27 February 2010

...wira yang tak didendang

dalam menelusuri hidup ini,adakah kau orang pernah terfikir siapa yang sentiasa menyokong dan memberikan semangat kepada kita dalam menempuhi ranjau di sepanjang perjalanan, setiap orang ada pendapat sendiri,dan begitu juga aku, dan bagi sesetengah orang ,mungkin mereka tidak pernah terfikir akan perkara ini.

semasa kamu sakit,siapa yang menemani kamu
semasa kamu susah,siapa yang menolong kamu
semasa kamu menghadapi masalah, siapa yang memberikan panduan dalam penyelesaian

ibu...
ya,itulah jawapannya,dan golongan inilah yang sentiasa dekat dengan hati kita,dan kehadirannya benar2 amat kita perlukan,dan dengan adanya mereka di sisi, segala permasalahan umpama hilang,dan raut wajahnya umpama kebahagiaan yang abadi pada kita...

namun kita seringkali lupa,setiap tindak tanduk kita, segala yang berlaku juga ada pendorong yang sering kita tak sedari,sering kita alpa akan kehadirannya...

dia tak pernah menyatakan sayang atau kasih kepada kita,
dia tak pernah menunjukkan masalah semasa berhadapan dengan kita
dia tak pernah menzahirkan bantuan yang sering diberikan kepada kita
dia juga tak pernah menunjukkan kesedihannya di hadapan kita...

dia sering dengan egonya, ego yang seringkali kita lupa,bahawa pengorbanan yang diberikan adalah sungguh besar sekali,tak ternilai dengan wang ringgit...

aku sering dimarah,aku sering dipukul akibat kesalahan yang aku rasa tak setimpal dengan hukuman yang sebegitu berat, sehingga kadang2,wujud perasaan benci dalam diri aku terhadapnya...tetapi semakin aku meningkat dewasa,dan semakin jauh aku berhadapan dengan pengalamn dalam kehidupan yang lebih mencabar,aku mulai sedar, apa yang pernah diperlakukan kepada aku dahulu ada hikmahnya...

dia semakin tua,dan aku lihat kesedihan dalam raut wajahnya itu, kesunyian yang tak pernah disuarakan kepada sesiapa pun, aku mulai mengerti, ego yang wujud itu adalah untuk mengajar kami,setiap kali aku melangkah pergi untuk meneruskan kehidupan aku,aku lihat kerdip matanya memandang aku yang semakin jauh,sering ku lihat kemerahan di matanya,namun setiap kali itu juga,cepat2 diseka segalanya supaya aku tidak merasa apa yang tersirat,...aku mengetahuinya,...aku memahaminya sekarang...

ayah... sekalipun tidak pernah kata sayang itu terucap,namun segalanya dicurah kepadaku tanpa aku sedari,
masalah yang dihadapi,diselesaikan secara diam,supaya anak2 ini tidak merasa bebannya,begitulah kasihnya seorang ayah kepada anak2... biarpun perut sendiri tidak di isi,namun untuk melihat anak2 kesusahan,adalah jauh sekali...

sentiasa sematkan di hati kau orang semua, manusia bernama lelaki ini sayangkan anda semua, fahamilah mereka,dan jangan sesekali lukakan hati mereka, setiap apa yang mereka lakukan penuh dengan maksud yang tersirat dan hikmah2 yang perlu kita selongkari... kerana itulah,ayah sebahagian dari diri kami...

walaupun ibu yang paling dekat dengan dengan hati,namun tanpamu ayah,tak mungkin hari ini aku akan dapat berdiri sebegini....air mataku menitis lagi,namun untuk diukur dengan jasamu wahai ayah,tiada apa di dunia ini yang dapat menandingi...

