setelah sekian lama aku menjadi sesuatu,bukan seseorang yang belum pernah sesiapa ketahui,sesuatu yang aku kesali,namun aku tetap teruskan dan akhirnya menghancurkan diri aku sendiri. ianya tidak dan masih belum lagi mengubah haluanku,namun impak yang terhasil,memberikan suatu gambaran dan kekesalan yang tak sudah dan perlu aku hirup dan telan sepanjang hayat aku. nukilan aku ditulis atas dasar aku dapat membebaskan diri daripada belenggu yang telah merantai aku sementelah sekian lama. aku sentiasa mencari ruang dan meneroka maksud tersirat yang sentiasa wujud dalam diri aku,dan tak pernah selesai walau difikir dan dikupas,dilihat dan ditafsir, diluahkan. setiap persoalan yang wujud,menjadi tanda tanya yang jawapannya masih belum aku temukan.segala penceritaan,permasalahan aku sentiasa dipendam,semakin lama memakan hati dan jiwa aku sendiri, aku masih mencari penyelesaian,dan sehingga kini masih lagi mencari persoalan yang sentiasa berlegar di minda aku yang masih lagi kolot dan naif mengenal apa itu erti sebuah kehidupan.
kenapa aku?
kenapa perkara yang tidak aku ingini serlalu berlaku dan aku tidak dapat menyelesaikannya. penyelesaian yang aku ambil jarang sekali menggembirakan aku,jiwa aku,perasaan aku terutamanya. aku sentiasa disuruh dan dipaksa untuk memahami keadaan sesuatu, tetapi kenapa tiada berlaku sebarang tolak ansur,dan tiada persefahaman dalam sesuatu penyelesaian. aku mencuba,dan setiap kali aku melangkah, halangan yang wujud amat besar sekali untuk aku harungi,dan memaksa aku berundur beberapa langkah,menyebabkan aku sukar untuk berada di hadapan,di tempat di mana sepatutnya aku berada sekarang, aku insan biasa, dan aku juga perlukan sokongan,kenapa tiada tangan yang menyambut dan memimpin aku ke hadapan sana, kenapa tangan-tangan dahulu yang melambai,semakin hilang satu persatu dan mulai kabur dari penglihatan aku. walaupun aku berjaya mengharungi jua halangan itu,aku mulai sedar,segala-galanya sudah terlewat,aku hampir terjatuh kembali, tetapi aku berusaha untuk bangun kembali,tapi kali ini,terasa kesukarannya adalah lebih hebat daripada dahulu.
penantian aku
di kawasan yang gelap aku terkurung,terasa hitam dan kelam.aku seperti tiada arah tuju,tidak kelihatan satu pun jalan di hadapanku, aku masih menanti sinar cahaya yang dapat menerangi jalan untuk aku keluar daripada kegelapan ini,aku masih lagi menanti,dan setiap saat aku meminta pertolongan daripada yang maha esa untuk mendengar rintihan hambaNya ini...aku akan sentiasa menanti sinar itu.walau seberapa lama sekalipun, aku masih takut untuk meneroka sendiri kegelapan itu,keberanian itu masih belum wujud,namun aku mesti berusaha untuk mengumpul saki baki semangat yang masih ada...aku akan cuba
kebahagiaan
cukup sukar untuk diterangan serta disuratkan erti satu kebahagiaan, aku pernah mengecapinya,namun terasa singkat masa itu,dan aku masih dambakan ia untuk kembali. aku lebih mengenali penderitaan berbanding kebahagiaan,kekecewaan berbanding kegembiraan. kesilapan aku, yang aku harus renungkan dan ambil iktibar dari apa yang terjadi, untuk mengembalikan senyuman yang pernah terukir di bibir aku bukan semudah yang disangka, bukan semudah aku mendapat senyuman itu dahulu,bukan semudah ianya dihancurkan dan dilepaskan,serta dipisahkan. aku harus kembali pada asalku,renungkan kembali apa yang pernah aku lakukan,dan mengenal apa yang menjadikan punca dan akibat.
semuanya adalah takdir,dan telah dicoret di dalam kamus kehidupan. bagi kita yang menyalahkan takdir, selami apa yang pernah kita lakukan dahulu,apa yang pernah kita maksudkan,dan jawapannya adalah berpunca dari kekhilafan diri dan dalaman kita sendiri. aku percaya pada takdir aku,dan aku akan mengambil pengajaran daripadanya.setiap yang berlaku itu ada hikmahnya....
the price to pay
-alfiesyahril-
Keja
2 years ago