17 November 2009

gambar semasa di hari kejadian,heheh!

mangsa reunion kali ke-2,who's next?
antara gadis penyeri majlis
bakal bapa2 mithali (kate diorg la)

senyum!
geng2 kaki bakar ni

16 November 2009

the glory of us....again

this beautiful friendship....

3 hari lepas,akhirnya kami berjaya juga menyudahkan satu sesi perjumpaan antara rakan2 ex-diploma serdang di bukit expo upm, satu perjumpaan antara rakan2 lama,bertukar-tukar ceritera dan berkongsi kegembiraan sambil dirahmati tuhan dengan hujan yang turun renyai2, majlis berlangsung dalam pukul 10 pagi ,di mana akun dan rakan-rakan ku yang lain menyiapkan kawasan dengan tempat membakar ayam dan segala keperluan yang lain, rakan-rakan yang jauh sampai dalam waktu tengah hari,dan kami sama-sama membakar ayam dalam suasana yang cukup ceria dan menggembirakan,pergh! sambil2 kami makan dapat,ku lihat terpacar wajah kepuasan di kalangan rakan-rakan aku, ya,wajah gembira setelah lama tidak bersua,mencetus satu fenomena yang jarang didapati sepanjang aku menghabiskan pengajian aku di peringkat degree di sini, dalam kesibukan tu juga,aku dapati rakan-rakanku ramai yang sudah mengecap hidup yang bahagia,berpendapatan tetap,berbanding 3 tahun yang lalu,semasa moktar mengadakan jamuan tahun akhir diploma...sekarang,ramai rakan-rakan ku datang berkereta,ada juga yang datang membawa bayi comel,dan ada juga yang berbadan dua,tidak aku lupa juga kepada bakal2 pengantin yang akan mendirikan mahligai indah masing2 tidak lama lagi....heheh! sungguh cepat masa berlalu,dan banyak perubahan yang aku nampak

50 orang rakan2 kita yang hadir,itu sudah cukup melegakan bagi aku,dan tidak lupa aku ingin ucapkan terima kasih kepada mamat,sebab ayam yang die peram memang sedap,hehehe! pelbagai emosi timbul pada saat majlis itu berlangsung,aku hanya melihat dan memerhati,bahawa persahabatan itu tetap utuh walau lama telah berpisah,ye lah,bayangkan selama 3 tahun kita bersama semasa diploma,kelas yang sama,trip yang sama,menjadikan ikatan itu sukar untuk diputuskan,umpama saudara sedarah...tak malu untuk aku katakan di sini,bahawa aku sungguh terharu terhadap komitmen anda semua yang hadir,dan yang bertungkus lumus menjayakan pertemuan ini,kepada yang tidak dapat hadir,aku tak salahkan kau orang semua,walau timbul sedikit kekecewaan dalam diri aku sedikit,namun itu semua masih dapat dimaafkan ,rilek la geng!aku tau korang memang nak datang,tapi len kali,bila kita orang buat lagi majlis macam ni,kau orang kena la datang,hahaha! ceh!apahal aku nak bersedih lak ni,ok2, kat bawah ni aku nak bagitau, presiden persatuan kita adalah moktar,bendahari huda n biro perhubungan adalah che mat,ini semua untuk meneruskan kesinambungan pada masa akan datang,semoga perhubungan kita tidak putus setakat kita berada di UPM sahaja,itu harapan aku,dan aku tau itu juga harapan rakan2 yang lain...

aku cuma insan biasa,n terima kasih kepada yang lain,tenkiu la kau orang tolong aku,kau orang memang best!

ayie n bakal tunang


p/s : sori che mat.aku mintak maap hari tu,hehehe!



i still remember those glory days...
-alfiesyahril-