sebatang tongkat untuk berdiri
-alfiesyahril-

hey you! don't fool us around,we know who we are

assalamualaikum, lama benar aku tidak merilis catatan baru dalam blog ni,

aku teringat semalam,aku ke melaka,menghantar barangan komputer untuk adikku di UTeM ,dan dalam perjalanan pulang,aku singgah di sebuah pasaraya besar di kawasan pinggiran untuk membeli barangan dapur dan menjelaskan bil. namun tu bukan persoalannya,tapi yang ingin aku utarakan di sini adalah sikap sambil lewa pengguna dan sikap peniaga yang suka mengambil kesempatan atas kealpaan seseorang.

ok, semalam,ayah aku ingin membeli kasut sukan, katanya untuk kegunaannya beriadah,dan pada display harga,terpapar potongan harga sebanyak rm20, dan yang pasti sekarang ini pun bukan musim jualan murah,tapi akudengan ayah aku ambik jugak kasut tu, sebab dah murah kan, so kita orang pergi la kat kaunter,n nak bayar, aku pun duduk belakang cashier,sebab nak perhatikan sama ada harga tu dah less atau tidak, and semasa cashier tu scan kasut ayah aku,yang terpampang adalah harga asal yang tak ada less pun, so ayah aku terus la tanye

' nape tadi saya tgk kat rak kasut,ada harga less?"

"ye ke?"

pergh! ye ke jawab die? ok, 2 kesimpulan dapat aku buat. first, si cashier ni mungkin seorang perkerja yang baru start kerja sejam yang lalu,dan tak tau ape2 lagi pasal barang dlm pasaraya, n second, die memang mangkok hayon yang dah diajar oleh bos besar palat untuk menipu cara paling keji ni. lepas tu dia panggil la assistant manager,n die kate harga less tu tak sempat masuk dlm sistem lagi...la! kalau macam tu,tak payah la tulis ada less, bangang!,lepas klik punye klik ,n baru la ayah aku dapat harga yang sebenar. bayangkan, kalau pengguna lain yang tak ambil kisah,dan terus bayar je,berapa banyak keuntungan secara haram yang syarikat tu perolehi,hmmm...dunia

tak habis kat situ je ,lepas tu ayah aku bayar bil broadband,n bile resit kuar,apa yang ayah aku dapat,pakej asalnya ayah aku dpt unlimited access ke internet,tapi skarag siap dah block lagi,ayah aku g kat cina pmpn tu,lepas tu tanye2 kat die, die ckp skrg sume dah tukar jadi limited, ayah aku marah la,dulu msa nak jual,bukan main manis,bila ade problem,sume tak tau, n tuding jari ke orang lain,aku pun hot jgk smlm,celake punye cine,ingat aku orang kampung ko nak tipu2 aku,ingat aku hape,ingat aku tak sekolah ke hape,lepas tu kita orang pergi ke m**** centre, pun same jugak, pmpn mat rempus tu pun same je perangai,geleng2 tak tau, ayah aku warning la,ni kalau sy telepon awk punye main,kalau lain die ckp,tggu la sy saman nanti, heheh!ayah aku ni gertak boleh tahan jugak,walaupun aku tau,die takkan buat punye. lepas tu, dengan bengkek di hati,kami pulang ke rumah

ape yang aku nak cakap kat sini,sentiasa berjaga-jaga dengan setiap peniaga,sebab mereka akan sentiasa mencari peluang untuk mendapatkan keuntungan yang haram,tanpa mengambil kira nilai-nilai murni dalam berurusan.namun tak semua macam tu, member aku yang meniaga kat puchong tu, bagi lebih sikit pada orang,takpe..n sebab tu rezeki die ada sampai sekarang,walaupun tak bayak,tapi tak putus...jujur dalam setiap perlakuan,dan jangan mengambil kesempatan pada orang yang lemah, kami tau kami ni orang kampung,tapi jangan pandang kami sebelah mata,sebab kami ni manusia, akal fikiran tu ada, kehidupan yang perit kami dah rasa, jadi jangan bermain api jika takut akan panasnya...


gulai asam rong jerantut
-alfiesyahril-