Showing posts with label rock. Show all posts
Showing posts with label rock. Show all posts

27 July 2011

Ini baru punk rock

legenda punk rock tanah air
 setelah hampir 2 tahun aku mencari tuan empunya lagu 'dendang remaja' yang aku rasakan cukup catchy,mengalahkan lagu2 sekarang yang merosakkan gegendang telinga...akhirnya aku tahu jugak yang band tersebut adalah a romzi and the hooks.... kalau lagu ni boleh makan, memang dah lame dah aku kenyang... sape sangka kan, orang ingat sex pistol yang bawak punk, tapi silap...diorang dengar a romzi ni dulu,baru diorang tahu punk, hahaha

tribute to a go-go

alfiesyahril

29 June 2011

hidayu


13 January 2011

entry paling heavy

sebelum ni aku buat satu entri yang susah kau orang sekalian nak faham kan? jadi,yang ini paling berat setakat ni......
















berat betul kan,sampai senget2 lori tu nak bawak..... heheh!

entri ni untuk santai2 je...harap jangan berduka sementara kegembiraan itu masih ada didepan mata...simpan peringatan ini didalam minda kita semua




hahaha!
-alfiesyahril-

11 September 2010

the making of....lemang

so, di atas permintaan yang mencurah2 drpd peminat semua, aku pun dengan rendah hati dan sedikit eksyen menunjukkan cara pembakaran lemang yang berlaku di rumah aku tanpa disedari oleh pihak berkuasa,haha!
first skali adalah,kau orang kene la g beli beras pulut dengan santan, kalo nak pakai susu cair gantikan santan pun boleh,tapi tak pernah dibuat orang la tu kan,eh! ko jgn merepek boleh tak?

ok,lepas tu, g la cari kayu api, dan kemudian hidupkanlah api dengan sepenuh perasaan (AMARAN : api berbahaya untuk kesihatan,jangan nyalakan di kilang mercun, just try this at home ,hehe!) btw, yang baju biru tu  adik aku yg no. 4, nama dia pian

ha! yang ini penting. untuk memastikan api tersebut sentiasa dalam keadaan steady dan rugged,kipaskan selalu dengan postur badan yang betul tanpa mengenepikan nilai2 sosial yang ada dlm diri (merepek lagi)

ok,ni part yang agak penting jugak, iaitu memasukkan daun pisang ke dalam buluh yang telah siap dibasuh...nampak tak pelepah pisang yang dah takde daun tu? ha, batang pelepah tu dipotong kat tengah,untuk diselitkan daun pisang,kemudian digulung kecil supaya mudah dimasukkan ke dalam buluh. tapi gambat di atas bukan pelepah pisang, kami gunakan batang daun kesum supaya ianya nampak rare dan limited sikit.

p/s; sebelah aku tu aiman,adik2nd last aku

sementelahan itu,dalm masa yang sama, mak aku memasak santan di dapur,dalam kadar kepanasan yang sekata,tanpa mempengaruhi kadar pemanasan global. letak daun pandan sedikit untuk keharuman dalm masakn ye puan2

dengan kepakaran yang ada,ayah aku memasukkan santan ke dalam besenberisi beras pulut yang sudah dibasuh,dan digaulkan sehingga ianya sebati, lihatlah betapa terserlahnya kepakaran ayah aku di sini (ayat bodek,hehe!)


kami di luar....masih meneruskan kerja memasukkan daun tadi, heheh!yang baju merah tu anis,adik bongsu aku

akhirnya,setelah beras pulut sudah digaul dengan santan, bawa ke luar rumah untuk upacara pengisian beras dalam buluh berlangsung,hahaha! aiman ni tersengih pulok,senyum kambing dengan posing mengarut


ni aina,adik aku yg 3rd last,saje je nak interframe, tiada kene mengena ye step ni dalam pembuatan lemang,hahaha!


ni adalah cara memasukkan beras. sengetkan buluh tu sket, supaya beras tu dapat slide sampai ke bawah,bila dah penuh sampai atas,hendak dengan kadar kekerasan paling minima untuk memadatkan beras dalam lemang,jangan hentak banyak2,sket2 je,kalo padat sangat tak masak lemak kau orang,aku tak tau...

setelah lemang siap diisi, jadi letakkan lemang2 tersebut di atas para yang dibuat di atas api yang telah dikawal tahap pembakarannya, pastikan api tu jangan besar sangat,kau orang bukan nak bakar rumah orang,nak bakar lemang je pun

last,tapi bukan yang penghabisan, adalah menjaga lemang time bakar...leceh jugak la,mau makan berjam...so kalau  nak tau lebih lanjut,raya haji ni konpem aku bakar lemang lagi,so boleh la dtg tgk aku bakar,hehe!  ok la, selamat menyambut syawal dengan gembira...happy eid mubarak




kelapa-santan
-alfiesyahril-

23 August 2010

lidah setajam pisau...
walaupun hati selembut baldu,seputih kertas..
darah merah mengalir mencemar duli...
gengam bara api hingga sampai jadi abu,
membujur lalu melintang patah...
namun sesal dulu pendapatan,sesal kemudian tidak berguna...
4 jam je lagi....


sape suruh tak sahur , kan skrg dah merapu bukan2



selamat berpuasa>>>>>

21 July 2010

headbangers kembali!

aku baru lepas beli cd xpdc baru... track first dah buat aku hangguk kepala macam kipas helikopter airwolf.... and aku rase sepanjang minggu ni memang xpdc jadi lagu tema aku je la ni....nostalgik kenangan darjah 4 kembali...ni pun sambil post entry ni pun,lagu xpdc jadi muzik latar,bagi mood tu naik sket, baru ada kick! hahaha! walaupun orang kate sekarang ni zaman lagu indie...aku dah tak boleh buat ape dah beb, jiwa gua dah lekat kat metal,...... KASI PECAH ITU KEPALA! hahaha!

at last, after almost 12 years of separation,they're back,bringing the old metal back to where it should be



buat bonda tersayang di kampung halaman, maafkan anakmu ini, kerana tak berubah2 lagi, asyik dengar lagu rock je dari kecik...n kepada ayahanda aku di KL, lagu menghalau babi ini susah benor nak ditinggalkan,heheh!


sanasinisamasaja
-alfiesyahril-

11 July 2010

anak kecil main api....

WARISAN

Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang

Nenek moyang kaya raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesamalah kita
Cinta lenyap diarus zaman

Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ketangan yang lain
Peribumi merintih sendiri

Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutuplah hati terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang

Kini kita cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri

Kita sudah tiada masa
Majulah dengan maha perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha
MELAYUKAN GAGAH DI NUSANTARA




setelah diamati bait-bait kata pada lagu ini, hati aku tersentuh,bukan kerana prejudis, tapi mengenangkan akan bangsa aku sendiri... lagu ini ditulis sekitar tahun 80-an, namun kesedaran tentang martabat bangsa masih jauh aku lihat pada bangsa aku sendiri.. kepada golongan politikus usang yang masih berdebat tanpa hujung pangkal mengenai kepentingan politik masing2 , renungkanlah lagu ini,dan luangkan masa untuk memperlihat sendiri apa yang telah anda lakukan pada bangsa anda sendiri.hentikan membuka pekung bangsa sendiri,tohmahan dan maki keji itu semua... kita yang mendokong siapa diri kita... melayukan gagah di nusantara..bangkitlah


aku melayu...dulu,kini dan selamanya
-alfiesyahril-

09 July 2010

alfiesyahril anewar bin ahmad

aku = awang thrasher!