a broken heart, if the broken heart will taught you to be more mature"

"never be ashamed, when your shame will strengthen your dignity"

"never trust anybody,when they seem nobody to you"

.................................................................................

jika satu ungkap perkataan dapat menjelaskan segalanya, kau mungkin bukan seorang yang cukup kuat untuk mengharungi rintangan hidup dunia

jika tiada ayat mahupun pernyataan dapat menjelaskan sekecil-kecil perkara, kau sudah mula mendapat kekuatan untuk melangkah ke depan.

apabila tiada sesuatu perkataan ataupun apa sahaja yang mengganggu benak kau dalam kehidupan, kau sebenarnya seorang yang cukup teguh untuk berdiri di atas kaki sendiri, dan menjalani kehidupan penuh pancaroba ini...


kau dilahirkan bukan untuk menyatakan sebab dan akibat,tapi hidup kau adalah untuk mencari punca kenapa sesuatu sebab dan akibat itu terjadi.

hidup adalah suatu pencarian, sehingga kau mati pun kau takkan cukup masa untuk mencari... mencari keredhaan daripada Illahi.

kau bodoh apabila menyesal dalam kehidupan.....


alfiesyahril

21 September 2012

the riddle

it is hard to judge something beyond your imagination

it is also hard to decide when the solution depends on what you will face till the end of the line




you just think and think,but worthless...you may seem as an ignorance as anybody,but deep inside you feel that everything will explode,but view on the outside perspective...you seem so tender,soft,... CALM LIKE A BOMB

nobody knows they will live for how many days,years...even seconds....but they decide which way they want to live their life..each of us choose their own path..whether we realize it or not.

i still walk this path, path that nobody has taken ( if there's somebody else,i might not know them)....path where depression,tension,those bad feelings just as good as your friend to me....where everyday i deal with the emotion,and sometimes it gives me chill,gives me strength...and usually it gives me headache.... this is the path where i will go,and i believe that,this path ends with it's glory....and glory is so subjective.....

sometimes you think twice in making a decision,but trusting your instinct is far better than that


yours truly
-alfiesyahril-

29 August 2012

when you lose your faith

apa perkataan pertama yang kau ucap semasa kau melihat muka bumi?.... suara tanpa kata yang tidak berbutir jelasnya.... kita dibentuk melalui apa yang diajar dan ditunjukkan oleh ibu bapa,masyarakat sekeliling.... RAKAN-RAKAN..

semua inginkan kau dibentuk,agar menjadi insan yang sempurna,insan yang tau menjaga budi bicara,insan yang tidak pandai melemparkan nesta,insan yang pandai menjaga adab susila

apabila matahari bangkit....

kau..
lemparkan kejian,
lemparkan makian,
bermusuh-musuhan
mencari satu noda dalam kesucian

namun pabila mentari melabuhkan diri di ufuk barat....

kau...
sesal akan perbuatan,
menitis titisan keinsafan,
meminta diberi satu lagi harapan

namun ,sempatkah kita mengecap saujana suria melabuhkan tirai hari?

kenapa kita mencari sesuatu yang sukar dan tidak tahu hujung pangkalnya sedangkan yang tersurat dan elok pandangannya terhampar di depan mata...

kenapa kita masih di awangan sedangkan kita berada dalam satu peperangan...peperangan dalam mencari entiti yang tersesat semasa kau melaungkan panji-panji perjuangan...

perjuangan apa?

kau berjuang untuk mereka,tetapi kau lupa,perjuangan diri kau entah ke mana....kau minta untuk mengubah satu dunia,tapi paksi kau goyah,mengundang bencana...

kau hanyut... kau lepas ke lautan tak bersempadan...

kau takut.....kau tak mampu mencapai keteguhan iman

tapi kau ikut....sehingga kau hilang PEDOMAN.....


alfiesyahril
-29/8/2012-

p/s: ini sajak picisan aku buat,kalau mengharap seni seorang seniman....aku umpama semut kecil di dalam luasnya hutan 


18 August 2012

J.I.W.A.

francis ford coppola terbangun,lalu tergadah.... "alamak,aku dah nak terlepas waktu sahur dah ni, damn!" sambil dengan pantas beliau mencapai blackberry dan sepuntung rokok winston merah tax free yang beliau dapat semasa rusuhan kaum di myanmar, khabarnya etnik rohingya yang beri...katenyelah...

dititipkan kata-kata pujangga bukan nesta di bbm,terus di send ke tuan tulis...

