25 January 2013

sedang aku melaksanakan tugas...

Dalam aku sedang menyiapkan tugasan hakiki yang tersangatlah rutin,aku buka la youtube untuk mencari sekeping dua halwa telinga,sebb keadaan yg sgt tense ni,kadang-kadang boleh membangkitkan emosi luar kawalan yang boleh menyebabkan seseorang mungkin akan menjadi mangsa keadaan.......setelah puas aku mendengar lagu sharifah aini,fairuz hussein dan endang s taurina (hyper old skool aku ni,haha!), ade la satu post lagu,pelik nama band,mcm tak pernah dgr.... berbekalkan intuisi ingin tahu yang menjangkaui norma masyarakat sejagat,aku gagahkan diri untuk klik, kemudian..... " lah! lagu ni rupenye"

aku tahu, ramai kau orang tak tahu lagu ni,tapi biase dengar kat radio,tapi tak tahu pebende nama lagu ni... so aku post kat sini,

kau suke,kau dengar
kau tak suke,kau bakar


...peduli ape aku

wheels - dalam kenangan (1984)
klik SINI untuk dgr lagu


Bila terkenang masa lalu rasa terharu 
Segalanya masih kekal dalam kenangan 
Tiba di persimpangan jalan berpisah jauh 
Sekian lama di rantau bersendirian

Tiada lagi seruling senja mendayu 
Tiada lagi ketawa riang bersama 
Bila sepi mengusik hati 
Semuanya kini dalam kenangan

Aku kirimkan restu pada ayah dan bonda 
Budi dan jasamu tetap dalam kenangan 
Teman seiring jalan kini jauh dariku 
Kemesraan kita tetap dalam kenangan

Tiada lagi suara ombak di pantai 
Tiada lagi bayu teberau membelai 
Di saat sepi begini 
Semuanya kini dalam kenangan

Bila masanya tiba nanti aku kembali 
Pasti ada yang berubah dan tiada lagi 
Dan bila kutinggalkan lagi kampung halaman 
Segalanya abadi dalam kenangan


....................................................

thanks for listening,

p/s : lagu ni pasal kampung,aku ingat aku dah lame tak jenguk mak ayah aku....

bile la aku dpt balik lipis ni


syahdu pohon merindu
-alfersyahril-

situasi

aku tak menyalahkan sesiapa pun ,apabila hal sebegini terbit memecah kesunyian
bukan aku pinta supaya hal ini menjadi satu paranoia kepada roh aku sendiri, tapi sebagai manusia,aku x dapat mengelak jikalau perkara itu sudah dirancang dan ditetapkan

siapa aku untuk mengubah takdir,ia telah ditetapkan

cuma aku mampu untuk mencorakkan proses menuju takdir tersebut.

kalau kau berada di tempat aku berpijak sekarang,kau mungkin akan rasa sendiri...

perit,bila membabitkan hal hati dan perasaan


at ground zero
-alfiesyahril-

23 January 2013

Running With The Wind

time remember me,
i was living with my dream,
smile as the morning sun,
can i stop the falling rain?

is there a time for me?
to see,what i will be
knocking at my door,running through the shore
trapped within myself, i am twisting it around,
rhythm in my head, wonder where i go then,
I've been searching all alone, when everything is gone,
nothing seems so right, even the air,that i...that i breathing

c/o
i'm losing,all my faith,
when my time is running with the wind,
there's nothing left for me,
when my life is only just a dream

there i have a starry night,
while i standing by the stream,
driving through this lane,
walking through this falling rain,

and i touch the big blue sky,
while standing on my feet,
hear the crying rain,singing through my ear,
trapped within myself, i am twisting it around,
rhythm in my head, wonder where i go then,
I've been searching all alone, when everything is gone,
nothing seems so right, even the air,that i...that i breathing

repeat c/o 2 times

i'm losing, losing ,losing you...yeah,that i breathing....

song:running with the wind
artist: FTG
album: Stop This Madness (2004)       link lagu ini
.................................................................................

since the day blog ni wujud, ada yang dapat menjangka,dan ada juga yang tidak tahu punca,mengapa blog ni dinamakan sedemikian rupa, hari ini,dengan kau orang meneliti sendiri bait-bait lagu daripada band metal malayasia,FTG ni,kau orang boleh faham sendiri,buatlah telahan sebagaimanapun,mengapa lagu ini dan tajuknya sangat dekat dgn aku... aku tak kesah apa kau orang nak simpulkan,kerana pendapat kau orang adalah hak mutlak kau orang sendiri


all in all,I am the one who's running with the wind


p/s : jgn risau,lagu ni tak metal pun,heheh!


