Showing posts with label prosa moden. Show all posts
Showing posts with label prosa moden. Show all posts

16 August 2012

differ

jangan mengimpikan sebuah syurga,jika perilaku kamu lebih kepada memuja neraka...

sebuah pengucapan daripada mulut bukan sekadar hanya kata-kata untuk bermain sandiwara,tapi apabila lahir dari hati yang tulus,kelak boleh menggoncang dunia... aku bermain dengan kata-kata, tapi sendiri aku masih diawangan mencari anekdot yang tertitip pada kata-kata itu...

bila disingkap sejarah,aku tidak pandai mengolah dan menterjemah,aku hanya melaksanakan dan menanti keputusan...tetapi setelah kita berlalu dengan arus kehidupan,segala genap getir pengalaman akan kita peroleh tanpa diminta... daripada situ aku bermain dengan sandiwara kata-kata...

apabila aku ingin menyatakan keikhlasan,mereka berkata aku cuma berhujah kosong tanpa satu-satu isi dan nilai, tapi wajarkah mereka menghakimi apa jua perilaku yang aku serlahkan? mereka sepatutnya memahami,sepatutnya mereka menyelami, mereka perlu mentafsir apa yang diluah....

kadang-kadang,tiada satu pun manusia yang memahami manusia yang lain,mereka berpura-pura untuk berasimilasi,tetapi kejelasan yang amat kebobrokan tu...manusia tetap akan menjadi manusia.... setiapnya adalah berbeda....


keganjilan itu inklusif
-alfiesyahril-

26 July 2012

perigi..

setelah arakian kalinya,tersebut alkisah kedatangan portugis ke negeri melaka adanya, tuan tulis juga berada disana,cuma pada waktu dan masa yang berbeza... tuan tulis ke sana bukan untuk berkarya,bukan jua untuk berpujangga,jauh sekali untuk memadu asmara.... tapi,tuan tulis bawak diri jauh2 katanye...nak buka minda luas2...nak jauhkan pandangan yang makin dekat,panjangkan fikiran yang makin singkat...tuan tulis buang habis kawan2...pejadahnye? tapi tuan tulis ada alasan sendiri...dia tak buang kawan2 dia, paling dia ingat francis ford coppola la...tu member kamcing habis...tapi tuan tulis kene jugak pergi...kalau tuan tulis tak pergi,tuan tulis jadi mangsa diri sendiri...tu yang tuan tulis takut tu..

tuan tulis tak sedar kot,dah bulan puasa...tuan tulis menggulung tembakau jawa dalam tangan,tapi diisapnye tidak pun,dikemamnye pula tak tahu ....tuan tulis tertekan rasanya... tuan tulis nampak satu perigi,tuan tulis renung air dalam perigi...tuan tulis nampak bayang tuan tulis samar2....tuan tulis tak nampak jelas diri tuan tulis....tuan tulis terduduk di pinggir perigi... tuan tulis menangis sendiri...........................................

22 May 2011

the return of tuan tulis

tuan tulis rase dah sampai dah ni, ditenung jam tangan yang baru dibeli..."pergh! lawa jugak jam tangan ni,hehehe", getusnya dalam hati, padahal jam tu jam imitation je, bukan original pun, tapi bagi tuan tulis, sama ada original ataupun tak,tu bukan persoalan, namun yang penting adalah kepuasan kerana memiliki sesuatu yang diidamkan..... sambil berjalan, tuan tulis terlihat kelibat kiah ketot mundar mandir,kegelisahan mungkin? tuan tulis pun mendekati si kiah ketot

"ish, tak sangka aku dapat kumpa kau kat uganda ni ye?", soal tuan tulis pada kiah

"uganda? eh, ni kat papua new guinea la, kau ni merepek ke hape?" tanya kiah ketot, menambahkan kehairanan si tuan tulis...

"pejadahnye...."
"betul la, cuba kau tengok papan tanda tu, bukan tulis papua new guinea ke?", sambil menudingkan jarinya ke papan iklan yang menayangkan pakej percutian ke papua new guinea..

'papejelah kiah, aku rase kau dah sesat ni, kite kat uganda ni, takkan kau tak perasan,kalau kat papua new guinea,mesti anna kournikova pun ada jugak, tapi sebab kite kat uganda, anna tu bukan tahan panas pun"... terang tuan tulis dengan penuh panjang lebar, menerangkan segalanya pada kiah ketot yang nampaknya semakin gelisah, sebab kiah ketot baru sedar yang dia sesat....

"takpelah kiah, aku bawak kau pulang ye, jangan sedih-sedih", tuan tulis menenangkan kiah ketot..

tuan tulis baru nak mengembara jauh2, namun disebabkan kawannya yang sorang ni dah lepas kat sini, takkan nak tinggal pulak kan? jadi tuan tulis pun bawalah si kiah ketot ni pulang... hmmm, nampaknya kene gelak la aku dengan francis ford coppola ni pasal tak jadi merantau jauh2,hehehe...


