23 January 2013

kaca mata hitam

pada hari perkahwinan member aku hari tu....oh ya! aku terlupa untuk wish kepada dia dan suaminya, selamat pengantin baru... walaupun aku agak celaru semasa majlis tersebut..maafkan aku,mereng aku biasanya datang bila waktu tu ada satu sentimental instinct... berbalik kepada majlis perkahwinan tu, aku sedang enak menjamah sesuap dua nasi minyak yang memang biasanya aku susah nak makan, datang si dia duduk sekali di meja tempat aku bersantap dgn midin...

...aviator...wish i could touch the sky

"lama tak jumpe ko bagas?"
"heh! biaselah ,duduk jauh," kata aku
"weh, bukaklah spek tu,tak best borak tak nampak mata, biasanya org pakai spek ni,dia punya keyakinan diri kurang " katanya lagi...

keyakinan diri kurang.........

terngiang-ngiang di telingaku bait perkataan tersebut, keyakinan... aku sudah tidak yakin dengan diri aku, yakin dengan apa tindakan yang aku buat,adakah ia wajar,atau sekadar pelengkap,setakat melengkapkan putaran alam yang telah tertulis...

apabila sudah aku melakukan kesilapan yang tak dapat diri aku sendiri terima, semacam aku hilang kepercayaan untuk melakukan sesuatu,kerana aku seperti fobia,kesilapan yang mungkin akan aku lakukan barangkali akan mengecewakan lagi rangkaian yang berada di sekeliling aku... aku sudah tidak sanggup untuk membuat seseorang itu kecewa lagi,...org yang aku sayang...

aku dalam proses melakukan anjakan dalam hidup aku,supaya aku tidak berada di takuk yang lama lagi, aku minta supaya insan-insan di sekeliling untuk memberi peluang kepada aku supaya aku boleh merubah diri aku sendiri ke arah kebaikan... berilah aku peluang bernafas kembali,menghirup udara yang pernah aku kecap satu ketika dulu... tolonglah, sedikit kepercayaan,boleh merangsang innersoul aku untuk membuktikan,aku ini    masih mempunyai intuisi seorang insan...

kepada yang membaca,maafkan aku, kerana aku dilahirkan menjadi seorang manusia.....


this bleeding heart
-alfiesyahril-

No comments:

Post a Comment