26 February 2012

berserker

Gutts..with the dragon slayer sword...( Comic : Berserk)

This is just a fictional character..but from my reading,i think there's a significant similarity between me and him..and it is you to find out... his sorrow,his sadness and all the troubles that he had,seems can't stop him from achieving waht he believes and what he admire...


band of the hawk
-alfiesyahril-

17 February 2012

bila aku terjatuh lagi

dalam menelusuri dasawarsa ni, banyak perkara yang datang bertimpa,dan kadang2,perkara yang datang tu bukan sesuatu yang aku pinta.....kadang2,perkara yang baik datang,namun kebanyakannya permasalahan yang membelenggu,membuat aku terperosok dalam lubang gelap imaginasi aku sendiri...dan aku seperti lebih selesa di situ. aku cuba juga menjengah keluar,namun seperti aku tak punya keberanian,seperti aku membiarkan masalah itu mengelilingi dan menghantui aku tanpa aku bangkit dan menerjah keluar dari lohong gelap itu,dan menghadapi masalah itu seperti seorang AKU....tapi aku bukan seperti aku lagi....mengapa? kerana aku dimanjakan dengan kesenangan,dimanjakan dengan mabuk dunia menjadikan aku tak segagah dahulu menghadapi cabaran yang datang bertalu-talu.....

aku kadang2 tewas,dan seperti aku rela ditewaskan....entahlah...aku pun kurang mengerti apa dan dimana aku,kenapa AKU untuk APA aku seperti AKU yang kini....

rasanya aku terjatuh teruk kali ini...untuk bangkit semula tu....wallahualam

sporadic nuclear blasphemy
-alfiesyahril-

07 December 2011

strings should sound like this

aku memerhati jugak,kadang2 apabila member2 aku punye taste dalam mendengar muzik sebagai halwa telinga mereka,kadang2,aku tengok dia orang ni main dengar je,asalkan sedap telinga nak menghadam muzik yang dimainkan....ada sesetengah orang pulak,mereka menjadikan muzik ni sebagai satu medium untuk menterjemahkan apa yang tersurat di dalam jiwa mereka, dan ada jugak sesetengah ni,menjadikan muzik sebagai ....sekadar muzik sahaja.sebab tu golongan yang ketiga ni menggunakan muzik sebagai medium untuk memperlihatkan diri mereka selari dengan peredaran zaman,maksud aku,muzik yang mereka dengar tidak tetap,lebih kepada mengikut apa genre yang menjadi ikutan pada masa kini,dengan harapan agar tidak dipandang sebagai ketinggalan zaman

aku tahu aku dalam golongan yang mana satu, sebab aku mendengar muzik ni dah lama, sejak dari sekolah rendah lagi,jadi selok belok pasal muzik ni,boleh dikatakan serba sedikit aku tahu lah. dalam hidup aku,muzik memainkan peranan yang penting jugak,sebab kebanyakan masa aku dihabiskan dengan mencari sesuatu yang baru dalam muzik itu sendiri,tapi aku dan muzik aku adalah berlandaskan attitude aku itu sendiri,jadi aku tidak mudah bertukar rhythm,tetapi dalam masa yang sama,aku masih mengikuti senario yang ada sekarang,dan ini bermakna pengetahuan dan juga sebarang maklumat yang aku dapat semakin bertambah....daripada sini pun kau orang dah boleh agak,aku dalam kategori yang mana kan?

tapi,dalam mengikuti perkembangan muzik ni,kita tak seharusnya mendahulukan apa yang sepatutnya kita anggap sebagai hiburan ini,sebagai satu pegangan hidup,sebab kebanyakan orang,menjadikan setiap bait-bait puisi dalam setiap lagu itu sebagai pegangan,dan kadang2,mereka juga mudah terprovok untuk melakukan sesuatu hanya bersandarkan lagu yang mereka dengar. tu dah salah dah tu...sebab muzik ini sesuatu yang patut menggembirakan kita,bukan mempengaruhi kita.....jadi last,kita berbalik kepada hanya yang Satu...jadi,kena sentiasa ingat,agama itu adalah tongkat untuk kita berdiri selain adat yang perlu kita kekalkan....jadi,segala apa yang kita lakukan,hendaklah tidak melampaui batas dan melanggar norma-norma kemanusiaan....heheh! aku dah merepek panjang...jadi fikir2lah,