25 April 2011

still...the same story

foto : Bernama.com


Semalam aku di Melaka, sebab meneman kekasih aku ke sane,kerana ada kursus kewangan kat sane….aku pun berkesempatan meneman dia sebab aku pun baru balik dari lanchang, sukan jabatan yang menghampakan dan menghitamkan kulit aku,heheh! Masa perjalanan lebih bertumpu kepada perbincangan tidak rasmi,kerana setelah sebulan tidak bersua muka,pelbagai perkara ingin diceritakan, perjalanan pun tidak kurang juga dengan rintangan kerana hujan sepanjang aku melalui seremban ke Melaka…sesampainya di sana,aku terus menuju ke Melaka sentral untuk membeli tiket ke Melaka, dan cerita pun bermula…

Sesampainya aku kat sane,aku pun cari la tiket nak balik ke jb, ape2hal pun,kene standby tiket nak balik, cari punye sari satu kaunter pun takde jual tiket, sume dah sold out…aku naik gabra jugak mule2,ye la,kalo takde tiket,ape aku nak jawab dgn bos esok kalo tak masuk keje, takkan aku nak jawab bas buat mogok pasal kenaikan harga ayam di pasaran kan? Tup2, aku Nampak kaunter bukak,jual tiket g jb, aku tak kasi can la,terus g beli, tiket 8.30 mlm,ah! Tibai je la, daripada takde,baik aku naik je kan…so,sementara menunggu nak sampai 8.30 tu,aku g la makan2 sambil jalan2 dgn kekasih,namun kekasih terpaksa mengundur diri lebih awal untuk g check in kat hotel tempat berkursu, jadi tinggallah aku sorg2 menunggu bas yang masih lambat lagi nak sampai.

Tgh aku melepak menunggu bas, ada sorg brader india tegur aku, tanye aku nak ke mana,aku pun jawablah nak ke jb, pukul 8.30…brader india tu terkejut la..

“awal btul awk tunggu bas, sekarang baru pukul 7,”

“nak buat mcm mane brader,dah ni je tiket sy dpt,kire ok la tu dapat tiket”

“ awk nak tau tak, sebenarnye tiket banyak je lagi,tapi sume ulat sudah control, dalam sepuluh tiket dia sudah pegang awal2,bila last2 minit,dia jual la sama org yang desperate nak balik, ada satu kali tu sampai rm 40 satu tiket, kalau dekat2 time nak raya, sampai rm 70 pun ada”

Aku terkejut.”biar betul brader, takkan sampai mcm tu punye mahal?” Tanya aku penuh berminat untuk mengetahui cerita selanjutnya,

“ye la, I tiap2 minggu juga balik johor,pasal I kerja dkt Singapore, I dah biase tgk ini ulat jual2 tiket dekat2 bas nak bertolak, kalau awk tak pecaya,awk tgk nanti pukul 8.” Cerita brader india tu dengan yakin.
Lepas tu brader tu cite la pasal dia keje kat pelabuhan, cite dia Nampak puting beliung,kapal terbalik, aku mendengar je ape brader tu cite,kalo dia kencing pun aku bukan kesah, sebab sekurang2 nye, ade jugak peneman time tgh bosan2 ni,…

Dalam pukul 8 mlm,aku tgk dah ramai dah manusia bergelandangan kat stesen bas Melaka sentral ni, time ni baru aku tgk,bukan main banyak lagi ulat2 jual tiket ke jb, aku pelik la,tadi cakap dah habis, tibe2 time waktu perdana ni, banyak pulak tiket,mcm ada bas tambahan. Brader india tu senyum je tgk aku “ amacam,pecaya tak ckp i?” heheh! Tak sangka aku, mcm tu punye org cari makan cara haram…

Lepas tu brader india tu pun blah,dia ckp bas dia dah sampai, so aku pun melanguk la kat situ…tiba2 terasa haus la pulak, aku pun g cari air, aku tinggalkan rokok dgn lighter aku, pasal rokok Winston pun kan, sape nak amik,bukan rokok mahal pun…time aku dtg balik, aku tgk lighter aku dah lesap, n aku pandang sebelah situ, sorg brader melayu tgh belek2 lihgter,lepas tu masukkan dalam kocek baju dia….aku pun amik sebatang rokok, lepas tu g kat brader tu, mintak nak pinjam lighter….brader tu bagi la aku pinjam ‘lighter dia’ yang tersisip dalam kocek baju,..sambil menyalakan rokok,aku tersenyum sendiri lagi….lepas tu aku pun naik la bas sampai jb………………………………..

