01 January 2011

tahun baru yang tak terase,kate tuan tulis

tuan tulis baru balik bejalan....gamaknye la, dia je kate berjalan,padahal tak ke mane pun....sebab tuan tulis ni kejenye termenung je setiap mase..... katenye golongan pemikir slalu buat macam tu, untuk dapatkan idea yang lebih bernas...tapi termenung tapi tak usahakan apa yang direnungkan pun serupa jugak kan....tuan tulis termenung, melihat jauh ke langit, tiba2 muncul puteri kayangan, terkejut tuan tulis sampai tertiarap atas lantai...nasib baik tak terkucil sikit, kalau tak malu jugak tuan tulis dengan puteri kayangan

'kamu buat apa tu tuan hamba?" sapa puteri kayangan

"patik tak buat apa2 pun tuan puteri,cuma patik tgh berpikir ni..."
"takkan lama sungguh berpikir, tuan hamba teringatkan kekasih ye?" soal puteri kayangan sinis,

"pejadahnye" , getus dalam hati tuan tulis , "tidak tuan puteri,patik sedang memikirkan permasalahan dalam masyarakat kita ni "

"oh!  begitu rupanya" puteri kayangan tidak mahu bertanya lanjut
\
tiba2,tuan tulis perasan di belakang puteri kayangan, ada kiah ketot dgn anna kournikova, yang lagi 3 tu tuan tulis tak pasti, sebab tuan tulis ni kadang2 lupe,padahal selalu je tgk....tuan tulis pun tanyelah

"eh kiah! kamu bukan sambung kontrak ke...anna kamu pun ada kat sini jugak,bukan kamu nak g makan jeruk kat russia? kiah ketot dgn anna kounikova senyum je la....."kami berjalan la, ni kan tahun baru,buat aktiviti berfaedah sikit, bukan duduk diam saje mcm kamu tu," balas kiah ketot...... " tuan puteri kayangan yang bawa kami ke puncak kilimanjaro, melihat perubahan paksi bintang dan bulan sempena perubahan solstis ni,tak perasan ke?" balasnya lagi

"la, dah tahun baru ke? malunye......." tersipu2 tuan tulis, hape daa...



.........................................................................................

dibahagian lain kampung, francis ford coppola masih lena diulit mimpi, semalam hari yang penat katenye...

30 December 2010

kau tahu....

aku duduk di bangku, aku tatap tanganku....kugerakkan jari jemariku....ku teliti garis2 halus di tanganku, sambil jariku ku gerakkan...

          angin bertiup sepoi2 bahasa, terasa kenyamanan dan kesegaran menyusup ke dalam rongga....aman,tenang dan berseni.....aku mendongak ke langit, sinaran matahari itu sungguh menyilaukan fana mataku melihat....lalu jariku yang ku gerakkan tadi,ku angkat ke langit,meneduh mukaku dari pancaran sang suria....membiaskan silau, supaya mataku tidak terkebil2 menahan silau mentari....

jariku bergerak2 lagi, aku tahu....bahawa Kau tahu...



berdialog dengan alam
-alfiesyahril-

bermula satu era baru

safee sali, sori beb,aku kutuk ko kat stadium hari tu,heheh!

terasa lagi hangatnya bahang di gelora bung karno,yang menyaksikan 11 anak muda negara bertungkus lumus
dalam mempertahankan maruah tanah tumpah darah di persada asia tenggara. kejayaan menjulang piala tiger adalah kesinambungan sokongan tidak berbelah bahagi rakyat malaysia terhadap bolasepak malaysia yang semakin menunjukkan percambahan semula untuk mendaki tangga2 kegemilangan yang pernah dikecap seketika dahulu.... aku tidak mahu mangulas mengenai bola sepak, kerana sedia maklum aku tidak menggemarinya, kerana setiap kali mereka menonton siaran liga inggeris,aku hanya mencebikkan muka,atau melakukan perkara lain yang ....mungkin aku pun tak tahu, tapi mengenai bolasepak malaysia, kelainannya itu amat pasti

     bolasepak malaysia, apabila bercakap pasal liga tempatan,ianya bukan mengenai skil atau taktikal,atau sberapa banyak gol yang mungkin disumbat, tapi nilai estetikanya itu yang perlu diperhalusi....setelah beberapa kali turun naik stadium,aku pun mula merasai apa yang fanatik2 ini rasakan...

    sahabat aku betul2 menunjukkan aku apa itu bolasepak tempatan itu sendiri....ianya betul2 dekat dengan jiwa kita,yang mana kita sendiri tidak menyedarinya...tiak hairan sahabat aku ini sanggup ke stadium,walaupun dalam apa jua keadaan, walaupun terpaksa membayar tiket dan berasak masuk,namun kepuasan....ya,kepuasan itu yang tidak ternilai harganya.... apabila stadium bergema dengan gegak gempita pekikan dan lolongan manusia,itu yang dirasakan dekat dengan hati kita.....

........kini, malaysia sudah membuktikan mereka ke satu tahap yang lain pula,setelah sukan sea dimenangi pada tahun lepas,kini piala tiger pula menjadi habuan harimau malaya yang semakin mengganas.... namun itu tidak penting padaku,walau seberapa banyak piala pun yang dimenangi, kerana yang penting adalah malaysia,kerana ia adalah tanah tumpah darahku.....


ini bukan satu pengakhiran,tapi permulaan untuk langkah yang lebih jauh lagi

* midin,terima kasih memperkenalkan bolasepak malaysia kepada aku




EPL my ass
-alfiesyahril-