23 January 2013

kaca mata hitam

pada hari perkahwinan member aku hari tu....oh ya! aku terlupa untuk wish kepada dia dan suaminya, selamat pengantin baru... walaupun aku agak celaru semasa majlis tersebut..maafkan aku,mereng aku biasanya datang bila waktu tu ada satu sentimental instinct... berbalik kepada majlis perkahwinan tu, aku sedang enak menjamah sesuap dua nasi minyak yang memang biasanya aku susah nak makan, datang si dia duduk sekali di meja tempat aku bersantap dgn midin...

...aviator...wish i could touch the sky

"lama tak jumpe ko bagas?"
"heh! biaselah ,duduk jauh," kata aku
"weh, bukaklah spek tu,tak best borak tak nampak mata, biasanya org pakai spek ni,dia punya keyakinan diri kurang " katanya lagi...

keyakinan diri kurang.........

terngiang-ngiang di telingaku bait perkataan tersebut, keyakinan... aku sudah tidak yakin dengan diri aku, yakin dengan apa tindakan yang aku buat,adakah ia wajar,atau sekadar pelengkap,setakat melengkapkan putaran alam yang telah tertulis...

apabila sudah aku melakukan kesilapan yang tak dapat diri aku sendiri terima, semacam aku hilang kepercayaan untuk melakukan sesuatu,kerana aku seperti fobia,kesilapan yang mungkin akan aku lakukan barangkali akan mengecewakan lagi rangkaian yang berada di sekeliling aku... aku sudah tidak sanggup untuk membuat seseorang itu kecewa lagi,...org yang aku sayang...

aku dalam proses melakukan anjakan dalam hidup aku,supaya aku tidak berada di takuk yang lama lagi, aku minta supaya insan-insan di sekeliling untuk memberi peluang kepada aku supaya aku boleh merubah diri aku sendiri ke arah kebaikan... berilah aku peluang bernafas kembali,menghirup udara yang pernah aku kecap satu ketika dulu... tolonglah, sedikit kepercayaan,boleh merangsang innersoul aku untuk membuktikan,aku ini    masih mempunyai intuisi seorang insan...

kepada yang membaca,maafkan aku, kerana aku dilahirkan menjadi seorang manusia.....


this bleeding heart
-alfiesyahril-

21 January 2013

beban tak tertanggung, ku terduduk, tercangkung

aku terasa satu bebanan berat sekali lagi ditanggung aku...aku tak berupaya menolak,kerana bebanan tu sudah tertulis namaku,dan aku yang sesuai untuk mengkandar bebanan tersebut ke sana-kemari...kerana sudah tertulis kan....

semasa aku boleh bergelak riang,aku tidak memikirkannya sangat, aku terlalu hanyut dibuai ombak,diulit angin yang menyapa pergi...aku alpa,aku lupa,dan aku membuat sebarang kesilapan yang tertera di hadapan lorong aku lalui.... aku seperti tidak mengendahkan walau ada juga tangan-tangan cuba menarik aku,supaya aku tidak sesat,supaya aku tidak melencong jauh meninggalkan jalan yang sepatutnya aku turuti,namun langkah egois aku gagahkan juga,aku berlalu dan tangan itu aku tepis,tanpa aku gunakan akal aku untuk berfikir sejenak....


'...adakah benar ini yang aku mahukan..."

semakin jauh,semakin aku tinggalkan kegembiraan itu,aku ingin mencapai cahaya nunjauh ke hadapan,namun cahaya makin suram,aku terperosok dalam duri-duri ranjau hidup,aku terhenti dalam kegelapan...kegelapan yang sungguh kelam dan hitam...apa yang aku lihat adalah kepekatan dalam kegelapan itu sendiri...aku angkat tanganku,mengalir noda dan dosa,terpacul nesta-nesta hina di minda....

segala dosa itu menjadi bebanan hidup aku,aku usung kesana kemari,namun tida tertanggung beratnya, aku harus kuatkan diri,untuk bebanan itu,akan aku tanggung sampai aku,

 mati....


