Showing posts with label merepek. Show all posts
Showing posts with label merepek. Show all posts

23 August 2023

time

motor cbt aku tu rasanya dah kena full servis/overhaul dah tu. makin teruk dah bunyi enjinnya. tapi seperti biasa, masa+kewangan memang mencemburui.

belum kira fucked up governing agency lagi.

palat sungguh

21 May 2020

global threat: death is in the air

Tahun 2020, sepatutnya adalah satu tahun di mana kereta sudah mulai terbang, rakyat Malaysia sudah maju , Politikus yang korup sudah tidak wujud dan cerita Back To The Future boleh dilihat sebagai tidak relevan lagi. Namun, semua itu hanya mimpi...bagus juga lah, sebab aku masih boleh berimaginasi dengan cerita trilogi tadi.

Cuma apa yang menjadi satu realiti adalah satu pandemik.. diulang, PANDEMIK yang melanda bukan sahaja negara berdaulat Malaysia, namun seluruh dunia. 


CORONA VIRUS DISEASE 2019 atau nama yang lebih mudah disebut dan dihafal oleh anak-anak aku iaitu Covid-19. Tapi sebab aku power, aku tulis C19 sahaja bagi menjimatkan masa dan lenguh jari menaip, walaupun sesungguhnya banyak sudah marhaen merujuk wabak ini sebagai C19, tapi aku gila publisiti, aku acah-acah seperti aku yang mula. pebende aku mengarut ni.


Aku tak bercadang untuk bercerita berkenaan wabak ini, sebab seantero pelusuk dunia dari Kepulauan Galapagos terus ke Srivijaya membawa ke Segenting Kra memperkatakan berkenaan pandemik ini. aku cuma nak mengaitkan perkara ini dengan pandemik yang agak popular dan cult, nampak mengarut namun kebarangkalian untuk terjadi itu ada : Zombie Apocalypse.


Buat mereka yang masih tertanya-tanya ape kejadah zombie apocalypse ni, mari sini saya terangkan.
"Zombie Apocalypse is a collapses of civilization due to swarms of zombies overwhelming social, law-enforcement, and military structures. Typically, only a few individuals or small bands of survivors are left of the living". Penerangan secara ringkas maksud berkenaan, dan dapat aku kaitkan dengan situasi semasa di mana pandemik yang melanda adalah secara global dan total, dan merebaknya pandemik ini adalah senyap dan pantas,sepantas ben johnson namun dikalahkan jua oleh michiko.Cuma yang masih membuatkan kita menarik nafas lega adalah bilangan manusia yang sihat masih lagi ramai, terima kasih di atas kepantasan petugas-petugas kesihatan dan pihak berkuasa yang berhempas pulas untuk membendung pandemik ini.


Imaginasi aku membayangkan bahawa sistem yang mendokong manusia akan lumpuh,semua dark side manusia akan mula timbul di mana untuk survive, kebinatangan akan melebihi kewarasan fikiran (walaupun sifat kebinatangan itu adalah lebih baik jika dibandingkan sifat kemanusiaan yang hanya berbunyi sedap tetapi penuh kejijikan).manusia mula menjadi selfish, huru hara akan melanda, munculnya manusia manusia yang akan mengaku sebagai penyelamat (messiah) , dan manusia juga akan mula mencari puak-puak tersendiri dan bergaduh sesama clan masing masing. Pada masa itu , yang masih hidup berharap mati adalah jalan penyelesaian. pergh! imaginasi macam gampang, hahaha



among the best zombie flick for me, the zombies were quite 'friendly', but the story was sooo entertaining,british style

Kalau nak cerita panjang lebar pasal zombie ni memang banyak la nak dibincangkan, namun seperti aku tulis kat atas, bagi menjimatkan masa dan aku sudah mula lenguh menekan papan kekunci ni, jadi serba sedikit sudah aku dah terangkan, tapi jangan ambil serius sangat la apa aku tulis ni, ini cuma pandangan peribadi aku yang banyak terpengaruh dengan filem genre zombie ni.kah kah kah


Cuma satu aku suka nak ingatkan. Persamaan antara C19 dengan zombifikasi ini satu : semuanya bermula dari sifat kemanusiaan yang lebih teruk dari kebinatangan.


