01 January 2014

2013 : tahun paling power

4 perkara aku achieve sepanjang 2013,n aku rase tahun 2013 adalah tahun paling power pernah wujud dlm kamus peradaban aku setakat ni.bukan nak kate ape lah,tapi memang tahun yang aku akan sentiasa ingat semestinya tahun 2013 because of :

1) aku kahwin tahun ni,satu turning point paling power pernah berlaku dalam titip2 perjalanan aku setelah lama thrashing all around till there's never tomorrow.aku berkahwin dengan gadis yang memang dah diciptakan untuk aku,dulu,kini dan eternity...pergh...

2)aku perform the umrah,and for the first time ever,aku naik flight,hahaha! (naik flight pun jakun ke pebende) tapi aku berjaya jugak ke sana walaupun aku tak terfikir perkara mcm ni terjadi dalam masa terdekat,tapi itu yang dikatakan rezeki brader,

3)yang ni memang aku x pernah mimpi pun akan terjadi,aku tgk METALLICA perform live depan mata,sesungguhnya menyaksikan band yang aku follow tanpa rasa jemu dari tahun 1997 memang sesuatu yang sangat meruntun perasaan seorang thrasher tegar seperti aku,sebab perkara ni antara yang aku listkan dalam perkara yang mustahil terjadi dalam hidup aku,tapi tu kuasa tuhan,siapa yang dapat nak halang.

4) ini yang paling power setakat ni, pahang akhirnya menjuarai piala malaysia setelah gagal merampas piala idaman tu sejak tahun 92.salah satu event yang paling power dan membanggakan bagi seorang fanatik pahang,namun bukan fanatik bola,seperti aku...ape barang tgk bola,baik tgk akademi fantasia ye tak?

all in all,susunan sesuatu peristiwa tu sebenarnya dah digarap dengan cantik oleh yang maha esa,cuma kita yang selaku seorang hamba ni,kena sentiasa bersyukur atas nikmat yang dah diberi,sebab kita tak tahu bile turn the unexpected become something magical that happens right before our eyes,jangan mengeluh brader, nasib lu bukan malang,cuma turn lu lambat sikit je

dapat thrashing dengan full dressing memang buat aku terasa power,hahaha!


p/s: tahun ni memang lagi power dari power rangers

the memory remains
-alfiesyahril-

3 comments:

  1. rilek, masa ko belum sampai lagi tu...tuhan ni x kejam dgn hambanya

    ReplyDelete
  2. tahun yang akan dikenang sampai bile2.. terima kasih kerana memilih diri ini sebagai teman hidup sepanjang hayat.
    Betul. Allah takkan kejam pada hambanya. tapi berhati-hati dgn manusia yng kejam hatinya.
    -2013 tahun kebangkitan seorang wanita- :)

    ReplyDelete