"strings sounds depend on how it is tuned"

melissa'warlock'
-alfiesyahril-

04 December 2011

past...and present

aku menelusuri laman blog aku sendiri,aku baca dan renungi betapa halusnya nukilan aku semasa aku berada di menara gading dahulu...kini,seperti sentuhan itu sudah hilang..mungkin kerana aku sudah memasuki alam yang lain,alam dewasa yang penuh cabaran...aku hilang sentimen sentimental dan juga seni yang menjadi tunjang aku dalam menerobos ruang jiwa aku sendiri

pabila aku melihat entri2 yang sudah,kadang2 aku tertawa sendiri,kadang2 terungkit rasa syahdu yang menikam...kadang2,membawa aku ke dimensi yang berlainan....dan pabila aku ingin memulakan entri ini sendiri,aku seperti hilang buah fikiran untuk menyuarakan apa yang terbuku di hati, atau mungkin,aku sekarang sudah hilang jiwa itu? aku masih mencari konklusinya....

kadang2,apabila menyendiri,aku seperti mendapat kekuatan itu sendiri...namun,tetap tak terluah


pena aku kehilangan jiwanya
-alfiesyahril-

17 November 2011

jiwa itu..

padamkan lampu tidur...bait irama kugiran wings beredar menusuk ke dalam pancaindera aku....sambil aku melayan jari aku menulis,walaupun kekangan masa yang terhad,jari ini masih mampu mentafsir apa yang tersirat di minda aku... aku masih berfikir...seakan tiada pengakhiran dalam pencarian yang tak terzahir lagi bagi jiwa aku... jiwa aku masih mencari,masih meronta,minta dilepaskan dari apa yang membelenggu...yang aku sendiri tidak pasti..

jari masih menitip laju,aku biarkan jari ini menterjemah apa yang bermain di fikiran,aku biarkan kewarasan aku ditepi,supaya apa yang terbit dari hati terluah...supaya apa yang terbuku dapat dileraikan,apa yang tersirat dapat disuratkan... kenapa aku masih terasa seperti suatu itu bukan seperti yang aku kehendaki, kenapa aku tidak merasa apa yang perlu itu adalah sesuatu yang mesti,kenapa sesuatu itu bukan yang pasti tetapi sesuatu itu adalah satu lagi mimpi.... kenapa dan mengapa,apa....dimana?

diam.... bila bicara tidak terucap,bila lihat tidak dihijabkan,bila tinggi tidak tergapai...terperosok aku di ruangan sempit,luas di hadapan tidak dapat kutelus,namun sempit ruang kekosongan ini memenuhi setiap isi dan keserabutan yang noktahnya masih belum tertulis...

apabila aku telah tersesat jauh,aku mulai lalai...mungkin tempat untuk aku berpegang masih tiada , atau aku tidak berusaha untuk mencapai tempat berpegang itu, atau aku cuba untuk tidak melihat tempat berpegang itu....

aku bukan aku yang dulu....aku dah tak kenal siapa diri aku sendiri

02 November 2011

assalamualaikum

sape tak jawab salam .....dose


heheh!

19 September 2011

apabila tekanan di atas paras norma sejagat

...aku pun tewas jugak dengan tekanan, aku ingat rebel sangat la aku ni, tapi tak se rebel mana la geng... itulah...ekspektasi tak tercapai jangkauan... tapi apa2 pun...that make us a human kan? heheh!


luka dan losyen kuning
-alfiesyahril-

10 August 2011

ekspresi...perasaan

kita biase bermain dengan perasaan sendiri... kadang2,kita layankan saje perasaan tu, sebab jika diikutkan sangat dengan perasaan,kadang2 makan diri sendiri jugak... bila menulis, aku selalu menggambarkan sesuatu yang bermain di fikiran aku, dan aku cuba terjemahkan ke dalam bentuk tulisan, dengan harapan aku boleh kongsikan bersama dengan kau orang, tapi setakat ini, aku masih perasan yang aku banyak bermonolog daripada berdialog.... mungkin apa yang tersirat itu adalah untuk aku, dan mungkin masa kan tiba untuk yang lain menerima dan memahami apa yang ingin aku perkatakan, dengan erti kata lain...menjadi seperti apa yang aku alami...

perasaan?...layan.....


dulu...aku bukan lebih kepada seorang penulis, dulu aku lebih kepada seorang pengkritik membabi buta, meluahkan sesuatu melalui ekspresi terhadap persekitaran dan tak lari juga, individu tertentu.... mungkin sekarang masih sedemikian rupa, tapi mungkin tidak seekstrim dahulu.... setelah media penulisan ini menjadi satu madah baru bagi aku mengekspresi segalanya... tapi sejak kebelakangan ni, masa menjadi penghalang segalanya...apabila aku tidak bisa mencoret,dan menerawang jauh untuk diinterpretasikan dalam bentuk penulisan, lalu aku mula hanyut kembali dibuai perasaan....aku masih melayan jiwa seperti dahulu... jangan mudah tertipu dengan senyuman di bibir aku, kerana aku tahu ,aku bisa menggambarkan sejuta wajah untuk menutup rupaku yang satu....