PING!!!

tiada balas, 'tak bangun tuan tulis ni gamaknye'....getus francis ford coppola dalam hati...lalu dihembus asap jauh2, disedut pula kemudiannya dalam2... runsing memikirkan perkhabaran sahabatnya si tuan tulis yang kian lama menyepi,tanpa khabar berita....tanpa disedari azan subuh sudah mula berkumandang...................

.......................................................................

tuan tulis membelek naskhah akhbar yang dibelinya di lorong gelap tempat salina si pelacur suci melampiaskan noda untuk mencari sesuap nutrisi...."pejadahnye ni?" bentak tuan tulis tiba2 memecahkan hening subuh...terperanjat si gelandangan yang berada tidak jauh di sisi ,cuba mencari sudut paling efisyen untuk melabuhkan tirai hari yang sepatutnya baru bermula....

"apahal ni brader?lu mereng ke memekik pagi-pagi buta ni" soal si gelandangan...

"takde ape encik, ni soal jiwa"
"jiwa?"
"ya encik,jiwa...saya nak terangkan pun susah"...ujar tuan tulis


"lantak lu la brader,gua nak tidur....selamat malam..eh! selamat pagi brader, hehehe" dan si gelandangan tersebut terus mengiring dan nyaring dengkur mula kedengaran,walau halus namun menjengkelkan.

jiwa...tuan tulis bermain dengan jiwa...sudah acap kali francis ford coppola menghubunginya,namun beliau belum cukup gagah untuk membalas dan bermesra kembali dengan sahabatnya itu....belum cukup kuat untuk bebanan yang beliau tanggung itu dibawa dalam menelusuri gelojak jiwa yang belum bertemu titik penghujungnya...bentak jiwanya kuat,namun keadaan itu sungguh kejam memaksanya menjadi seorang yang dayus dalam kehidupannya sendiri...

tuan tulis menatap blacberry ....tertera francis ford coppola di situ....namun tuan tulis tatap dalam2 apa yang tertulis di situ.... "selamat hari raya aidilfitri sahabat"... tuan tulis tersenyum.....senyum yang sungguh dalam untuk diselami

....................................................................


francis ford coppola terkocoh-kocoh mematikan api rokok tatkala sisa-sisa asap masih berbaki di rongga hidungnya,dan tiba-tiba terduduk si francis ford coppola dan ditepuk ubunnya berkali-kali...sambil tersenyum sinis "aisehmen,hari ni dah raye la weh...hahaha"...................................dinyalakan kembali winston merah tax free pemberian etnik rohingya tu .....lalu dihembus asap jauh2, disedut pula kemudiannya dalam2....tersengih dia sendiri

16 August 2012

differ

jangan mengimpikan sebuah syurga,jika perilaku kamu lebih kepada memuja neraka...

sebuah pengucapan daripada mulut bukan sekadar hanya kata-kata untuk bermain sandiwara,tapi apabila lahir dari hati yang tulus,kelak boleh menggoncang dunia... aku bermain dengan kata-kata, tapi sendiri aku masih diawangan mencari anekdot yang tertitip pada kata-kata itu...

bila disingkap sejarah,aku tidak pandai mengolah dan menterjemah,aku hanya melaksanakan dan menanti keputusan...tetapi setelah kita berlalu dengan arus kehidupan,segala genap getir pengalaman akan kita peroleh tanpa diminta... daripada situ aku bermain dengan sandiwara kata-kata...

apabila aku ingin menyatakan keikhlasan,mereka berkata aku cuma berhujah kosong tanpa satu-satu isi dan nilai, tapi wajarkah mereka menghakimi apa jua perilaku yang aku serlahkan? mereka sepatutnya memahami,sepatutnya mereka menyelami, mereka perlu mentafsir apa yang diluah....

kadang-kadang,tiada satu pun manusia yang memahami manusia yang lain,mereka berpura-pura untuk berasimilasi,tetapi kejelasan yang amat kebobrokan tu...manusia tetap akan menjadi manusia.... setiapnya adalah berbeda....


keganjilan itu inklusif
-alfiesyahril-

10 August 2012

pendurjana bangsat

bulan puasa bulan yang mulia....

tapi kemuliaan tu subjektif...