Sampai pun lebih kurang pukul 11.30, 3 jam lebih jugak la perjalanan aku, plan nye nak naik teksi la, time lepak2 tggu teksi, aku tgk ada mamat ni nak g yahya awal, bukan jauh pun,dkt je dgn larkin,tapi kene charge sampai rm10…pejadahnye! Aku yang letih ni, malas nak amik teksi,berjalan la kaki sampai ke rumah….nak jadi satu lagi cite,aku selempang la semutar kat kepala,jd mcm tudung la kiranya, sambil jalan boleh lap2 peluh kan…dan sepanjang aku jalan,aku tgk takde sorg pun nak berhenti bg tumpang ke, makin laju drive ade la, ingat aku hantu berlitup la tu, hahahaha! Mindset org kita kan? So sampai la aku kat rumah dalam 12 lebih….pergh! what a story

Aku bukan ape,Cuma aku terkilan dgn sikap org melayu kita ni, nak cari makan bagi anak bini pun,buat la dengan cara halal, aku paham desakan hidup menyebabkan diorg buat mcm tu, tapi kita ,dengan hasil yang kita ada, cubalah untuk besederhana, jangan nak ikut org yang gajinya serupa harga sebijij Yamaha R1,memang mcm tu lah cari makan…aku cuba muhasabah diri,mintak2 aku bukan dalam kalangan tu, perjalanan aku masih jauh,masih merangkak,tekanan kehidupan masih baru nak bermula, dan aku harap aku dapat melalui tekanan tu dan membuat alternative sendiri berdasarkan pegangan dan prinsip aku… kerana bagi aku,prinsip yang aku ada akan sentiasa membawa aku di haluan yang betul,supaya tidak tersasar dan membuat perkara yang dilarang agama dan juga adat kita… sedarlah org melayu beb, zaman gemilang Melaka dah lama berlalu, sekarang ni kita tak perlu nak capai apa yang pernah kita dapat dahulu, cukup lah survivaliti kita itu terjaga sebelum musnah ditelan arus masa…jangan biarkan bangsa dan minda kita dijajah lagi….


Lihat,dengar, dan hayati
-alfiesyahril-

08 January 2011

another brick in the wall

CAUTION: this is an english entry, please find a dictionary if you want it to be in malay,heheh!

i woke up this morning with my cigarette in my left finger,with the smoke fill in the surrounding, and yeah, a cup of coffee also work this time rite? facing my laptop and thinking about my new post..... facebook? nah! after this also can what? heheh!  looking at my finger,but nothing came out of my head...hmmmm....and suddenly it came to me....yes! it is something about the title of this article...

i definitely sure that i am a determine person,in whatever i do, i always trust in myself,and i always do what i wanna do,and that's it...but sometimes something will come and bother me, something i can't feel, something that i can't see or whether touch... what it is called, who give a damn,haha! but perhaps, 'something' that always be a burden i think, help me a lot, if i wanna do anything,this little 'something' sometimes help me in making a decision,but sometimes it also be a disastrous decision i've ever made, but both of it make a lot of sense in me.... can you dig it? i hope you can...

but whether you like it or not,everyone have this kind of situation in their life, when they wanna do something, they would feel like something in their way,like an obstacle maybe....but what can i suggest is that, if you encounter this situation,better use your deliberation wisely....and you will realize that this 'something' is not a bad thing after all! errr...i think i'm writing about something that i also can't understand lah,heheh! but i hope that you still can get the point....the truth is that,this 'something' means a lot to me...because all this days and years, especially the past years, there is so much colour that fills my life, and it makes me a better person, i hope....


yeah...all in all was just another brick in the wall....heheh...


p/s ; our 'penyimpan mohor besar raja-raja' retired this morning, hope the new one who fill in his job can still bring the 'raya' vibe as same as him....." dengan ini saya mengishtiharkan hari raya...."



from here to eternity
-alfiesyahril-

21 October 2010

gelisah....

aku nyalakan sebatang rokok marlboro yang aku baru beli daripada sahabatku, yang mana tertera ianya rokok seludup, namun persetankan itu semua.... asap ku sedut dalam2 ke dalam rongga pernafasanku...kemudian ku hembus laju2 , memenuhi ruang sekeliling, dan sesekali terdengar batuk kecil rakan di sebelah katilku yang menghidap lelah.... lantas ,ku  henyak kepala ku ke atas bantal, dan minda aku menerawang kembali ke ruang kosong yang setulusnya kosong....

aku sedut kembali asap yang berperisa nikotin, ke seluruh urat sarafku, tanpa memikirkan akibat daripada perbuatanku...kemudian aku terpandang ke dinding,terlihat wajah yang tertera di poster,wajah penyokong selangor dan penyokong singapura di atas 'bunting' yang sempat ku ambil di stadium tempoh hari....  asap ku hembus kembali dari ronggaku...

gelisah... aku memikirkan apa yang tidak lengkap, apa yang hilang....api membakar sehingga ke puntung...ku buang sisa-sisaa tembakau ke dalam asbak yang tersedia di tepiku...ah! aku terpandang ke sehelai kain yang tersidai elok di sebelahku...ku capai,dan timbul bibit2 senyuman di wajahku....akhirnya aku telah menemui punca kegelisahanku.....

...aku belum mandi lagi rupanya....aku capai kain bernama tuala itu, dan bergegas ke bilik air....


hahahaha!