21 May 2020

global threat: death is in the air

Tahun 2020, sepatutnya adalah satu tahun di mana kereta sudah mulai terbang, rakyat Malaysia sudah maju , Politikus yang korup sudah tidak wujud dan cerita Back To The Future boleh dilihat sebagai tidak relevan lagi. Namun, semua itu hanya mimpi...bagus juga lah, sebab aku masih boleh berimaginasi dengan cerita trilogi tadi.

Cuma apa yang menjadi satu realiti adalah satu pandemik.. diulang, PANDEMIK yang melanda bukan sahaja negara berdaulat Malaysia, namun seluruh dunia. 


CORONA VIRUS DISEASE 2019 atau nama yang lebih mudah disebut dan dihafal oleh anak-anak aku iaitu Covid-19. Tapi sebab aku power, aku tulis C19 sahaja bagi menjimatkan masa dan lenguh jari menaip, walaupun sesungguhnya banyak sudah marhaen merujuk wabak ini sebagai C19, tapi aku gila publisiti, aku acah-acah seperti aku yang mula. pebende aku mengarut ni.


Aku tak bercadang untuk bercerita berkenaan wabak ini, sebab seantero pelusuk dunia dari Kepulauan Galapagos terus ke Srivijaya membawa ke Segenting Kra memperkatakan berkenaan pandemik ini. aku cuma nak mengaitkan perkara ini dengan pandemik yang agak popular dan cult, nampak mengarut namun kebarangkalian untuk terjadi itu ada : Zombie Apocalypse.


Buat mereka yang masih tertanya-tanya ape kejadah zombie apocalypse ni, mari sini saya terangkan.
"Zombie Apocalypse is a collapses of civilization due to swarms of zombies overwhelming social, law-enforcement, and military structures. Typically, only a few individuals or small bands of survivors are left of the living". Penerangan secara ringkas maksud berkenaan, dan dapat aku kaitkan dengan situasi semasa di mana pandemik yang melanda adalah secara global dan total, dan merebaknya pandemik ini adalah senyap dan pantas,sepantas ben johnson namun dikalahkan jua oleh michiko.Cuma yang masih membuatkan kita menarik nafas lega adalah bilangan manusia yang sihat masih lagi ramai, terima kasih di atas kepantasan petugas-petugas kesihatan dan pihak berkuasa yang berhempas pulas untuk membendung pandemik ini.


Imaginasi aku membayangkan bahawa sistem yang mendokong manusia akan lumpuh,semua dark side manusia akan mula timbul di mana untuk survive, kebinatangan akan melebihi kewarasan fikiran (walaupun sifat kebinatangan itu adalah lebih baik jika dibandingkan sifat kemanusiaan yang hanya berbunyi sedap tetapi penuh kejijikan).manusia mula menjadi selfish, huru hara akan melanda, munculnya manusia manusia yang akan mengaku sebagai penyelamat (messiah) , dan manusia juga akan mula mencari puak-puak tersendiri dan bergaduh sesama clan masing masing. Pada masa itu , yang masih hidup berharap mati adalah jalan penyelesaian. pergh! imaginasi macam gampang, hahaha



among the best zombie flick for me, the zombies were quite 'friendly', but the story was sooo entertaining,british style

Kalau nak cerita panjang lebar pasal zombie ni memang banyak la nak dibincangkan, namun seperti aku tulis kat atas, bagi menjimatkan masa dan aku sudah mula lenguh menekan papan kekunci ni, jadi serba sedikit sudah aku dah terangkan, tapi jangan ambil serius sangat la apa aku tulis ni, ini cuma pandangan peribadi aku yang banyak terpengaruh dengan filem genre zombie ni.kah kah kah


Cuma satu aku suka nak ingatkan. Persamaan antara C19 dengan zombifikasi ini satu : semuanya bermula dari sifat kemanusiaan yang lebih teruk dari kebinatangan.


All Nightmare Long
-alfersyahril-