sejak waktu itu
-alfiesyahril-

16 January 2013

sebuah cerita yang palat perasanya

apabila sebuah ceritera itu terbuka untuk dipaparkan,aku meneliti setiap bait yang diceritakan...aku cuba terjemahkan dalam bentuk sebuah kehidupan yang aku idamkan...


aku cuba untuk mengecap satu bentuk perasaan yang dipanggil bahagia, apabila aku menolak segala anasir yang aku rasakan sebagai satu ancaman dalam aku meneruskan satu kehidupan,terkadang aku lupa,aku menidakkan perspektif yang sebenarnya satu kemesraan yang ingin aku cari,tapi disebabkan noda itu melampaui segalanya,aku teruskan dengan sikap egois tak bertepian yang menjangkau segala aspek yang patut aku halusi terlebih dahulu.

bila frasa-frasa yang belum menjangkaui satu prosa moden itu lengkap,aku terus mengaitkan dengan angan-angan aku yang sangat opportunist, aku terlalu mengikut kehendak hati yang sangat rakus dan jelek di sesetengah mata sehingga satu persatu kemanisan yang diharap itu lebur,hancur bak debu berterbangan.... semakin jauh aku menelusuri ruang kehendak hati itu,semakin tidak bersisa impian yang aku harapkan itu,sehingga satu tahap dimana,apabila aku mula menyedari setiap yang dirancang itu mula runtuh,aku sudah tidak mampu untuk membinanya kembali...aku cuma mampu memerhati kejatuhan yang aku cipta sendiri....

aku membelek kembali ceritera itu, dan tersenyum sinis aku melihat betapa bangangnya aku dalam melepaskan apa yang sepatutnya aku genggam erat,tapi aku lepaskan tanpa pertimbangan akal yang diberi ...cerita aku menarik... dua jiwa telah dizalimi, dan aku adalah protagonis yang sepatutnya menjadi antagonis dalam ceritera ini....

aku bermasalah dalam menggarap sebuah episod yang membahagiakan,aku tidak mampu mencapai itu dan ini....aku cuma mampu untuk berjalan sendirian dengan sebuah derita,dan teman baik ku hanyalah duka nestapa yang sentiasa membuntut aku kemana saja aku menghayunkan langkah kaki yang semakin tidak berhaluan ini...

titisan halus menitis laju membasahi ruang wajah....tiada kata terucap,tiada gambar tersingkap,tiada nafas tercungap.....

semoga cerita ini bertemu noktahnya


loneome crow
-alfiesyahril-

langkah kaki...termati

perjalanan dalam menempuh liku kehidupan boleh digarap dalam satu quote yg mudah " perjalanan itu tidak menjanjikan satu laluan mudah" ...

kalau setiap laluan dalam kehidupan itu mudah,maknanya kita tidak belajar dan kenal bagaimana cara untuk berfikir,bagaimana untuk mentafsir,bagaimana untuk bergerak seiring dengan peredaran masa.

dalam setiap langkah yang diambil,kadang-kadang kita tersadung ,dan kita berusaha bangkit untuk meneruskan perjalanan itu kembali.

apabila berada di persimpangan, kita akan mula berada dalam suatu dilema yang sungguh palat perasanya,kerana kita tidak mampu untuk melalui kedua-dua lorong, cuma satu yang perlu dipilih... kadang2,seseorang itu terpaksa berhenti sekian lama di persimpangan tersebut,kerana tidak mampu untuk melakukan satu keputusan yang barangkali boleh menjanjikan satu simfoni yang menari, atau sebaliknya satu ekstasi yang kejam menikam... tapi di kemudian masa,satu anjakan perlu juga dilakukan

silap pilihan,kau akan tenggelam dalam kesuraman dan kehitaman yang menggigit segenap jiwa kau

jika pilihan itu yang diidam, kau terasa kau bernafas dalam satu dimensi yang kau dambakan.

walau bagaimapun kau menyusur persimpangan tersebut,walau bahagia nor derita yang dihamparkan di sepanjang perjalanan yang dilalui,seringkali juga kau akan berusaha untuk berpatah semula...konteks ini bukan satu mimpi. kau merasakan kau bahagia,tapi kau selesa berdamping dengan derita....kau merasa langkah yang kau henjak itu derita,tapi realitinya ia satu bahagia....

kau takkan puas selagi penamatnya tak kunjung tiba....dan kau tak akan berjumpa dengan apa yang kau cari,kerana nafsu buas mengatasi segala,apa yang terhampar di mata hanya sandiwara,dan noda dan dosa adalah penyeri hilai tawa....