All Nightmare Long
-alfersyahril-


  

10 March 2014

serabut

melepas keserabutan kepala bukan hal yg harus dipandang enteng
sukarnya sesukar memasukkan benang ke jarum,cuma catch dia kat situ adalah si pemasuk jarum tu buta dan jarum tu tidak berlubang...,amacam? lu x paham kan?

duduk di kota dikerumuni manusia berwajah dua itu biasa
membuai angin bayu diselami karbon monoksida itu pun biasa
apatah lagi meneguk air disamping melayan mata melihat gadis tak cukup kain pun biasa
serabut tak hilang2 juga

nak hilang serabut pergi la becuti?
pergh! setakat sembang je semua org boleh brader,
perbelanjaan bercuti tu dh satu masalah,
mintak cuti tu jugak satu masalah,
karaoke? bukan penyelesai masalah
masalah? itu memang masalah

nak buat mcm mane lagi
duduk sambil layan california dreaming la........


alfiesyahril
-gangnam style kepale hotak kau-


29 May 2012

rockin' timeline

saje je aku post,sebab lame tak mengusik blog...


so,aku terus straight to the point, perjalanan rock aku ...


1986-1987

-aku lahir,jadi tiada apa yang aku ingat sepanjang tahun-tahun ni

1988-1995

-aku mula mengenal muzik jenis world,tapi yang ni biasenye tak mempengaruhi sebab kebiasaan keluar di radio dan kaset yang ayah aku beli

- band/musician: KEMBARA,M. NASIR, AISYAH, PAK PANDIR, ZAINAL ABIDIN.. sekadar menyebut beberapa nama yang aku ingat

1996

-time ni exploration bermula, aku dah tau BSB time ni (Backstreet Back) dan aku mula kenal metal dengan album kumpulan 2BY2(yang duet dgn siti nurhaliza tu) sebab ada satu lagu tu, tak ingat lagu mana,tapi ada riff berat di situ, jadi aku mula kenal arah tuju aku.lagi satu,time tu jugak ada satu rancangan kat TV3, (Alternative), jadi aku kenal band2 grunge ni,dgn malaysian band skali

band/musician: 2BY2, BSB, 5IVE...GRUNGE : NIRVANA,FISH,DEAD MUSHROOM,BUTTERFINGERS, OAG, SPIRAL KINETIC CIRCUS,SATURNINE, GREENDAY

1997-1998

-zaman kegemilangan. time ni XPDC memang tengah top dgn album BRUTAL, time ni jugak aku dah memiliki Black Album...bermulanya era aku dengan mighty METALLICA

band: XPDC,METALLICA,CROMOK,

1999-2003

-zaman sekolah menengah aku,disebabkan aku sekolah asrama,pengaruh dari KL membawa aku ke dimensi  Nu-Metal di mana banyak band tengah naik time tu,jadi aku pun terikut la same,time2 tengah mencari identiti kan...tapi tegarnay aku pada metal tak pernah berubah...XPDC dan METALLICA tetap di hati

-time ni jugak aku baru kenal underground malaysia,dgn skinhead tengah naik time tu,punk bagi aku masih terlalu awal untuk diterokai

band: METALLICA,XPDC,METALASIA,IRON MAIDEN,SLIPKNOT,LIMP BIZKIT, KORN,S.O.A.D. MUSHROOM HEAD, LOVE ME BUTCH, BUTTERFINGERS,CARBURETOR DUNG,THE PILGRIMS, A.C.A.B.,THE OFFICIAL,RUDEBOYS,LAST RESORT,

2004-2007

-zaman menara gading,makin banyak pengaruh...start ni aku dah kenal black metal dgn metalcore, time ni headbanging kuat sikit la,hahaha! punk rock mula menangkap halwa telinga time ni

-time ni jugak aku baru kenal rock kapak,sebab sebelum ni aku tak boleh terima rock kapak,pasal tak rebel

band: METALLICA, CRADLE OF FILTH, AS SAHAR, SLAYER, MEGADETH, WINGS,SEARCH, ANTHRAX,SLAYER, ATREYU,TRIVIUM,BULLET FOR MY VALENTINE, A7X, THE RAMONES,SEX PISTOLS,THE CLASH, COCK SPARRER,RANCID,

2008-2010

-zaman degree,same je mcm sebelumnya,cuma black metal dah kurang sikit,time ni lebih banyak kepada eksperimentasi (OLD SKOOL REVIVAL) DAN SKA PUNK!

