08 June 2010

ke mana hilangnya gemilang filem melayu?






sesetengah daripada kau orang mungkin mengetahui cerita ini kan,dan ada yang masih terpinga2 akan ape kejadah cite ini pernah wujud di bumi malaya ni satu masa dahulu? tu bukan persoalan,dan tu bukan permasalahan utamanya,tapi apa yang aku ingin katakan di sini, filem ini betul2 mengangkat apa yang dikatakan sebagai industri perfileman melayu

sekarang, industri filem memang nampak berkembang secara lahirnya,dan kita dapat melihat lambakan filem2 kita yang akan ditayangkan di pawagam, seperti pesta untuk berlumba2 mengeluarkan filem yang menjadi kegilaan ramai,tapi apa yang gila pun aku tak tahu, melalui apa yang aku lihat,trend sekarang untuk filem melayu

i) seram
ii) cinta (ni dah lama dah ni,cuma love story skrg ni sangat 'menjengkelkan' )
iii) komedi murahan
iv) gay (paling baru,bodo punye penerbit)

lagi satu,kalau dari perspektif pelakon pulak, kita lihat pada pelakon pompuan ; lakonan sangat2 kaku, menjerit melalak tak tentu hala macam kena histeria,walaupun plot cite tu menggambarkan dia marah anak dia, penghayatan = zero! mana dia pelakon2 sehebat noor kumalasari, yang begitu berkesan membawakan watak, ogy ahmad daud...mana lagi yang boleh melakonkan watak antagonis seperti normadiah...kemana menghilang semuanya...

pelakon lelaki juga tak mudah, badan mesti nak ketak2, muke mesti nak macho... tapi bile berlakon watak yang perlu sedih sikit je,menagus bagai nak rak, aku gelakje la pelakon sekarang, sangat bangang menghayati watak, kenapa mereka tak boleh jadi seperti Jins samsudin, kenapa tiada lagi aktor yang berbakat seperti nasir bilal khan di layar perak, ( nasir bilal pun tak berlakon filem lagi), mana perginya crook tersohor seperti salleh kamil ,kita tak impikan aktor ini dapat menandingi p.ramlee, tapi sekurang2nya,tunjukkan sesuatu yang boleh memberi kesan pada jiwa penonton.

aku mulai rasa bosan untuk ke panggung, setelah menonton cereka legenda budak setan tempoh hari, aku sungguh kecewa dengan plot yang lintang pukang, serta kakunya lakonan lisa surihani...farid kamil....hmmm,ok la lu...2 out of 10 untuk cite tersebut,...namun,aku mendengar pengarah tersohor, u-wei hj. shaari sudah memulakan penggambaran filem hanyut, dan aku harap filem tersebut dapat menandingi filem Jogho,Kaki bakar seperti yang diarahkannya dahulu.... aku harap filem ni akan seangkatan dengan filem Abang, Esok Masih ada, azizah the legend, dan era jalan ampas...amin.

jangan bunuh filem melayu...

kembara seniman jalanan
-alfiesyahril-

sekadar satu selingan

dalam seminggu ni,byak betul masa aku dihabiskan dengan kawan2 ; universiti,sekolah, kawan 'mesra' dan kawan2 lain yang tak ada kategori, jadi aku rasa terisi masa terluang aku dengan kehadiran kawan2... seronok dan enjoy sikit life aku, sementelahan melakukan kerja hakiki,aku masih lagi dapat keep in touch dengan mereka2 yang pernah atau yang masih ada dalam kamus hidup aku... terasa lama sudah aku hidup di atas muka bumi ni....dan apa yang pasti,setiap perubahan berlaku kepada diri masing2, dari segi fizikal,dan perilaku serta tutur kata mereka....manusia perlu berubah, seiring dengan pergerakan masa dan juga peningkatan usia, seperti berubahnya haluan ombak pabila badai menjelma...

yang penting,aku takkan lupakan kawan2 aku ni semua , kontek aku selalu beb, insyaAllah aku akan cuba untuk sentiasa berhubungan


untuk kawan-kawan
-alfiesyahril-