aku rasa, aku rasa apa yang aku rasa....



sebatang pena untuk berimaginasi
-alfiesyahril-


05 August 2011

perjalanan, dalam kenangan

argh, aku betul2 menyampah dengan layout baru blogspot ni, membuat aku makin kurang nak berkarya...(alasan)

Stesen KTMB Tanjong Pagar,...sekadar satu lipatan dalam memori, bahawa Singapura dan Malaysia adalah satu dahulu

aku cuma nak berkongsi apa yang aku rasa kau orang pun patot tahu....ini adalah satu pengalaman yang di-segarkan kembali setelah bertahun-tahun dilupakan seorang aku. minggu lepas, aku pulang ke kuala lipis, kampung halaman tanah tumpahnya darah keringat aku...tapi yang menjadikan perjalanan tu lebih manis adalah aku mengembara dengan gerabak kenderaan berlandasan yang seringkali kita lupa dan alpa kewujudan dan kepentingannya...kereta api.

kau orang dalam kepala mungkin akan bertanye "kereta api? takdelah kita orang lupe, kat kl ni, bersepah komuter dengan LRT".. sekadar satu andaian singkat yang aku buat, mungkin ya, atau mungkin tidak...namun kereta api berbeza sama sekali dengan komuter...perjalanan merentas negeri, melalui hutan belantara, dan sesekali ternampak kelibat mergastua di sisip hutan memberikan pengalaman yang berbeza sekali dengan menaiki tren-tren di perbandaran.sesekali apabila kereta api ini berhenti di stesen-stesen, kita pun turun sekali untuk melihat sekeliling, sambil membeli kudap-kudapan untuk mengalas perut..ya..inilah pengalaman yang telah lama aku tinggalkan, dan hampir lenyap memori ini di benakku...

dahulu, rajin benar rasanya aku menaiki kereta-api, kerana kampungku yang terletak jauh di pedalaman, menyebabkan satu-satunya alternatif terbaik untuk kesana adalah dengan menaiki kereta-api...selain daripada menaiki jalan air yang tentunya penuh berliku,meredah arus. dari pekan kuala lipis ke kuala lentang, perjalanan yang mengambil masa tidak lebih sejam itu memang menyeronokkan, kerana pabila tiba di kampung, aku berjalan pula lebih sebatu untuk ke rumah arwah aki aku...namun kini..kampungku sudah mempunyai jalan berturap, perjalanan juga seudah semakin cepat...seperti satu perasaan sedih menghimpit jiwa ,apabila aku sendiri terasa pengangkutan ini seperti sudah dilupakan..

aku pasti, setiap daripada kita mempunyai memori tersendiri mengenai kereta api....jangan biarkan memori itu berlalu pergi bak dedaunan digilis angin...simpan dan semat dalam hati, kerana kita masih belum pasti, adakah esok masih menanti,atau kita sendiri akan kembali....

"hidup aku penuh dengan monolog dan memori"  -alfiesyahril-



train roll on
-alfiesyahril-


27 July 2011

Ini baru punk rock

legenda punk rock tanah air
 setelah hampir 2 tahun aku mencari tuan empunya lagu 'dendang remaja' yang aku rasakan cukup catchy,mengalahkan lagu2 sekarang yang merosakkan gegendang telinga...akhirnya aku tahu jugak yang band tersebut adalah a romzi and the hooks.... kalau lagu ni boleh makan, memang dah lame dah aku kenyang... sape sangka kan, orang ingat sex pistol yang bawak punk, tapi silap...diorang dengar a romzi ni dulu,baru diorang tahu punk, hahaha

tribute to a go-go

alfiesyahril

17 July 2011

let them talk,hear what them say..you are still who you are

bingung tu biasa, tapi bila tak bingung, pun bukan satu perkara luar biasa.....

tapi bangang tu macam dah jadi satu norma....
acap kali aku berfikir, tanpa aku perlu tulis.... tapi kenyataan yang pasti ada...aku biarkan dihembus angin memecah badai semalam...
pancaroba hidup dah mula aku rasa, belasungkawa pun aku dah mula jumpa...maksudnya hidup ni memang hanya seketika...
bawak bertaubat brader....takkan dapat kau nak kejar segala impian kau tu, cuma kau ambil ape yang penting,dan cuba realisasikan apa yang patut...

menulis dan menulis...

aku dah mula bermonolog kembali nampaknya...

diam bukan bisu
-alfiesyahril-