-band:METALLICA,DRAGONFORCE, HIM,DREAM THEATER, RUSH,BLACK SABBATH,MOTORHEAD,YNGWIE J. MALMSTEEN,KEMURI, TIPE-X, POTSHOT, OPERATION IVY

2011-2012

-zaman keje...masih mcm dulu jugak, cuma yang berbezanya,semua muzik yang dulu2 tu aku dengar balik...kire sekarang ni aku tak memilih sangat la,semua yang ok aku dgr je...cuma METALLICA tetap bertakhta di hati,heheh!






lepas ni tak tau la, nasyid kot? tak mungkin,sebab nasyid ni kalo betul ikhlas niat dia nak berdakwah,dia boleh buat,mcm raihan,rabbani,hijjaz....yang lain? masuk one in a million,jadi bapuk masuk AF,minum todi...nasyid hape tu..hahaha!

ape-ape pun... music for entertainment...not for life


MUSIC AS A WEAPON
-alfiesyahril-

07 December 2011

strings should sound like this

aku memerhati jugak,kadang2 apabila member2 aku punye taste dalam mendengar muzik sebagai halwa telinga mereka,kadang2,aku tengok dia orang ni main dengar je,asalkan sedap telinga nak menghadam muzik yang dimainkan....ada sesetengah orang pulak,mereka menjadikan muzik ni sebagai satu medium untuk menterjemahkan apa yang tersurat di dalam jiwa mereka, dan ada jugak sesetengah ni,menjadikan muzik sebagai ....sekadar muzik sahaja.sebab tu golongan yang ketiga ni menggunakan muzik sebagai medium untuk memperlihatkan diri mereka selari dengan peredaran zaman,maksud aku,muzik yang mereka dengar tidak tetap,lebih kepada mengikut apa genre yang menjadi ikutan pada masa kini,dengan harapan agar tidak dipandang sebagai ketinggalan zaman

aku tahu aku dalam golongan yang mana satu, sebab aku mendengar muzik ni dah lama, sejak dari sekolah rendah lagi,jadi selok belok pasal muzik ni,boleh dikatakan serba sedikit aku tahu lah. dalam hidup aku,muzik memainkan peranan yang penting jugak,sebab kebanyakan masa aku dihabiskan dengan mencari sesuatu yang baru dalam muzik itu sendiri,tapi aku dan muzik aku adalah berlandaskan attitude aku itu sendiri,jadi aku tidak mudah bertukar rhythm,tetapi dalam masa yang sama,aku masih mengikuti senario yang ada sekarang,dan ini bermakna pengetahuan dan juga sebarang maklumat yang aku dapat semakin bertambah....daripada sini pun kau orang dah boleh agak,aku dalam kategori yang mana kan?

tapi,dalam mengikuti perkembangan muzik ni,kita tak seharusnya mendahulukan apa yang sepatutnya kita anggap sebagai hiburan ini,sebagai satu pegangan hidup,sebab kebanyakan orang,menjadikan setiap bait-bait puisi dalam setiap lagu itu sebagai pegangan,dan kadang2,mereka juga mudah terprovok untuk melakukan sesuatu hanya bersandarkan lagu yang mereka dengar. tu dah salah dah tu...sebab muzik ini sesuatu yang patut menggembirakan kita,bukan mempengaruhi kita.....jadi last,kita berbalik kepada hanya yang Satu...jadi,kena sentiasa ingat,agama itu adalah tongkat untuk kita berdiri selain adat yang perlu kita kekalkan....jadi,segala apa yang kita lakukan,hendaklah tidak melampaui batas dan melanggar norma-norma kemanusiaan....heheh! aku dah merepek panjang...jadi fikir2lah,

"strings sounds depend on how it is tuned"

melissa'warlock'
-alfiesyahril-

02 November 2011

assalamualaikum

sape tak jawab salam .....dose


heheh!

02 June 2011

LU JANGAN KEREK SAMA GUA!!!!!

04 May 2011

achtung!

pemacu cakera keras luaran aku rosak...isk! tragik lagi melankolik jiwa ini mengenangkannya....


achtung tu maksudnya attention dalam bahasa jerman....