....itu yang menjadikan kita seorang...MANUSIA




lahirmu bukan untuk dunia
-alfiesyahril-

15 January 2013



Dulu
Ku pandang diriku
Kekasih yang setia
Tak pernah berdusta
Kini
Aku mulai merasa
Sedap hati mendua
Perlahanku tinggalkan kamu
Tapi
Semakin jauh
Aku
Semakin aku rindu
Rindukan kamu
Menyesal aku putuskan kamu
Kerna ternyata aku tak mampu
Menahan sisa azab cintamu
Aduh aduh mana tahan batinku
Mungkin
Mungkinkah kita bisa
Perbaiki semua.. kembali bersama
Kerna semakin jauh aku
Semakin aku rindu , rindukan kamu
Menyesal aku putuskan kamu
Kerna ternyata aku tak mampu
Menahan sisa azab cintamu
Aduh aduh mana tahan batinku
Benar apa kau ucapkan dulu
Takkan mudah ku lepaskan kamu
Menyesal aku curangi kamu
Aduh aduh tuhan tolong aku


-klangit-
sesal mendua

14 January 2013

perasaan itu


Aku rase perlu ada satu penjelasan daripada aku sendiri,atas segala kemusykilan yang mungkin bermain di kalangan kamu semua….
Aku bermain dengan perasaan unpama perasaan itu satu entiti yang tiada makna,aku sentiasa memandang enteng sesuatu perkara,dan terkadang aku penuhi segenap isi pemikiran aku dengan sesuatu yang penuh kekosongan…. Aku rasa diri aku sendiri bukan menjadi diri aku, aku mencari sesuatu yang sudah terbentang di depan mata,dan apabila aku sedar akan kewujudan tersebut,aku sudah tidak mampu hendak berbuat apa-apa pun dek kerana aku ini alpa orangnya… aku sentiasa mencari,dan mencari ,walhal segalanya sudah memadai ….
bila dibabitkan perihal satu perasaan itu umpama satu perkara yang sungguh abstrak…aku cuba gapai apa yang sudah bergolek di depan mata, aku masih meraba apa yang sudah berada di genggaman, aku masih melaung apa yang sudah tersemat di jiwa, aku masih tercari –cari satu enigma mungkin,satu penyelesaian pasti? Aku rungkaikan jua segala yang bersarang di akalku…kerana akalku tidak berupaya untuk berucap sepatah kata pun.aku memang bodoh kerana menyesal dalam kehidupan...
Aku berbelah bagi untuk setiap perasaan aku,aku tidak kenal apa itu yang batil,apa yang zahir,apa yang buruk dan apa yang baik, apa yang dicari,apa yang mustahil…. Aku tidak berjaya merobek dinding yang menghalang aku ini..selamanya aku sentiasa dibelenggu, aku kerap dipermain dari segi emosi,dan nurani aku tidak mampu menenangkan aku, tidak mampu menahan aku,tidak berupaya membimbing aku…tapi yang pasti,ia berjaya membunuh aku…
Perasaan aku, bukan satu mainan kosong, bukan satu anekdot yang tiba-tiba hadir, bukan satu serangan tidak berpeluru, bukan satu penglihatan tanpa pancaindera,bukan satu luahan tanpa suara, dan bukan juga pengakhiran untuk satu kesudahan…. Perasaan aku itu bukan sejahat dan sekejam  yang digembar-gemburkan…perasaan aku minta untuk difahami,ia minta untuk didengari,ia minta untuk dikasihi, ia minta untuk dikasihani….perasaan itu menjadi sebagaimana itu kerana tembok itu menulikan segala-gala yang perasaan itu ingin luahkan….IA TERPERANGKAP KEJAM!
Perasaan aku itu perlukan ketenangan….perasaan itu sudah penat….. perasaan itu tidak minta apa-apa….cukuplah sekadar perasaan itu tahu,bahawa disekelilingnya,masih ada yang mengetahui kewujudannya

maafkan aku...aku memang tak layak menjadi kekasih,mahupun kawan kepada kamu semua

09 January 2013

boo hoo clapping song

I walk alone, I'm lonely
Why should we hear your problems?
 I sit at home, I'm crying
 Don't wanna know, we don't care
My baby's gone, she left me
Suits you right boy, you now it
My world gone wrong, please help me
We have no time, no beat it!

