Aku rase perlu ada satu penjelasan daripada aku sendiri,atas
segala kemusykilan yang mungkin bermain di kalangan kamu semua….
Aku bermain dengan perasaan unpama perasaan itu satu entiti yang tiada makna,aku sentiasa memandang enteng sesuatu perkara,dan terkadang
aku penuhi segenap isi pemikiran aku dengan sesuatu yang penuh kekosongan…. Aku
rasa diri aku sendiri bukan menjadi diri aku, aku mencari sesuatu yang sudah
terbentang di depan mata,dan apabila aku sedar akan kewujudan tersebut,aku
sudah tidak mampu hendak berbuat apa-apa pun dek kerana aku ini alpa orangnya…
aku sentiasa mencari,dan mencari ,walhal segalanya sudah memadai ….
bila dibabitkan perihal satu perasaan itu umpama satu
perkara yang sungguh abstrak…aku cuba gapai apa yang sudah bergolek di depan
mata, aku masih meraba apa yang sudah berada di genggaman, aku masih melaung
apa yang sudah tersemat di jiwa, aku masih tercari –cari satu enigma
mungkin,satu penyelesaian pasti? Aku rungkaikan jua segala yang bersarang di
akalku…kerana akalku tidak berupaya untuk berucap sepatah kata pun.aku memang bodoh kerana menyesal dalam kehidupan...
Aku berbelah bagi untuk setiap perasaan aku,aku tidak kenal
apa itu yang batil,apa yang zahir,apa yang buruk dan apa yang baik, apa yang
dicari,apa yang mustahil…. Aku tidak berjaya merobek dinding yang menghalang
aku ini..selamanya aku sentiasa dibelenggu, aku kerap dipermain dari segi
emosi,dan nurani aku tidak mampu menenangkan aku, tidak mampu menahan aku,tidak
berupaya membimbing aku…tapi yang pasti,ia berjaya membunuh aku…
Perasaan aku, bukan satu mainan kosong, bukan satu anekdot
yang tiba-tiba hadir, bukan satu serangan tidak berpeluru, bukan satu
penglihatan tanpa pancaindera,bukan satu luahan tanpa suara, dan bukan juga
pengakhiran untuk satu kesudahan…. Perasaan aku itu bukan sejahat dan sekejam yang digembar-gemburkan…perasaan aku minta
untuk difahami,ia minta untuk didengari,ia minta untuk dikasihi, ia minta untuk
dikasihani….perasaan itu menjadi sebagaimana itu kerana tembok itu menulikan
segala-gala yang perasaan itu ingin luahkan….IA TERPERANGKAP KEJAM!
Perasaan aku itu perlukan ketenangan….perasaan itu sudah
penat….. perasaan itu tidak minta apa-apa….cukuplah sekadar perasaan itu
tahu,bahawa disekelilingnya,masih ada yang mengetahui kewujudannya
maafkan aku...aku memang tak layak menjadi kekasih,mahupun kawan kepada kamu semua
No comments:
Post a Comment