aku memerhati jugak,kadang2 apabila member2 aku punye taste dalam mendengar muzik sebagai halwa telinga mereka,kadang2,aku tengok dia orang ni main dengar je,asalkan sedap telinga nak menghadam muzik yang dimainkan....ada sesetengah orang pulak,mereka menjadikan muzik ni sebagai satu medium untuk menterjemahkan apa yang tersurat di dalam jiwa mereka, dan ada jugak sesetengah ni,menjadikan muzik sebagai ....sekadar muzik sahaja.sebab tu golongan yang ketiga ni menggunakan muzik sebagai medium untuk memperlihatkan diri mereka selari dengan peredaran zaman,maksud aku,muzik yang mereka dengar tidak tetap,lebih kepada mengikut apa genre yang menjadi ikutan pada masa kini,dengan harapan agar tidak dipandang sebagai ketinggalan zaman
aku tahu aku dalam golongan yang mana satu, sebab aku mendengar muzik ni dah lama, sejak dari sekolah rendah lagi,jadi selok belok pasal muzik ni,boleh dikatakan serba sedikit aku tahu lah. dalam hidup aku,muzik memainkan peranan yang penting jugak,sebab kebanyakan masa aku dihabiskan dengan mencari sesuatu yang baru dalam muzik itu sendiri,tapi aku dan muzik aku adalah berlandaskan attitude aku itu sendiri,jadi aku tidak mudah bertukar rhythm,tetapi dalam masa yang sama,aku masih mengikuti senario yang ada sekarang,dan ini bermakna pengetahuan dan juga sebarang maklumat yang aku dapat semakin bertambah....daripada sini pun kau orang dah boleh agak,aku dalam kategori yang mana kan?
tapi,dalam mengikuti perkembangan muzik ni,kita tak seharusnya mendahulukan apa yang sepatutnya kita anggap sebagai hiburan ini,sebagai satu pegangan hidup,sebab kebanyakan orang,menjadikan setiap bait-bait puisi dalam setiap lagu itu sebagai pegangan,dan kadang2,mereka juga mudah terprovok untuk melakukan sesuatu hanya bersandarkan lagu yang mereka dengar. tu dah salah dah tu...sebab muzik ini sesuatu yang patut menggembirakan kita,bukan mempengaruhi kita.....jadi last,kita berbalik kepada hanya yang Satu...jadi,kena sentiasa ingat,agama itu adalah tongkat untuk kita berdiri selain adat yang perlu kita kekalkan....jadi,segala apa yang kita lakukan,hendaklah tidak melampaui batas dan melanggar norma-norma kemanusiaan....heheh! aku dah merepek panjang...jadi fikir2lah,
"strings sounds depend on how it is tuned"
melissa'warlock'
-alfiesyahril-
Keja
2 years ago