05 April 2011

funny though....but it is our reality,heheh!

hahahahahahahahaha! put a smile upon my face? nah! it is just isn't a smile but i'm laughing too,laughing about all the joke that i read on the headlines,the taglines or even about the commercials written on the newspapers....hahahaha! why am i laughing? ok...ask yourself,what come out from your mind when we thought about newspapers? of course it is about the news right? but everyday what i can see in the newspapers are just the same...joke,joke joke! hahahaha! seems like i'm reading a humor comic or what?hahahaha! i think next time i will only read the title of the newspapers only,because it isn't a joke after all ( or you think it is)...hahaha! silly lilly...

enough of that, i hope we will discuss about something more important,on how to develop our country,and help our prime minister in every aspect,especially to prevent bribery, poverty ,or else... stop this propaganda about sex and all that,it brings nothing to us.... but sometimes it can be a kind of.... therapy to put your stress away? (maybe)


hmmm, another silly thing that came out from me


born header
-alfiesyahril-

26 March 2011

the next chapter

tuan tulis membuka buku,tapi dia dah lupa mana satu bab yang dia baca....so, sape ingat bab mane tuan tulis baca?

13 January 2011

entry paling heavy

sebelum ni aku buat satu entri yang susah kau orang sekalian nak faham kan? jadi,yang ini paling berat setakat ni......
















berat betul kan,sampai senget2 lori tu nak bawak..... heheh!

entri ni untuk santai2 je...harap jangan berduka sementara kegembiraan itu masih ada didepan mata...simpan peringatan ini didalam minda kita semua




hahaha!
-alfiesyahril-

31 October 2010

aku malas nak tulis pasal padang jawa, tapi aku nak tulis pasal ni


"pokok yang dapat dibiakkan dengan keratan batang adalah ubi kayu"


abstrak bukan?

24 October 2010

week end!

gua baru je sampai dari padang jawa ni... gua ride CBT gua ,memang penat betul wooo.... dah la dekat sejam gua ride, lepas tu hujan rintik2 pulak tu, memang trill wooo...

ape? entry pasal gua lepak padang jawa? esok2 gua tulis brader, gua penat pun tak hilang lagi ni,heheh! ...ok lah beb, gua nak g mandi jap,lepas tu sembahyang, lepas tu gua nak rehat2 tgk cerita james bond dulu, ok kawan2, assalamualaikum...

Cibai Bagai Tuannya
-alfiesyahril-

21 October 2010

gelisah....

aku nyalakan sebatang rokok marlboro yang aku baru beli daripada sahabatku, yang mana tertera ianya rokok seludup, namun persetankan itu semua.... asap ku sedut dalam2 ke dalam rongga pernafasanku...kemudian ku hembus laju2 , memenuhi ruang sekeliling, dan sesekali terdengar batuk kecil rakan di sebelah katilku yang menghidap lelah.... lantas ,ku  henyak kepala ku ke atas bantal, dan minda aku menerawang kembali ke ruang kosong yang setulusnya kosong....

aku sedut kembali asap yang berperisa nikotin, ke seluruh urat sarafku, tanpa memikirkan akibat daripada perbuatanku...kemudian aku terpandang ke dinding,terlihat wajah yang tertera di poster,wajah penyokong selangor dan penyokong singapura di atas 'bunting' yang sempat ku ambil di stadium tempoh hari....  asap ku hembus kembali dari ronggaku...

gelisah... aku memikirkan apa yang tidak lengkap, apa yang hilang....api membakar sehingga ke puntung...ku buang sisa-sisaa tembakau ke dalam asbak yang tersedia di tepiku...ah! aku terpandang ke sehelai kain yang tersidai elok di sebelahku...ku capai,dan timbul bibit2 senyuman di wajahku....akhirnya aku telah menemui punca kegelisahanku.....

...aku belum mandi lagi rupanya....aku capai kain bernama tuala itu, dan bergegas ke bilik air....


hahahaha!

