02 February 2016

gadisku

sesungguhnya sesebuah keluarga itu adalah di mana tempat pulang sesuatu manusia.

segala masalah,baik atau buruk,senang mahupun susah,membuat seseorang kembali kepada keluarganya

"family : the greatest thing in life aren't things"

sebagaimana sukar sesuatu keadaan untuk mengekalkan keharmonia,namun di situ sentiasa terletak segala penyelesaian kepada kekusutan:keluarga

walau bagaimana terjadi,perkara yang akan tetap aku pertahankan adalah keluarga

keluarga kecilku

selamanya terletak cintaku

kepadamu zuriatku

dan cintaku hanya untukmu,wahai isteriku

isteri....

seseorang yang senantiasa ada di saat aku berada dalam kekusutan
seseorang yang akan menjadikan keceriaan itu muncul tatkala kekecewaan itu menyelubungi kalbu
teman baikku, kekasihku....cintaku

aku mungkin seorang yang polos
dan setiap perilaku aku menjengkelkan
ulang dan merosakkan
sampah dan menyakitkan

aku berlagu tanpa sendu
irama yang berkumandang bergema layu
tiada ritma dalam palu
akhirnya tumpas di dalam onak dan liku

senantiasa kekuatan itu muncul tatkala dia menghulur tangan
membawa harapan dan juga impian
di hari hadapan ,kujelmakan setiap bait perasaan
nukilan tiada bertepian

cintaku,dan kasihku untukmu duhai isteriku
di kala malam berlalu pilu
syair dan intuisiku membisik di fikiranku
kerana aku tahu engkau adalah yang terbaik untukku


terima kasih cintaku,suhaida gadisku

No comments:

Post a Comment