19 December 2013

persepsi

tolonglah....

berjuanglah untuk bangsamu ini,
mereka terlalu manja dengan sogokan wang ringgit,
mereka terlalu mewah dimanjakan,
mereka terlalu alpa sehingga ketimuran itu sudah ke barat,

suntikan minda itu perlu,
yang pasti mereka perlu dibangkitkan,
negara merdeka minda masih leka,
kau di atas pandanglah ke bumi,
tiada yang lain kau pun sama makan nasi,
bukan subsidi yang diingini,
tapi bersatu atas satu paksi,
supaya jalan yang lurus dapat ditempuhi,
agar melayu dapat gagah berdiri,

aku sentiasa ada di sini,
menanti dan terus menanti,
seorang pemimpin datang menghulurkan tangan,
membawa aku berjuang atas ideologi yang telah diteladani

jangan hanya bergoyang kaki,
tangan disua menebar janji,
kelak kita kan rugi,
pabila pusaka dibawa lari...


-alfiesyahril-


palsu

dalam fasa menelusuri era globalisasi yang lebih berpaksikan fantasi melebihi wajah realiti itu sendiri,aku bercongak-congak sama ada aku berada di landasan yang betul atau tidak.saban hari aku rasa aku cuma menghabiskan duit kerajaan yang dah tak seberapa ni,produktiviti memang tiada,aku cuma melihat karektor-karektor stereotaip penjawat awam ini yang bingkas ke sana-kemari, seperti tiada esok dalam menyelesaikan sesuatu tugasan,walhal semuanya hanya retorik semata-mata...

ah! aku sudah bosan barangkali dengan kepalsuan dunia..bosan dengan sesuatu perkara yang hanya sekadar satu titik pergerakan yang seperti tidak memberi apa impak pun jika dipadamkan. aku bosan dengan sekeliling,aku bosan dengan manusia penjilat buntut ini,aku bosan dengan arah tuju kehidupan yang aku rasa,aku wajar kecap dengan lebih bermakna lagi.

orang akan fikir aku ini sebagai insan yang tidak pandai bersyukur...tidak,aku merasa nikmatnya hari2 masih dapat menghirup udara segar dan bernafas di bumi bertuah ini,namun aku tidak merasa puas kerana aku tidak dapat memberi sesuatu kepada dunia ini,sesuatu yang boleh aku banggakan.aku tidak menginginkan pujian daripada orang ramai,aku tak perlukan tangan2 yang menjulang memartabatkan aku atas kejayaan yang aku buat,aku tak perlukan semua kekotoran itu, aku cuma ingin memuaskan hati aku sahaja...aku ingin pabila malam tiba,aku dapat tidur lena mengenangkan aku dah melakukan sesuatu yang benar-benar aku hargai...

muka-muka yang memandang aku penuh senyuman,namun busuk dan jijik bila disingkap tabir senyuman tersebut. dunia penuh dengan cerita bangsat...