01 January 2014

2013 : tahun paling power

4 perkara aku achieve sepanjang 2013,n aku rase tahun 2013 adalah tahun paling power pernah wujud dlm kamus peradaban aku setakat ni.bukan nak kate ape lah,tapi memang tahun yang aku akan sentiasa ingat semestinya tahun 2013 because of :

1) aku kahwin tahun ni,satu turning point paling power pernah berlaku dalam titip2 perjalanan aku setelah lama thrashing all around till there's never tomorrow.aku berkahwin dengan gadis yang memang dah diciptakan untuk aku,dulu,kini dan eternity...pergh...

2)aku perform the umrah,and for the first time ever,aku naik flight,hahaha! (naik flight pun jakun ke pebende) tapi aku berjaya jugak ke sana walaupun aku tak terfikir perkara mcm ni terjadi dalam masa terdekat,tapi itu yang dikatakan rezeki brader,

3)yang ni memang aku x pernah mimpi pun akan terjadi,aku tgk METALLICA perform live depan mata,sesungguhnya menyaksikan band yang aku follow tanpa rasa jemu dari tahun 1997 memang sesuatu yang sangat meruntun perasaan seorang thrasher tegar seperti aku,sebab perkara ni antara yang aku listkan dalam perkara yang mustahil terjadi dalam hidup aku,tapi tu kuasa tuhan,siapa yang dapat nak halang.

4) ini yang paling power setakat ni, pahang akhirnya menjuarai piala malaysia setelah gagal merampas piala idaman tu sejak tahun 92.salah satu event yang paling power dan membanggakan bagi seorang fanatik pahang,namun bukan fanatik bola,seperti aku...ape barang tgk bola,baik tgk akademi fantasia ye tak?

all in all,susunan sesuatu peristiwa tu sebenarnya dah digarap dengan cantik oleh yang maha esa,cuma kita yang selaku seorang hamba ni,kena sentiasa bersyukur atas nikmat yang dah diberi,sebab kita tak tahu bile turn the unexpected become something magical that happens right before our eyes,jangan mengeluh brader, nasib lu bukan malang,cuma turn lu lambat sikit je

dapat thrashing dengan full dressing memang buat aku terasa power,hahaha!


p/s: tahun ni memang lagi power dari power rangers

the memory remains
-alfiesyahril-

30 December 2013

envy

sejarah melayu ni boleh kita bahagi kepada 2: pasca 1511 dan selepas 1511, dimana pada tahun tersebut penjajahan berlaku di melaka oleh puak haprak portugis dan dibantu petualang bangsa,si kitul dan raja mendeliar.dari situ kita dapat lihat perubahan daripada bangsa yang terkenal dengan kehebatannya kepada bangsa menikus terperosok di bawah kelengkang penjajah.tapi soal tu bukan ape aku nak cerita di ni,apa yang aku nak cakap ialah satu perkara yang tak berubah dalam lubuk hati nurani bangsa melayu itu sendiri sampai ke saat ni :

hasad dengki

melayu ni toksah sembang la,hasad dengki ni dah macam natural behaviour ,memang sukar dikikis,makin bernanah sampai membusung lagi ada.kita cuba luaskan skop pulak

1) berniaga
kalau melayu ni tak berdengki dengan sesama dia bukan melayu lah brader. contoh paling skeptikal sekali bila melayu berniaga barang pakaian la contohnya,member sebelah tgk member sorang ni niaga ada la untung sikit2,dia pun buat jugak lah,lepas tu boleh parking gerai sebelah,nak lagi sedap tu,dia buat harga lagi murah,mmg nk potong terus la plan...last2 skali dua2 lingkup..yang part santau tu nauzubillah la

2)aksesori
bab ni mmg champion,org sebelah ade kereta besar,dia nk pakai kereta besar,org sebelah ade galaxy s4,dia pun nk galaxy s4,lte siap...dia gaji besar xpe la,awk tu kerani je pun,esok luse hutang bertimbun, awk yang susah,..lapar? makan la galaxy s4 tu

3)kerja
lu nampak dia kerja bagus,bos puji selalu,lu pun buat la paradigm shift sikit dalam penghasilan kerja tu brader,yang lu g tebar fitnah brader tu ade skandal dengan bos la,buat guna-guna la pejadahnye...lu canang seantero dunia lu boleh buat lagi bagus dari dia...dah tu?lu buat la keje lagi bagus, bangang ke ape?

setakat ni yang aku nampak part2 tu je lah,yang lain tu banyak lagi,aku pun setakat tulis je lah,kongsi ape yang patut,bagi kita semua ni sedar,mentaliti kuno abad ke berapa tu dah boleh buang,ape2 hal pun tengok diri sendiri dulu brader,segala yang baik tu datang dari Allah,yang buruk tu datang dari lu,

narcissistic cannibal
-alfiesyahril-