'' small body,but big at heart'
'fuhhh...' hembusan asap rokok mengaburi skrin monitor member aku ni, dah berape kali aku tgk movie crow zero ni,n timbul bibit2 kebosanan dalam diri aku, sekejap aku keluar ke beranda blok c ni,n tgk orang ramai lalu lalang,yg naik kereta,naik motosikal, yang jalan kaki,couple...couple....,tgkp syahdu pulak aku mengingatkan istilah tu,tapi takpelah,jgn difikirkan sangat...aku masuk ke bilik, n disinilah aku mula menulis kembali, hidup aku ni boleh kata senang je flownya,takde masalah yang meruncing,setiap hari,suatu rutin berlaku tiap2 kali tanpa aku sedar pun,sebab ianya adalah rutin,...alangkah bertuah aku ni,keluarga aku sederhana,n selama ni aku tak pernah lagi kebuluran,hasil penat lelah ayah dan mak aku mencari rezeki... dalam aku menjalani kehidupan,aku sentiasa terlihat,bukan semua orang menghadapi jalan hidup semudah yang aku sangkakan..
satu hati,aku pernah ikut kawan aku,tolong dia berniaga,midin nama dia,orang die kecik je,kurus pulak tu,n walaupun badan aku besar,namun semangat aku tak sebesar semangat midin ni,aku tak dapat bayangkan macam mana hidup aku kalau aku melalui ape yang kwn aku ni lalui...aku kenal midin sejak dari diploma dulu lagi,die jugak antara pengaruh kuat dalam aku mengorat lini, dulu,kalau tak kerana motor die,takkan aku dapat bwk lini g minum petang kat bukit satelit,hehe!
hari tu,dalam minggu2 akhir,nk dkt dgn final test jugak,aku ke puchong,tempat midin ni berniaga,time tu dapat jugak aku tolong2 midin ni kupas bawang,n bakar roti,...oh ye,buat pengetahuan kau orang,midin ni meniaga burger,n memang sedap la die masak,..balik ke ayat aku tadi,boleh kata aku ikut dari upm,sampai dia habis meniaga...sambil2 berurusan dengan customer tetap die,kwn aku ni tak berat mulut,ramah je bertanya ,n membuatkan orang mudah berinteraksi dengan die,n then time dh dkt2 nk hbs meniaga,kitorg lepak2 jap ,smbil isap rokok,n tggu customer yg mungkin dtg agak lewat...
'din,kau tak penat ke hari2 buat benda ni,pagi kau dah nk kene g kelas,mlm ko bisnes pulak,memang terer la kau ni din,respek betul aku kat kau..'
'aku dah biase dah gas,4 thn dah buat keje ni'...
ringkas je ape yang die tuturkan,tapi mendalam...aku berani potong jari,tak semua orang boleh buat mcm mane midin ni buat,aku pun tak berani jamin aku boleh meniaga macam ni tiap2 hari sambil belajar...tap tu yang aku kagum dengan midin, die pemurah, kalau customer byr kurang pun,kadang2 die tak berkira, n barang yang digunakan pun die amik yang terbaik...ikhlas dalam ape yang dilakukan,tak hairanlah pelanggan die sentiasa ramai,n rezeki die sentiasa murah. dengan duit hasil meniaga tu lah midin gunakan untuk menanggung kehidupan die,disamping yuran pengajian dan lain-lain...sesetengah orang hanya mengharapkan sesuatu itu datang,tanpa sebarang usaha,n sesetengah orang berusaha dengan penuh gigih,namun hasil masih belum juga kelihatan,itulah yang dikatakan rezeki...bagi aku,sekuat mane pun orang tu,itu semua hanya dari segi lahiriah,n dari segi rohani,aku nampak semuanya dalam diri kawan aku ni...midin, sampai bile2 pun aku tetap respek kau din...
cbt3035 and the burger stall,quite a match rite?
'......................'
-alfiesyahril-
Keja
2 years ago