20 May 2010

everybody is changing...

setiap detik dan waktu,berlaku peningkatan usia pada setiap individu, sedar atau tak,setiap orang akan mengalami perubahan itu,sama ada secara drastik atau secara halus... aku pun tak terkecuali,namun aku masih belum sedar akan apa yang terjadi sehingga beberapa peristiwa menjelma dalam setiap anekdot hidup aku tu sendiri, kawan2 aku ramai yang mula mendirikan rumah tangga, dan sesetengahnya ada yang sudah menimang anak... ada yang sudah bekerjaya hebat,dan tak kurang juga yang mendapat pekerjaan di sektor awam mahupun swasta, ada juga yang sudah melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi...dan ada juga seperti aku,masih mencari arah tuju,hala dan langkah dalam meneruskan kehidupan ini...

masa itu benar2 mencemburui kita, rasa masih belum puas lagi mengecap zaman riang kanak2,kita dah menjengah ke alam yang meningkat lebih matang,walaupun diri sendiri ini masih belum menunjukkan tanda2 ingin berubah dalam konteks pemikiran dan perilaku...hahaha! post aku ni lebih kurang mcm post rasist la pulak,hehehe! sori la rasist,aku terpikir pasal benda ni,sebab aku tgk major @ jepon,yang skali praktikal dgn kita dulu dah ada anak dah pun, terasa macam aku ni jauh sangat ketinggalan dalam perlumbaan mengecap kejayaan dalam hidup, bukan bererti kita mesti cepat mendapat kerja,kawin itu sudah dikira berjaya, tapi maksud aku, apabila kita mencapai apa yang aku sebut tadi,dan berjaya menguruskannya dengan efisyen,itu yang dikatakan berjaya... nampaknya, aku still ketinggalan lagi

nak hidup tak senang brader, heh!



hidup bagaikan pentas opera
-alfiesyahril-

19 May 2010

jangan menilai...sebelum berfikir

tengah hari tadi, aku menjamu selera berseorangan di kawasan tasik berdekatan UPM, memang syahdu makan sorang2,sambil melihat manusia bersimpang siur menguruskan hal-hal duniawi mereka, aku pun mengimbau kenangan jugak,makan nasik dua ringgit,sebab aku ingat nasik dua ringgit dah tutup,pasal mpsj dah buat penyitaan kat kedai2 yang berdekatan, namun kedai nasik 2 ringgit tu masih bertahan, yelah, kerana dengan penjualan nasi yang semurah tu lah, student- student masih mampu bernafas dalam meneruskan pembelajaran mereka di universiti bertuah ini...heheh! kita berbalik pada cerita yang patut kau orang renungkan

semasa aku tengah sedap menjamu makanan, di depan aku,ada seorang brader dan adiknya turun daripada motosikal dan duduk di meja yang berada agak jauh daripada meja tempatku berada, akau andaikan budak tu adik dia,pasal aku tgk jarak umur antara mereka tidak menggambarkan mereka seperti anak dan ayah, budak tu pula berpakaian seperti baru sudah selesai sekolah agama...aku terus memerhatikan mereka, dan kemudian aku lihat abangnya membelikan teh o ais dan kuih untuk adiknya itu makan,sambil abangnya bercakap menggunakan telefon dengan seseorang yang memang tidak ku kenal, memang la aku tak kenal,brader tu pun aku first time nampak,hahaha! ok2,cukup untuk joke yg tak kelakar ni,...kemudian, sesudah si adik selesai makan ,abangnya mengeluarkan pakaian daripada box motornya dan adiknya mengambil pakaian tu,dan membawanya ke tandas...dalam beberapa minit yang akhirnya berlalu, si adik ini keluar dengan lengkap berpakaian sekolah rendah...dan abangnya memberikan buah tembikai potong yang di beli di kawasan kedai makan di tasik itu, sambil si adik enak makan buah,abangnya menyiapkan buku2 sekolah di dalam beg adiknya,dan sesudah selesai makan,adiknya bermain2 di sekitar kawasan tasik,menunggu si abang menyudahkan susunan buku di dalam BAGASi adiknya.... sesudah jam menunjukkan pukul satu petang,mereka 2 beradik bergegas menaiki motor untuk ke sekolah...mataku meleret laju melihat mereka berlalu...

satu pernyataan yang biasa bukan? namun yang inin aku ungkapkan di sini, luaran abangnya adalah tidak seperti yang kau orang bayangkan, rambut berekor panjang,dan gayanya memang tak ubah seperti mat rempit...heheh! ye, mat rempit...dan itu yang membuatkan aku terfikir....

kita memandang seseorang melalui luaran,dan kita jarang sekali untuk mengenali seseorang itu lebih dekat,lebih mendalam,dan kerana itu jugaklah kita mudah membuat andaian mengenai seseorang hanya berdasarkan paras rupanya sahaja...seringkali aku berhadapan dengan situasi seperti ini,dan aku dapat simpulkan di sini bahawa ; luaran tidak menggambarkan siapa diri itu yang sebenarnya, dan kerana itulah banyak orang yang tak bersalah menjadi mangsa kepada andaian kita yang tak berhujung pangkal...jangan disangka wajah yang ayu itu,sebenarnya lidah bercabang,serta talam dua muka...dan kepada brader mat rempit tadi, aku respek kat lu, sebab lu betol2 buat gua terfikir dan mengagumi,bahawa alam ini masih banyak yang perlu diterokai dan dipelajari

dan kepada si adik,kau memang bertuah dapat abang yang penyayang seperti itu...



book can't be judge by its cover
-alfiesyahril

17 May 2010

i've lost my touch

there's no sense in me again, where have you gone...
still..i keep the memory  safe in my head,and in my heart,the empty space were filled again with something new... but it is not full yet. why? only god knows why...only god...

hey my friend, come on and let's go somewhere else,hold my hand and don't let me go, i'm blind now, blind as a bat, but i've still got my hearing sense... don't talk shit bout me,although i can't see you,but i still can fell you....

fell me...
feel me...
fill me...

ah! nonsense talk.

p/s : pays no mind, this is what we called a 'inner-self-destruct-metabolism-overcharged-insanity' disease... i don't know what i'm writing about,heheh!


fish-net
-alfiesyahril-