Showing posts with label metallica. Show all posts
Showing posts with label metallica. Show all posts

14 October 2016

hardwired...to self destruct (cont.)

penantian satu penyeksaan

tunggu sikit punye lama,8 tahun penyudahnye

bulan 11 baru release worldwide,katenyelah...

kat malaysia bulan berape tak tau la...



aku sikit lagi nak sell out layan dangdut...mujur ada pamoga

27 September 2016

hardwired...to self destruct

this november 18th, can't wait to thrash all around like i used to do

12 January 2014

1997...when it all started

1997,

aku baru darjah 5, tapi tahun tu bermulanya legasi tak berkesudahan dalam coretan layar hidup aku...tahun di mana aku mengenali METALLICA

aku kenal dulu pun sbb zaman tu,org dok sibuk pasal cite titanic...membe aku sorg tu siap 8 kali tgk,pejadahnye...tgk paling kuat 2 kali pun dh paham cite,itupun kalo cite tu m. night shyamalan yang direct.ini pulak titanic,straight forward love story yang annoying,tp bg pennggemarnya,filem tu adalah antara karya agung la,puih!

disebabkan dasar anti establishment dan pemberontakan dalaman yang membuak2 masa tu,aku ,bersama member sekelas aku Izham,lebih cenderung untuk mencari sesuatu yang penuh dgn aggression,penuh dgn stigma anti sosial,yang menjurus ke arah keganasan dan kegelapan,dan apa yang aku jumpa ada dalam metallica: riff berat disertakan alunan heavy yang membuatkan jiwa bergelojak, dan lirik mereka menceritakan permasalahan yang melanda dunia,wabak,peperangan,kesedihan dan ketidakpuashatian .
Metallica time aku lahir (86) : From Left: Lars Ulrich.James Hetfield,Kirk Hammett,Cliff Burton (died 86)
Metallica 2013 : From Left: Kirk Hammett,Rob Trujillo,Lars Ulrich,James Hetfield



brader2 kt taman aku tu time tu ramai straight edge,minor threat ,blag flag,antara band yg diorg dgr,campur lagi pengaruh britpop seperti oasis,pulp dan sebagainya,tp straight edge pd nama je la,rokok isap jugak...tp aku pada masa tu lebih terarah ke metal,senang cakap aku ni bukan dalam arus perdana la..band terawal pada 96 yg aku dgr,XPDC dan pada tahun 97 album Brutal yang cukup aku minat,lagu top Apa Nak Di Kata,memang menjadi siulan,bermula dari situ aku kenal metallica,kerana muzik xpdc itu sendiri berkiblatkan thrasher san francisco tersebut.

2014

18 tahun dah berlalu ,dan aku dh berumur 28 tahun sekarang...dah kahwin dah pun,

METALLICA? heheh!still metalling up your ass
seperti kata James Hetfield semasa inaugural show mereka ,MTV Icon 2001

"We are 20 years now,but we ain't gonna stop yet"

and still,mereka masih lagi thrashing all around


awang thrasher
-alfiesyahril-


16 August 2012

differ

jangan mengimpikan sebuah syurga,jika perilaku kamu lebih kepada memuja neraka...

sebuah pengucapan daripada mulut bukan sekadar hanya kata-kata untuk bermain sandiwara,tapi apabila lahir dari hati yang tulus,kelak boleh menggoncang dunia... aku bermain dengan kata-kata, tapi sendiri aku masih diawangan mencari anekdot yang tertitip pada kata-kata itu...

bila disingkap sejarah,aku tidak pandai mengolah dan menterjemah,aku hanya melaksanakan dan menanti keputusan...tetapi setelah kita berlalu dengan arus kehidupan,segala genap getir pengalaman akan kita peroleh tanpa diminta... daripada situ aku bermain dengan sandiwara kata-kata...

apabila aku ingin menyatakan keikhlasan,mereka berkata aku cuma berhujah kosong tanpa satu-satu isi dan nilai, tapi wajarkah mereka menghakimi apa jua perilaku yang aku serlahkan? mereka sepatutnya memahami,sepatutnya mereka menyelami, mereka perlu mentafsir apa yang diluah....

kadang-kadang,tiada satu pun manusia yang memahami manusia yang lain,mereka berpura-pura untuk berasimilasi,tetapi kejelasan yang amat kebobrokan tu...manusia tetap akan menjadi manusia.... setiapnya adalah berbeda....


keganjilan itu inklusif
-alfiesyahril-

19 June 2012

MIGHTY METALLICA

kenapa aku begitu taksub dengan Metallica?


...sebab aku tak percaya dengan org2 sekeliling aku,mereka selfish...they only know how to satisfy themself...old selfish BASTARDS!!!


aku takkan bosan dan takkan sekali-kali berhenti...my passion,the glory,the insanity...lie within this band and enters my soul....

29 May 2012

rockin' timeline

saje je aku post,sebab lame tak mengusik blog...


so,aku terus straight to the point, perjalanan rock aku ...


