07 May 2025

remembrance

tengah kerja, teringat kepada blog lama.

cuba untuk kembali menulis, namun keazaman sudah tiada

mungkin masa semakin mencemburui kita

apakan daya, hidup ini pelbagai onaknya

fasa berubah, dan kita juga sama

bagaikan arus air, menelusur sifatnya

semakin lama, semakin deras geraknya

menuju ke kuala, berjumpa kali seterusnya

akhirnya lepas bebas ke lautan samudera

dan dihitung pula, di alam yang bukan fana