17 October 2010

sua SUWEY ke morning

hari ni terasa aku punye suwey.... aku ke stadium tgk bole pun, tak sampai half time aku dah keluar...pasal selangor kene tibai dengan singapura 6-0.....pahang pulak kalah aggregat dengan johor fc....

lepak rumah midin,main kad...sume game aku kalah...kalo main duit ni...alamat tinggal spender la aku...itu pun kalo aku ade spender....nak buat mcm mane...nasib badan

ni lepas ni tak tau la ape pulak jadi, ntah2 blog aku kene hack ke....nak tunjukkan yang suwey aku memang the greatest hari ni...hahaha! selamat tidur,itu yang terbaik

p/s - jangan bumbung runtuh time aku tido dah le


air pasang pagi
-alfiesyahril-

23 August 2010

lidah setajam pisau...
walaupun hati selembut baldu,seputih kertas..
darah merah mengalir mencemar duli...
gengam bara api hingga sampai jadi abu,
membujur lalu melintang patah...
namun sesal dulu pendapatan,sesal kemudian tidak berguna...
4 jam je lagi....


sape suruh tak sahur , kan skrg dah merapu bukan2



selamat berpuasa>>>>>

20 August 2010

jari mulai kejang,atau ko nak kene terajang?

lame aku tak singah sini,macam dianak-tirikan pulak aku rase blog aku ni,tapi tu lah dia...aku nak  bgtau,kurang dah tahap penulisan aku ni,dah tumpul minda,sebab kurang pengasahan dengan fenomena yang biasa aku coret..so...mcm ni lah...kemana akan dipergikan... pergh! ape aku merepek ni....

???????

29 July 2010

desperate or desperado?

bunyi macam sama, tapi lain beb, desperate ni terdesak dalam bahasa inggerisnye, desperado ni ala2 antonio banderas la, dare-devil punye.... so...ape yang aku maksudkan kat sini? pencarian takkan bermula kalau masih mencari langkah, pencarian takkan menjadi kalau masih mencari rentak, dan pencarian takkan berakhir kalau masih teragak2 agak... rhyme ni bukan biasa2, ini LUAR BIASA... wa cakap sama lu la beb...ni otak gua yang cakap, gua cuma terjemahkan je,...

lu tak paham?

lu tak cukup rock lagi tu geng,heheh!



speak the silence so loud
-alfiesyahril-

23 July 2010

to whom it may concern

assalamualaikum...selamat pagi, skrg pukul tiga pagi, so tak banayak aku nak tulis, cuma nak inform pada rakan2 yang tak tau, aku dah terminate account fb aku, so memang aku tak ade lagi dalam arena muka buku dasawarsa sekarang ni...kepada rakan2,tiada sebarang niat atau agenda aku buat mcm tu,bukan sebab aku nak putuskan kawan,atau aku nak lari dari sesuatu, tapi atas dasar pandang ke timur yang disarankan tun dr. mahathir ( alasan ni ok kot) ....

kadang2 manusia perlu meninggalkan sesuatu untuk mencapai satu tahap yang baharu

kadang2, manusia perlu berani ke hadapan untuk mengelak diri sendiri ketinggalan

dan kadang2, kematangan seseorang tu akan datang dengan cara yang tak dijangka

selamat pagi semua,esok aku balik lipis,nak kene tido cukup...maafkan aku kawan2, nanti kite jumpa lagi di lain hari

kadang2, fermentasi dalam minda perlu jugak dinyahtoksikkan,betul tak?


(aku pun tak tau la pasal fb ni,kadang2 aku berubah fikiran,so aku activate balik, tu la pasal....)


fandeiyan okultika hymnology
-alfiesyahril-

11 July 2010

anak kecil main api....

WARISAN

Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang

Nenek moyang kaya raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesamalah kita
Cinta lenyap diarus zaman

Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ketangan yang lain
Peribumi merintih sendiri

Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutuplah hati terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang

Kini kita cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri

Kita sudah tiada masa
Majulah dengan maha perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha
MELAYUKAN GAGAH DI NUSANTARA




setelah diamati bait-bait kata pada lagu ini, hati aku tersentuh,bukan kerana prejudis, tapi mengenangkan akan bangsa aku sendiri... lagu ini ditulis sekitar tahun 80-an, namun kesedaran tentang martabat bangsa masih jauh aku lihat pada bangsa aku sendiri.. kepada golongan politikus usang yang masih berdebat tanpa hujung pangkal mengenai kepentingan politik masing2 , renungkanlah lagu ini,dan luangkan masa untuk memperlihat sendiri apa yang telah anda lakukan pada bangsa anda sendiri.hentikan membuka pekung bangsa sendiri,tohmahan dan maki keji itu semua... kita yang mendokong siapa diri kita... melayukan gagah di nusantara..bangkitlah


aku melayu...dulu,kini dan selamanya
-alfiesyahril-