08 January 2014

aiman...the next chapter

aiman sudah menganjak ke dunia remaja, aiman dah boleh berdikari,langkah kaki semakin laju,namun terjatuh itu bukan satu alasan,aiman sudah perlu menuju ke hadapan...

aiman sudah selesai menduduki peperiksaan SPM,dan sekarang dia mengikuti program PLKN di Kuala Krai...

aku menghantarnya ke padang MDL,di mana di situ berkumpulnya semua lepasan tingkatan 5 yang akan berangkat ke kem masing2,untuk mengikuti program yang dimulakan semasa aku juga selesai menduduki peperiksaan yang sama...aku dapat lihat kesungguhan aiman untuk ke sana,kerana sebagai seorang yang aktif bersukan,bukan sesuatu yang pelik jika aiman berpeluang untuk mengalami sendiri pengalaman penuh cabaran dan memerlukan kekuatan mental dan fizikal itu.

ibuku antara yang paling resah untuk melepaskan aiman pergi,mungkin kerana aiman yang sejak 17 tahun yang lalu,tidak pernah berenggang dengannya,menemaninya setiap hari,dan antara yang paling rapat dengannya,ayahku seperti biasa,wajahnya yang menyimpan seribu satu rahsia,yang tidak akan digambarkan di depan sesiapa pun,waima keluarganya sendiri...namun jauh di sudut hatinya,aku tahu kesedihan itu begitu dekat pada ketika itu..

lambaian terakhir aiman disambut aku dengan penuh harapan...aku tahu aiman boleh membawa diri,aku tahu aiman sudah cukup dewasa untuk menilai yang mana benar dan yang mana illusi...aku tahu aiman akan mengharungi cabaran tersebut dengan sepenuh hati..

namun di dalam diri aku sendiri,aiman sentiasa akan menjadi adik kecilku yang akan sentiasa aku lindungi...



jaga diri ye,aiman

aiman ( the boy in red)



TAHUN ITU 1991

dulu masa kau orang sekolah rendah,kau orang mesti tengah sibuk main parit nak2 time hujung minggu,mcm aku yang duduk kat dalam kawasan sekolah, bapak aku warden,jadi dunia aku hanyalah tertakluk di kawasan sekolah,padang bola dan barrier dia adalah jalanraya yang memang semacam igauan ngeri kalau aku nak melintas.kat parit ada anak ikan,jadi nak menangguk aku xde peralatan khusus,jadi aku g lah kat aspuri,amik baldi budak pompuan yang bertaraf kakak2 tu bawak ke parit,main la aku menangguk ikan dengan adik-adik aku..

itu dulu la,zaman tu dash yonkuro tak keluar tv lagi, zaman tu yg ada space cop gavan,suria baja hitam ,flash man dengan ultraman ace...power rangers pun belum ada lagi

sekarang ni hujung minggu ,budak2 buat pebende lah jadahnye

dah 23 tahun dah masa tu berlalu brader



...yeah..I MISS THE 90'S...



Hakuto & Minami
-alfiesyahril-