1986-1987

-aku lahir,jadi tiada apa yang aku ingat sepanjang tahun-tahun ni

1988-1995

-aku mula mengenal muzik jenis world,tapi yang ni biasenye tak mempengaruhi sebab kebiasaan keluar di radio dan kaset yang ayah aku beli

- band/musician: KEMBARA,M. NASIR, AISYAH, PAK PANDIR, ZAINAL ABIDIN.. sekadar menyebut beberapa nama yang aku ingat

1996

-time ni exploration bermula, aku dah tau BSB time ni (Backstreet Back) dan aku mula kenal metal dengan album kumpulan 2BY2(yang duet dgn siti nurhaliza tu) sebab ada satu lagu tu, tak ingat lagu mana,tapi ada riff berat di situ, jadi aku mula kenal arah tuju aku.lagi satu,time tu jugak ada satu rancangan kat TV3, (Alternative), jadi aku kenal band2 grunge ni,dgn malaysian band skali

band/musician: 2BY2, BSB, 5IVE...GRUNGE : NIRVANA,FISH,DEAD MUSHROOM,BUTTERFINGERS, OAG, SPIRAL KINETIC CIRCUS,SATURNINE, GREENDAY

1997-1998

-zaman kegemilangan. time ni XPDC memang tengah top dgn album BRUTAL, time ni jugak aku dah memiliki Black Album...bermulanya era aku dengan mighty METALLICA

band: XPDC,METALLICA,CROMOK,

1999-2003

-zaman sekolah menengah aku,disebabkan aku sekolah asrama,pengaruh dari KL membawa aku ke dimensi  Nu-Metal di mana banyak band tengah naik time tu,jadi aku pun terikut la same,time2 tengah mencari identiti kan...tapi tegarnay aku pada metal tak pernah berubah...XPDC dan METALLICA tetap di hati

-time ni jugak aku baru kenal underground malaysia,dgn skinhead tengah naik time tu,punk bagi aku masih terlalu awal untuk diterokai

band: METALLICA,XPDC,METALASIA,IRON MAIDEN,SLIPKNOT,LIMP BIZKIT, KORN,S.O.A.D. MUSHROOM HEAD, LOVE ME BUTCH, BUTTERFINGERS,CARBURETOR DUNG,THE PILGRIMS, A.C.A.B.,THE OFFICIAL,RUDEBOYS,LAST RESORT,

2004-2007

-zaman menara gading,makin banyak pengaruh...start ni aku dah kenal black metal dgn metalcore, time ni headbanging kuat sikit la,hahaha! punk rock mula menangkap halwa telinga time ni

-time ni jugak aku baru kenal rock kapak,sebab sebelum ni aku tak boleh terima rock kapak,pasal tak rebel

band: METALLICA, CRADLE OF FILTH, AS SAHAR, SLAYER, MEGADETH, WINGS,SEARCH, ANTHRAX,SLAYER, ATREYU,TRIVIUM,BULLET FOR MY VALENTINE, A7X, THE RAMONES,SEX PISTOLS,THE CLASH, COCK SPARRER,RANCID,

2008-2010

-zaman degree,same je mcm sebelumnya,cuma black metal dah kurang sikit,time ni lebih banyak kepada eksperimentasi (OLD SKOOL REVIVAL) DAN SKA PUNK!

-band:METALLICA,DRAGONFORCE, HIM,DREAM THEATER, RUSH,BLACK SABBATH,MOTORHEAD,YNGWIE J. MALMSTEEN,KEMURI, TIPE-X, POTSHOT, OPERATION IVY

2011-2012

-zaman keje...masih mcm dulu jugak, cuma yang berbezanya,semua muzik yang dulu2 tu aku dengar balik...kire sekarang ni aku tak memilih sangat la,semua yang ok aku dgr je...cuma METALLICA tetap bertakhta di hati,heheh!






lepas ni tak tau la, nasyid kot? tak mungkin,sebab nasyid ni kalo betul ikhlas niat dia nak berdakwah,dia boleh buat,mcm raihan,rabbani,hijjaz....yang lain? masuk one in a million,jadi bapuk masuk AF,minum todi...nasyid hape tu..hahaha!

ape-ape pun... music for entertainment...not for life


MUSIC AS A WEAPON
-alfiesyahril-

06 June 2011

rungutan semasa

"welcome to where time stand stills,no one lives but no one will"... terngiang bait lagu metallica tu di kepala aku, tatkala kepulan asap rokok membentuk satu gumpalan awan di atas kepalaku.... kepala aku semak, atas kepala pulak mcm pukimak.... kalaulah satu perkara tu dapat dikekalkan,nape perlu ianya dihancurkan, dengan alasan pembangunan? memang semak aku pikir pasal perkara tu....semakin banyak peninggalan jati diri kita terhakis, aku ingat tak lama lagi melayu hanya tinggal pada nama je, waima nama pun sekarang ramai dah berkiblatkan negara mat salleh yang tak kite tau mane asalnye dapat name salleh tu..... makan toksah cite la, halal haram aku tgk mcm lekat kat tag je, bile majlis fatwa dah declare sesuatu tu haram, so automatikla haram, pasal mereka lebih arif, tapi kat sini aku tgk kopitiam yang majlis agama pun masih tak luluskan sijil halal dia pun, ramai je melayu yang makan minum kat situ...macam yakin benar dgn produk2 tu....pergh! aku rase aku punye tanggungjawab pada dunia sekarang ni dah makin besar, bukan bodo2 lagi ni....

cakap aku nak hebat, padahal awal2 post dah lagu metallica, ape da, hahahaha! mengata dulang paku serpih, mengata orag, gua yang lebih


hahahahaha! aku gelak lagi