And everyday, we share our dreams
And everynight, we laugh at things
Now you don't care, now you don't feel
So many friends, now where they'll be?

Now you tell me...


originally released by carburetor dung

...this is then,when it is all about the youth

07 January 2013










"If you love me let me know

If you don't then let me go
If you love me let it be
If you don't then set me free"














-madness-

30 November 2012

harapkan pegar,pegar makan padi

'harapkan pagar,pagar makan padi'

'seperti melepaskan batuk di tangga'



dua peribahasa yang menjadi satu tanda tanya,apa releven pagar nak makan padi, dan apa kena mengena  batuk kat tangga dengan maksudnya,melakukan kerja sambil lewa?


sini aku rumuskan,pasal aku tak minat nak tulis panjang2

sebenarnya bukan pagar,tapi burung pegar, yang dipercayai satu masa dulu sebagai binatang peliharaan untuk menghalang dan menjaga tanaman padi...pelik jugak,sebab sejak bila org buat bendang,pasang pagar kan?

ayam pegar,yang memungkiri tugasnya dengan memakan padi

batuk tu sebenarnya bukan batuk ehem!ehem! tu, tapi batok, iaitu alat yang digunakan untuk cedok air dalam tempayan,buat basuh kaki semasa nak naik ke rumah,mcm cerita nordin ahmad tu lah...

ni batok,buat KETOK kepala budak jaras degil pun bagus


semua ni berlaku akibat kesilapan direct translation daripada jawi ke rumi.... dan time skolah dulu pun cikgu tak explain habis, sebab aku percaya cikgu tu pun tak tahu..

jadi,dengan pembetulan ni diharap kau orang bgtau la member2 yang lain,supaya kau orang tidak dilabel bebal sepanjang hayat




bahasa jiwa bangsa
-alfiesyahril-

29 October 2012

inevitable

aku stay rumah sewa adik aku kat melaka,sebelum bertolak balik ke johor bahru

tengok dia orang discuss untuk buat presentation,teringat aku zaman belajar dulu....

aku pun lebih kurang mcm tu jugak la dulu

bincangnye sikit, merepek berjela-jela....

last-last,ape pun x jadi....heheh!

"as we grow older,excitement is less,and the routine is killing,it is inevitable, but how do we see it is in the eye of the beholder"




.....it is inevitable


fasa bekerja memang palat
-alfiesyahril-

05 October 2012

never

"never mend a broken pieces,when the piece that shattered bring you so much memories"

"never heal a broken heart, if the broken heart will taught you to be more mature"

"never be ashamed, when your shame will strengthen your dignity"

"never trust anybody,when they seem nobody to you"

.................................................................................

jika satu ungkap perkataan dapat menjelaskan segalanya, kau mungkin bukan seorang yang cukup kuat untuk mengharungi rintangan hidup dunia

jika tiada ayat mahupun pernyataan dapat menjelaskan sekecil-kecil perkara, kau sudah mula mendapat kekuatan untuk melangkah ke depan.

apabila tiada sesuatu perkataan ataupun apa sahaja yang mengganggu benak kau dalam kehidupan, kau sebenarnya seorang yang cukup teguh untuk berdiri di atas kaki sendiri, dan menjalani kehidupan penuh pancaroba ini...


kau dilahirkan bukan untuk menyatakan sebab dan akibat,tapi hidup kau adalah untuk mencari punca kenapa sesuatu sebab dan akibat itu terjadi.

hidup adalah suatu pencarian, sehingga kau mati pun kau takkan cukup masa untuk mencari... mencari keredhaan daripada Illahi.

kau bodoh apabila menyesal dalam kehidupan.....


alfiesyahril