31 January 2013

middle age crisis

semalam, aku g makan kat satu restoran ni, en. yus,renjer kat tempat aku keje punye...restoran ala-ala pub sikit,pasal ada tempat untuk perform karaoke,tapi xde makanan tak halal la kat situ,lebih kepada tempat santai2 je la,aku pun bukan ade ape,saje je g makan kat situ, kurang2 tgk org nyanyi merepek2 tu ,kurang sikit tekanan mental atas paras norma dasawarsa ni yang aku kecapi tanpa sekelumit belas di jiwa mati.

sambil aku menyuap makanan ke tekak yang tak berapa nak lapar ni pun, aku syok la melayan org tgh berjimba sakan menyanyi lagu kat stage, dan FYI, tempat aku g makan tu, semua yg datang adalah org yang lg tua dari aku, kire aku boleh panggil diorg ni pangkat pakcik la dgn aku... terhibur? itu sewajarnya,sebab tujuan utama aku memang nak melihat gelagat org kat situ.

kalau dilihat dari segi faktor usia,kau orang takkan terfikir,mereka yang berada atas pentas tu adalah menggambarkan usia mereka, dengan melontarkan suara untuk sesebuah lagu dengan penuh perasaan,diselangi sedikit tarian ala-ala canggung yang nampak...canggung sungguh. mereka umpama hanyut dalam dunia mereka sendiri,seperti ada satu tekanan berat yang dunia ini telah berikan kepada mereka,sehingga mereka bertindak sedemikian rupa.

ini bukan kali pertama aku berhadapan situasi sebegini, sebelum ini lagi,kebanyakan old timer yang aku pernah encounter,selalunya yang mempunyai sisi hitam semasa alam remaja menuju awal dewasa, berhadapan satu sindrom di mana,krisis identiti menjadi satu paranoia yang tak dapat diatasi...mereka masih tercari-cari haluan,dari segi innersoul maksud aku, sebab dari segi kewangan,aku rasa mereka ini sudah stabil serba serbi,melihat saja daripada pemakaian dan sebagainya.

aku kadang-kadang kasihan melihat mereka,dalam usia yang sudah lanjut,mereka masih mencari- cari kepuasan di dunia yang aku sendiri tidak faham,terdetik juga di hati aku, apa yang berlaku sebelum ini sehingga mengakibatkan mereka berkelakuan sedemikian rupa? adakah tekanan hidup,adakah kongkongan semasa muda,atau mereka sendiri telah hanyut dan membiarkan diri mereka dihanyutkan arus,tanpa berusaha untuk mengikut haluan yang lebih baik...it is not me who supposed to judge them,it is them to figure out what they want,and what they lose before...

selesai aku menjamah,sambil ku sudahkan santapanku itu dengan beberapa batang tembakau nikotina jenama Marlboro,aku berlalu pergi dengan pelbagai persoalan......



you who you are
-alfiesyahril-


t shirt printing...pt. 2

aku dah basuh screen semalam....ape yg jadi,habis semua emulsion tu tanggal, kelakar betul....

aku kene start balik dari awal la ni....

memang best...

memang...

30 January 2013

t- shirt printing

sekarang aku tgh dalam proses menyiapkan projek membuang masa yang amat efisyen : printing baju... projek ni dah lame aku plan,tapi sebelum ni tak terjalan jugak pasal takde kaki, time ni,bile ade je pulak member pun semangat nak buat,aku pun excited la skali nak join in pasal, adrenaline dah naik tibe2 mcm ni...

ni image copyright...x semudah mcm ni la nak buat baju


mcm bangang jugak,org xde skill,blajar pakai youtube,tapi determination tu kunci segalenye, setakat ni,3 blok dah disia-siakan,biaselah brader, nak dpt sentuhan terbaik,bukan dengan sekali buat, thomas alva edison pun berapa kali tersungkur baru mentol tu siap,sekarang ni aku tgh tunggu emulsion tu kering, kalo dah beres nanti,tgk la,aku try burn image tu kat screen,kalo jadi,memang esok jugak la aku bukak kedai baju... haha!

....bukak kedai baju hape, baju pun xde


spell it wrongly
-alfiesyahril-

29 January 2013

masalah yang menjadi satu masalah

bila satu aspek kehidupan dicabar dengan pelbagai musibah...ia menjadi semacam satu wabak dimana manusia beria benar mahu mengetahui apa yang berlaku ,mengapa ia terjadi,bagaimana perkara itu menular...bermacam telahan dibuat,bermacam andaian dicurahkan...

yang mengetahui antara aku dan Dia

cerita ini tiada yang menarik pun, lebih menarik lagi jika kau menonton siaran sinetron sampil menghirup secangkir kopi panas dan biskut lemak...cerita ini bukan sandiwara,di mana kau terlalu menginginkan satu kesudahan yang tragik,melankolik ataupun magis , tapi ini perjalanan hidup aku,yang aku sendiri tak minta tertulisnya sebegini rupa...

aku cuma berkehendakkan sebutir titik noktah di penghujungnya... rimas dan lemas aku terperosok dalam hamburan kata-kata yang melayang menusuk halwa telinga aku, adakah aku sebagai satu bahan sindiran? aku rasa aku wajar berekpresi dalam diam, di mana aku membuat sesuatu atas kehendak aku sendiri,bukan dikawal anasir yang menerajang aku ke sana-kemari mengikut kehendak mereka...

bila disingkap tabir lalu, di mana zaman aku masih mentah, bersama rakan aku melayar hidup tanpa sebarang masalah, ya...tanpa sebarang masalah,kerana kami yang menjadikan sesuatu perkara itu sebagai masalah, namun kami puas,kerana kami melakukan apa yang kami mahu mengikut kehendak hati...mengikut intuisi...

ah! persetankan itu semua,itu sudah 10 tahun berlalu... zaman itu mana mungkin berulang kembali...rakan ku itu pun sudah berada entah di mana...aku sudah menginjak usia,memikirkan masa depan itu lagi penting daripada berfoya-foya tak tentu hala. 

hidup ini satu perjalanan yang jauh sungguh

wei mantoi,contact aku balik, tahun ni reunion sekolah weh!


inner turbulence
-alfiesyahril-

jangan masuk campur urusan hidup aku,bangsat!