16 January 2013

sebuah cerita yang palat perasanya

apabila sebuah ceritera itu terbuka untuk dipaparkan,aku meneliti setiap bait yang diceritakan...aku cuba terjemahkan dalam bentuk sebuah kehidupan yang aku idamkan...


aku cuba untuk mengecap satu bentuk perasaan yang dipanggil bahagia, apabila aku menolak segala anasir yang aku rasakan sebagai satu ancaman dalam aku meneruskan satu kehidupan,terkadang aku lupa,aku menidakkan perspektif yang sebenarnya satu kemesraan yang ingin aku cari,tapi disebabkan noda itu melampaui segalanya,aku teruskan dengan sikap egois tak bertepian yang menjangkau segala aspek yang patut aku halusi terlebih dahulu.

bila frasa-frasa yang belum menjangkaui satu prosa moden itu lengkap,aku terus mengaitkan dengan angan-angan aku yang sangat opportunist, aku terlalu mengikut kehendak hati yang sangat rakus dan jelek di sesetengah mata sehingga satu persatu kemanisan yang diharap itu lebur,hancur bak debu berterbangan.... semakin jauh aku menelusuri ruang kehendak hati itu,semakin tidak bersisa impian yang aku harapkan itu,sehingga satu tahap dimana,apabila aku mula menyedari setiap yang dirancang itu mula runtuh,aku sudah tidak mampu untuk membinanya kembali...aku cuma mampu memerhati kejatuhan yang aku cipta sendiri....

aku membelek kembali ceritera itu, dan tersenyum sinis aku melihat betapa bangangnya aku dalam melepaskan apa yang sepatutnya aku genggam erat,tapi aku lepaskan tanpa pertimbangan akal yang diberi ...cerita aku menarik... dua jiwa telah dizalimi, dan aku adalah protagonis yang sepatutnya menjadi antagonis dalam ceritera ini....

aku bermasalah dalam menggarap sebuah episod yang membahagiakan,aku tidak mampu mencapai itu dan ini....aku cuma mampu untuk berjalan sendirian dengan sebuah derita,dan teman baik ku hanyalah duka nestapa yang sentiasa membuntut aku kemana saja aku menghayunkan langkah kaki yang semakin tidak berhaluan ini...

titisan halus menitis laju membasahi ruang wajah....tiada kata terucap,tiada gambar tersingkap,tiada nafas tercungap.....

semoga cerita ini bertemu noktahnya


loneome crow
-alfiesyahril-

langkah kaki...termati

perjalanan dalam menempuh liku kehidupan boleh digarap dalam satu quote yg mudah " perjalanan itu tidak menjanjikan satu laluan mudah" ...

kalau setiap laluan dalam kehidupan itu mudah,maknanya kita tidak belajar dan kenal bagaimana cara untuk berfikir,bagaimana untuk mentafsir,bagaimana untuk bergerak seiring dengan peredaran masa.

dalam setiap langkah yang diambil,kadang-kadang kita tersadung ,dan kita berusaha bangkit untuk meneruskan perjalanan itu kembali.

apabila berada di persimpangan, kita akan mula berada dalam suatu dilema yang sungguh palat perasanya,kerana kita tidak mampu untuk melalui kedua-dua lorong, cuma satu yang perlu dipilih... kadang2,seseorang itu terpaksa berhenti sekian lama di persimpangan tersebut,kerana tidak mampu untuk melakukan satu keputusan yang barangkali boleh menjanjikan satu simfoni yang menari, atau sebaliknya satu ekstasi yang kejam menikam... tapi di kemudian masa,satu anjakan perlu juga dilakukan

silap pilihan,kau akan tenggelam dalam kesuraman dan kehitaman yang menggigit segenap jiwa kau

jika pilihan itu yang diidam, kau terasa kau bernafas dalam satu dimensi yang kau dambakan.

walau bagaimapun kau menyusur persimpangan tersebut,walau bahagia nor derita yang dihamparkan di sepanjang perjalanan yang dilalui,seringkali juga kau akan berusaha untuk berpatah semula...konteks ini bukan satu mimpi. kau merasakan kau bahagia,tapi kau selesa berdamping dengan derita....kau merasa langkah yang kau henjak itu derita,tapi realitinya ia satu bahagia....

kau takkan puas selagi penamatnya tak kunjung tiba....dan kau tak akan berjumpa dengan apa yang kau cari,kerana nafsu buas mengatasi segala,apa yang terhampar di mata hanya sandiwara,dan noda dan dosa adalah penyeri hilai tawa....