my heart's done,when she's gone
-alfiesyahril-


kaca mata hitam

pada hari perkahwinan member aku hari tu....oh ya! aku terlupa untuk wish kepada dia dan suaminya, selamat pengantin baru... walaupun aku agak celaru semasa majlis tersebut..maafkan aku,mereng aku biasanya datang bila waktu tu ada satu sentimental instinct... berbalik kepada majlis perkahwinan tu, aku sedang enak menjamah sesuap dua nasi minyak yang memang biasanya aku susah nak makan, datang si dia duduk sekali di meja tempat aku bersantap dgn midin...

...aviator...wish i could touch the sky

"lama tak jumpe ko bagas?"
"heh! biaselah ,duduk jauh," kata aku
"weh, bukaklah spek tu,tak best borak tak nampak mata, biasanya org pakai spek ni,dia punya keyakinan diri kurang " katanya lagi...

keyakinan diri kurang.........

terngiang-ngiang di telingaku bait perkataan tersebut, keyakinan... aku sudah tidak yakin dengan diri aku, yakin dengan apa tindakan yang aku buat,adakah ia wajar,atau sekadar pelengkap,setakat melengkapkan putaran alam yang telah tertulis...

apabila sudah aku melakukan kesilapan yang tak dapat diri aku sendiri terima, semacam aku hilang kepercayaan untuk melakukan sesuatu,kerana aku seperti fobia,kesilapan yang mungkin akan aku lakukan barangkali akan mengecewakan lagi rangkaian yang berada di sekeliling aku... aku sudah tidak sanggup untuk membuat seseorang itu kecewa lagi,...org yang aku sayang...

aku dalam proses melakukan anjakan dalam hidup aku,supaya aku tidak berada di takuk yang lama lagi, aku minta supaya insan-insan di sekeliling untuk memberi peluang kepada aku supaya aku boleh merubah diri aku sendiri ke arah kebaikan... berilah aku peluang bernafas kembali,menghirup udara yang pernah aku kecap satu ketika dulu... tolonglah, sedikit kepercayaan,boleh merangsang innersoul aku untuk membuktikan,aku ini    masih mempunyai intuisi seorang insan...

kepada yang membaca,maafkan aku, kerana aku dilahirkan menjadi seorang manusia.....


this bleeding heart
-alfiesyahril-

21 January 2013

beban tak tertanggung, ku terduduk, tercangkung

aku terasa satu bebanan berat sekali lagi ditanggung aku...aku tak berupaya menolak,kerana bebanan tu sudah tertulis namaku,dan aku yang sesuai untuk mengkandar bebanan tersebut ke sana-kemari...kerana sudah tertulis kan....

semasa aku boleh bergelak riang,aku tidak memikirkannya sangat, aku terlalu hanyut dibuai ombak,diulit angin yang menyapa pergi...aku alpa,aku lupa,dan aku membuat sebarang kesilapan yang tertera di hadapan lorong aku lalui.... aku seperti tidak mengendahkan walau ada juga tangan-tangan cuba menarik aku,supaya aku tidak sesat,supaya aku tidak melencong jauh meninggalkan jalan yang sepatutnya aku turuti,namun langkah egois aku gagahkan juga,aku berlalu dan tangan itu aku tepis,tanpa aku gunakan akal aku untuk berfikir sejenak....


'...adakah benar ini yang aku mahukan..."

semakin jauh,semakin aku tinggalkan kegembiraan itu,aku ingin mencapai cahaya nunjauh ke hadapan,namun cahaya makin suram,aku terperosok dalam duri-duri ranjau hidup,aku terhenti dalam kegelapan...kegelapan yang sungguh kelam dan hitam...apa yang aku lihat adalah kepekatan dalam kegelapan itu sendiri...aku angkat tanganku,mengalir noda dan dosa,terpacul nesta-nesta hina di minda....

segala dosa itu menjadi bebanan hidup aku,aku usung kesana kemari,namun tida tertanggung beratnya, aku harus kuatkan diri,untuk bebanan itu,akan aku tanggung sampai aku,

 mati....


sejak waktu itu
-alfiesyahril-