11 September 2010

the making of....lemang

so, di atas permintaan yang mencurah2 drpd peminat semua, aku pun dengan rendah hati dan sedikit eksyen menunjukkan cara pembakaran lemang yang berlaku di rumah aku tanpa disedari oleh pihak berkuasa,haha!
first skali adalah,kau orang kene la g beli beras pulut dengan santan, kalo nak pakai susu cair gantikan santan pun boleh,tapi tak pernah dibuat orang la tu kan,eh! ko jgn merepek boleh tak?

ok,lepas tu, g la cari kayu api, dan kemudian hidupkanlah api dengan sepenuh perasaan (AMARAN : api berbahaya untuk kesihatan,jangan nyalakan di kilang mercun, just try this at home ,hehe!) btw, yang baju biru tu  adik aku yg no. 4, nama dia pian

ha! yang ini penting. untuk memastikan api tersebut sentiasa dalam keadaan steady dan rugged,kipaskan selalu dengan postur badan yang betul tanpa mengenepikan nilai2 sosial yang ada dlm diri (merepek lagi)

ok,ni part yang agak penting jugak, iaitu memasukkan daun pisang ke dalam buluh yang telah siap dibasuh...nampak tak pelepah pisang yang dah takde daun tu? ha, batang pelepah tu dipotong kat tengah,untuk diselitkan daun pisang,kemudian digulung kecil supaya mudah dimasukkan ke dalam buluh. tapi gambat di atas bukan pelepah pisang, kami gunakan batang daun kesum supaya ianya nampak rare dan limited sikit.

p/s; sebelah aku tu aiman,adik2nd last aku

sementelahan itu,dalm masa yang sama, mak aku memasak santan di dapur,dalam kadar kepanasan yang sekata,tanpa mempengaruhi kadar pemanasan global. letak daun pandan sedikit untuk keharuman dalm masakn ye puan2

dengan kepakaran yang ada,ayah aku memasukkan santan ke dalam besenberisi beras pulut yang sudah dibasuh,dan digaulkan sehingga ianya sebati, lihatlah betapa terserlahnya kepakaran ayah aku di sini (ayat bodek,hehe!)


kami di luar....masih meneruskan kerja memasukkan daun tadi, heheh!yang baju merah tu anis,adik bongsu aku

akhirnya,setelah beras pulut sudah digaul dengan santan, bawa ke luar rumah untuk upacara pengisian beras dalam buluh berlangsung,hahaha! aiman ni tersengih pulok,senyum kambing dengan posing mengarut


ni aina,adik aku yg 3rd last,saje je nak interframe, tiada kene mengena ye step ni dalam pembuatan lemang,hahaha!


ni adalah cara memasukkan beras. sengetkan buluh tu sket, supaya beras tu dapat slide sampai ke bawah,bila dah penuh sampai atas,hendak dengan kadar kekerasan paling minima untuk memadatkan beras dalam lemang,jangan hentak banyak2,sket2 je,kalo padat sangat tak masak lemak kau orang,aku tak tau...

setelah lemang siap diisi, jadi letakkan lemang2 tersebut di atas para yang dibuat di atas api yang telah dikawal tahap pembakarannya, pastikan api tu jangan besar sangat,kau orang bukan nak bakar rumah orang,nak bakar lemang je pun

last,tapi bukan yang penghabisan, adalah menjaga lemang time bakar...leceh jugak la,mau makan berjam...so kalau  nak tau lebih lanjut,raya haji ni konpem aku bakar lemang lagi,so boleh la dtg tgk aku bakar,hehe!  ok la, selamat menyambut syawal dengan gembira...happy eid mubarak




kelapa-santan
-alfiesyahril-

07 September 2010

sehari sebelum lebaran bermula

keje jegemaran aku time nak raye,....

.....masukkan beras dalam buluh, hehehe!

memang tiap2 tahun,inilah agenda aku sebelum tibanya syawal.... gembira, suasan yang terbit...dengan gelak tawa saudara mara di kampung menjadikan aktiviti ini sesuatu yang menyeronokkan untuk dilakukan bersama....aku harap tahun ni akan seperti tahun yang sudah,kerana di tempatku, seri hari raya itu masih terang sinarnya



unauthorized stealer
-alfiesyahril-