....itu yang menjadikan kita seorang...MANUSIA




lahirmu bukan untuk dunia
-alfiesyahril-

15 January 2013



Dulu
Ku pandang diriku
Kekasih yang setia
Tak pernah berdusta
Kini
Aku mulai merasa
Sedap hati mendua
Perlahanku tinggalkan kamu
Tapi
Semakin jauh
Aku
Semakin aku rindu
Rindukan kamu
Menyesal aku putuskan kamu
Kerna ternyata aku tak mampu
Menahan sisa azab cintamu
Aduh aduh mana tahan batinku
Mungkin
Mungkinkah kita bisa
Perbaiki semua.. kembali bersama
Kerna semakin jauh aku
Semakin aku rindu , rindukan kamu
Menyesal aku putuskan kamu
Kerna ternyata aku tak mampu
Menahan sisa azab cintamu
Aduh aduh mana tahan batinku
Benar apa kau ucapkan dulu
Takkan mudah ku lepaskan kamu
Menyesal aku curangi kamu
Aduh aduh tuhan tolong aku


-klangit-
sesal mendua

14 January 2013

perasaan itu


Aku rase perlu ada satu penjelasan daripada aku sendiri,atas segala kemusykilan yang mungkin bermain di kalangan kamu semua….
Aku bermain dengan perasaan unpama perasaan itu satu entiti yang tiada makna,aku sentiasa memandang enteng sesuatu perkara,dan terkadang aku penuhi segenap isi pemikiran aku dengan sesuatu yang penuh kekosongan…. Aku rasa diri aku sendiri bukan menjadi diri aku, aku mencari sesuatu yang sudah terbentang di depan mata,dan apabila aku sedar akan kewujudan tersebut,aku sudah tidak mampu hendak berbuat apa-apa pun dek kerana aku ini alpa orangnya… aku sentiasa mencari,dan mencari ,walhal segalanya sudah memadai ….
bila dibabitkan perihal satu perasaan itu umpama satu perkara yang sungguh abstrak…aku cuba gapai apa yang sudah bergolek di depan mata, aku masih meraba apa yang sudah berada di genggaman, aku masih melaung apa yang sudah tersemat di jiwa, aku masih tercari –cari satu enigma mungkin,satu penyelesaian pasti? Aku rungkaikan jua segala yang bersarang di akalku…kerana akalku tidak berupaya untuk berucap sepatah kata pun.aku memang bodoh kerana menyesal dalam kehidupan...
Aku berbelah bagi untuk setiap perasaan aku,aku tidak kenal apa itu yang batil,apa yang zahir,apa yang buruk dan apa yang baik, apa yang dicari,apa yang mustahil…. Aku tidak berjaya merobek dinding yang menghalang aku ini..selamanya aku sentiasa dibelenggu, aku kerap dipermain dari segi emosi,dan nurani aku tidak mampu menenangkan aku, tidak mampu menahan aku,tidak berupaya membimbing aku…tapi yang pasti,ia berjaya membunuh aku…
Perasaan aku, bukan satu mainan kosong, bukan satu anekdot yang tiba-tiba hadir, bukan satu serangan tidak berpeluru, bukan satu penglihatan tanpa pancaindera,bukan satu luahan tanpa suara, dan bukan juga pengakhiran untuk satu kesudahan…. Perasaan aku itu bukan sejahat dan sekejam  yang digembar-gemburkan…perasaan aku minta untuk difahami,ia minta untuk didengari,ia minta untuk dikasihi, ia minta untuk dikasihani….perasaan itu menjadi sebagaimana itu kerana tembok itu menulikan segala-gala yang perasaan itu ingin luahkan….IA TERPERANGKAP KEJAM!
Perasaan aku itu perlukan ketenangan….perasaan itu sudah penat….. perasaan itu tidak minta apa-apa….cukuplah sekadar perasaan itu tahu,bahawa disekelilingnya,masih ada yang mengetahui kewujudannya

maafkan aku...aku memang tak layak menjadi kekasih,mahupun kawan kepada kamu semua