hahaha! seronok betol dapat berjalan ke muar, perjalanan yang agak lama tu tak sedikitpun membataskan pergerakan aku ingin ke tempat lain. travel bersama rakan2 lama memang menyeronokkan, seperti mengulangi perkara lepas yang mana,kita semua ramai2 g road trip amali...semua masih keanak-anakan dan sikap nakal tu masih belum lepas dari diri masing2...3 buah kereta dari UPM ke Muar, n satu kereta membawa 2 orang musafir dari penang...aku naik kete dengan midin,wan taf dan joa, lagi satu kereta dikemudi oleh mek ros, dan di co-pilot kan oleh izyan dan disempitkan dengan raja,pija dan dayang,hahaha! ( jangan marah member,gua gurau je) n satu lagi, kurt den dan man, serta rasist against the machine serta oddy and the giblockers,hehehe! ( gurau lagi beb,jangan amik hati) perjalanan memakan masa selama agak2 3 jam la jugak, tapi interesting, (sorry for the bad body languages i've made along the trip,hehehe!) sampai2 sane, kemeriahan majlis itu sudah terasa. paluan kompang menyemarakkan suasana perkahwinan di kampung, yang senantiasa menjadi idaman aku untuk menjayakannya bagi diri aku... aku n the gang sampai dalam pukul 2 jgk, n time tu ain dan erol dah bersanding, sambil diapit oleh syam dan elini, dalam kepala aku terbayang lauk pauk yang disajikan di sana,tapi yang bertaklhta di hati aku adalah gulai nangka die,pergh! memang tangkap syahdu makan gulai tu.
n then setelah mempelai bersanding,kami semua pun amik la gambar ramai2,lepas tu makan2 n sebelum pulang,aku bagi sambal goreng pada elini,hehehe! feveret tu. n the kami pun berura2 ingin bertolak pulang ke upm....NAMUN, ada unsur2 mistik telah mengaburi minda kami untuk ke batu pahat,dan unsur itu sungguh kuat membelenggu kami,sehingga tiada daya untuk kami menolaknya.....dan bermulalah perjalanan kami ke batu pahat dengan jayanya...setengah jam (x3) akhirnya kami sampai jua ke batu pahat, (rumah oddy ) n kami dilayan dengan ramah oleh parents beliau, n yang paling best adalah kuih ubi goreng serta mee goreng yang sungguh lazat sekali ( credit for oddy mom) setelah menunaikan solat maghrib (ehem2) kami dengan penuh iman di dada bertolak pulang ke upm, wan taf mengemudi kenderaan midin dengan sungguh efisyen sekali,terasa seperti menaiki kapal terbang supersonic yang tidak mempunyai sayap....namun sayang..... minyak berkelip di pertengahan jalan dan memaksa kami exit di melaka sekejap untuk mengisi gasolin ke dalam motokar, namun tanpa patah semangat, kami meluru keluar daripada hentian ayer keroh untuk mengejar kuden dan mek ros di hadapan tanpa memikirkan masa depan kami,dan akhirnya kami berjaya melaluinya...dan wan taf tanpa menoleh belakang,terus kembali ke pos beliau,dan kami pulang ke UPM, itulah serba sedikit coretan perjalanan ke Muar yang menyeronokkan...
kepada Ain,Mira dan rakan2 yang akn berkahwin nanti,aku ucapkan selamat berbahagia, aku doakan hubungan anda semua berkekalan sehingga ke akhir hayat, terima kasih kerana bagi aku peluang untuk kenal anda semua...sampai bile2 pun aku akan sentiasa dekat di hati kau orang...
oi beb! selamat pengantin baru!!!!!! (hehehe!)
p/s : kejadian di atas ada kene mengena dengan yang hidup . maafkan aku jika ada tersalah dan silap,aku gurau je beb
walimatul urus
-alfiesyahril-
Keja
2 years ago