15 May 2015

Usaha...pebende?

sampai satu masa, kau akan tahu bahawa apa yang kau lakukan tu terbahagi kepada dua subjek yang memerlukan penilaian :

1) aku melakukan satu perkara berdasarkan pengalaman,dan setiap langkah yang diambil adalah secara berhati-hati supaya kesalahan lampau tidak berulang

2) aku menerobos halangan secara membabi buta dan memperjudikan segala faktor yang perlu diambil kira tanpa memikirkan natijah yang akan menimpa

kedua-dua perkara tersebut takde salah dan betulnya, dah namanya manusia...bukan sempurna,penuh dengan tanda tanya,dan mengharap miracle menjelma tanpa hujung pangkalnya.

pengakhirannya, sama ada berjaya atau tak,tu bukan bawah kuasa kita,sebaik mana pun perancangan,tu atas rezeki...ada yang masih mencuba,berkali-kali tanpa henti,namun masih belum berjaya, ada juga yang sekali cuba, terus dah tercapai hala tujunya.

thomas alva edison mengalami 1000 kali kegagalan sebelum berjayanya dia mencipta bola kaca ajaib yang mengeluarkan cahaya yang kita panggil hari ini sebagai mentol.yang tak berjaya tu aku tak tau la,sebab mereka tak berjaya,nama mereka pun tak terkenal lah.

last2,kita berbalik pada hukum tuhan bahawa Allah tu tidak akan menguji seseorang hambanya jika bukan di bawah kemampuannya. secara realistik,kita yang berusaha beberapa kali ini kene bersyukur,kerana kita antara insan-insan terpilih yang mana Allah tahu kemampuan kita dan sentiasa ujian diturunkan kepada kita supaya sentiasa kita mengakui keesaannya, tapi aku tak bermaksud yang mana sikit ujiannya itu tidak disayangi,tapi kau mungkin antara yang Allah akan uji dalam bentuk yang lain,sesuatu yang kau sendiri tidak sedar

yang penting,senantiasa kita beringat,jangan menyalahkan takdir,dan jangan meninggi diri di atas segala kejayaan yang kita kecap,kau baru tahu setakat saat ini sahaja,yang terkedapan kau sendiri tak boleh predict... 


kau dan aku sama,berada di pentas dunia untuk kembali kepadaNya


seribu satu natijah
-alfiesyahril-

No comments:

Post a Comment