sebab time bulan puasa syaitan masih menguasai diri...serupa tiada pun kemuliaan tu


hipokrasi tu berlaku dalam satu enigma...bila terperangkap,dan dilepaskan tanpa sebarang usul periksa...kejam,tapi tu satu realiti...realiti bahawa hipokrasi tu boleh berlaku bila-bila tanpa mengenal tempat,suasana serta usia..

apabila memetik kata-kata pujangga,terkadang kita kurang memahami apa yang dimaksudkan...

apabila aku meluahkan sesuatu,aku luahkan dengan penuh kejujuran,dan kejujuran ada harganya sendiri...harga yang mungkin tak dapat dibayar oleh si penghipokrasi

jangan berharap sesuatu yang keluar daripada mulut seseorang tu akan memuaskan hati kau orang... kau mengharapkan hipokrasi sebenarnya..

kecaman daripada sekeliling tu bagus juga sebenarnya dalam keadaan seperti sekarang..sebab dari situ penilaian terhadap pendurjana  bangsat bernama kawan dapat dinilai.... dan kebanyakannya hanya mencari kegembiraan ,...untuk bersama berkongsi kedukaan, MY ASS

heheh! aku tak wish pun kau orang selamat berpuasa tahun ni....

peduli hape aku...


no use for a name
-alfiesyahril-

26 July 2012

perigi..

setelah arakian kalinya,tersebut alkisah kedatangan portugis ke negeri melaka adanya, tuan tulis juga berada disana,cuma pada waktu dan masa yang berbeza... tuan tulis ke sana bukan untuk berkarya,bukan jua untuk berpujangga,jauh sekali untuk memadu asmara.... tapi,tuan tulis bawak diri jauh2 katanye...nak buka minda luas2...nak jauhkan pandangan yang makin dekat,panjangkan fikiran yang makin singkat...tuan tulis buang habis kawan2...pejadahnye? tapi tuan tulis ada alasan sendiri...dia tak buang kawan2 dia, paling dia ingat francis ford coppola la...tu member kamcing habis...tapi tuan tulis kene jugak pergi...kalau tuan tulis tak pergi,tuan tulis jadi mangsa diri sendiri...tu yang tuan tulis takut tu..

tuan tulis tak sedar kot,dah bulan puasa...tuan tulis menggulung tembakau jawa dalam tangan,tapi diisapnye tidak pun,dikemamnye pula tak tahu ....tuan tulis tertekan rasanya... tuan tulis nampak satu perigi,tuan tulis renung air dalam perigi...tuan tulis nampak bayang tuan tulis samar2....tuan tulis tak nampak jelas diri tuan tulis....tuan tulis terduduk di pinggir perigi... tuan tulis menangis sendiri...........................................

02 July 2012

Ku Taklukkan Dunia

Sejenak Ku Renungi
Segala yang telah Terjadi
Menimpa Diri Ini
Tapi Seakan Tak Mungkin lagi

Merendam Membisik
Memendung Birahi

Masih Ada Kepingan Tersisa
Masih Ada Jua
Masih Banyak Pula
Naluri Bercinta
Bercumbu Rayu Denganmu...Oh Dunia

Tetap Ada Di Sini
Ku Tak Gentar Menghadapi
Gejolak Hidup Ini
Tegar Melangkah Mencari Erti

Diantara Badai
Selalu Menggapai


Masih Ada Kepingan Tersisa
Masih Ada Jua
Masih Banyak Pula
Naluri Bercinta
Bercumbu Rayu Denganmu...Oh Dunia

Walau Aku Terus Berubah
Cita-Cita Tak Akan Punah
Hasrat Tumbuh Hanya Satu
Taklukkan Dunia...DUNIA!


Masih Ada Kepingan Tersisa
Masih Ada Jua
Masih Banyak Pula
Naluri Bercinta
Bercumbu Rayu Denganmu...Oh Dunia




p/s ;  kau hampir pasti menakluki dunia,tetapi kau masih belum pasti menakluki hati itu yang satu... pergolakan dalam gelora jiwa pantas merentap cita-cita yang mungkin tidak kesampaian...apabila keadaan membingitkan kesunyian yang tercipta...kau tak bisa berpaling...tangan yang hitam terus menconteng kesucian nurani kau...kau bukan apa yang kau cari


taklukan dunia...kepastian yang perlu dicari
-alfiesyahril-