assalamualaikum,hari ini aku terfikir untuk menulis tentang apa yang membelenggu minda sekalian umat manusia di seluruh dunia, yang sentiasa berlegar di benak,namun tanpa kita sedari,kita tak pernah menguraikannya pun.... perang,mengapa perlu kita terus bersengketa sesama kita sekalian umat....
aku menonton drama HBO hari tu, cerita band of brothers, memang syok la,pasal cite perang, tembak sane bom sini, n seperti biaselah,propaganda amerika,mane la kita nak nampak askar jerman tu lagi hebat...tapi setelah aku menonton setiap episod,akhirnya aku sampai ke episod yang ke sembilan,second last, yang mana episod ni betol2 membuatkan aku terfikir dengan hanya melihat pada judulnya sahaja 'why we fight'...selanjutnya tak perlu aku rungkaikan di sini,kau orang boleh tgk sendiri kan....
kau orang pernah terfikir tak, yang setiap kali berlaku nya perang di sekeliling kita ni, disebabkan oleh pertelingkahan antara kaum ke? pertelingkahan itu disebabkan oleh ketidakpuashatian satu majoriti kaum terhadap kaum yang lain? tidak bukan, tapi sebagai contoh, aku nak minda kau orang terbukak sikit, perang dunia kedua tu meletus akibat pertelingkahan antar pemimpin besar mereka yang tidak sefahaman,lalu meletusnya perang, tapi kenapa rakyat2 yang tak berdosa,menjadi askar dan berjuang untuk menuntut kemenangan sedangkan mereka sendiri tidak mengetahui apa kesalahan yang dibuat oleh pihak musuh, dan vice versa. kenapa kita perlu menurut arahan pemimpin sebegitu,yang hanya memikirkan hawa nafsu dan sikap egois sendiri, sedangkan pemimpin bertanggungjawab untuk menjaga rakyatnya,bukan menyuruh mereka menunjukkan taat setia pada negara,sedangkan itu semua hanya dusta yang direka untuk memuaskan nafsu durjana pemimpin2 semua... huh! teremosionalistik seketika...aku tahu,ada antara kau orang yang tak paham apa yang aku cakapkan ni,tapi fikirlah, peperangan hanya menghancurkan dan mengecewakan,yang gembira menang adalah mereka yang di atas sana, mereka hanya tahu mengarah dan memaksa,tapi perit dan sakit kita yang merasanya...propaganda disebar ke sana kemari,tapi untuk apa? untuk siapa? siapa?
aku nak lepak kejap, dgr lagu M. Nasir dgn Rahim Maarof 'Falsafah Cinta'.... layan lagu ni
oopp! sebelum tu,ni bukan lagu jiwa-jiwa, dgr dulu, don't judge a book by its cover beb
intifada
-alfiesyahril