14 April 2010

5 days of happiness

it started on friday and it ends yesterday night,that's the last time we met,and it is full of sadness and sorrow...nope! just kidding,i'm not talking about deaths,but the enjoyable evening,and days i had with somebody....the memory will always in my mind my frenz,heheh! you can get laughter,but happiness,its a matter of heart bebeh!


prying minds
-Alfersyahril-

seeing those happy faces,never seem this good

don't blame me, blame the one who stop laughing and enjoying their life, it is just another piece of memories that will ever be in our mind

13 April 2010

feel the heat,while you still got it

hari minggu yang menyeronokkan,namun tak semua keseronokan tu tiada kesedihannya, tapi begitulah yang sebetulnya berlaku...kita dalam kehidupan tak dapat lari dari semua perasaan yang membelenggu kita,sama ada ianya berkaitan dengan persekitaran mahupun yang berkait dengan diri kita sendiri... mandi air terjun di sungai gabai, satu lagi koleksi memoria indah dalam kehidupan aku,namun kesedihan itu tetap menjelma,kerana selepas ini,ramai kawan2 aku yang akan menbawa haluan sendiri,dan tak kurang juga yang idak dapat hadir kerana perkara yang tidak dapat dielakkan...jadi,sememntara peluang itu ada,gunakanlah segala keseronokan itu,dan hayatilah semasa ia masih hadir, because the world is not always full of sunshine and rainbow,but,that is life, and it isn't just your life,heheh!

08 April 2010

it is still hard to stand on your own

its been months,and the day keep running away and away...time goes by so fast,and it is so hard to keep up the rhythm and follow the tune..i keep stumble and get up slowly to keep up the pace...well, there are many more to be discovered way beyond my imagination, so i have to keep walking,and walking... seriously, it is harder for myself to do that on my own,it is not as hard as we just see it with our own eyes, because it all depends on the eye of the beholder...(what the f@*k i'm writing rite now,hahaha!) ...slowly, and slowly...thanks to the almighty that i have the chance to repent on my sins,and what matters the most, life must go on,heheh!


beside that,nothing else matters,


please forgive me
-alfiesyahril-

29 March 2010

you're dedicated to

sehingga hari ni,aku dah mendengar muzik yang aku minat iaitu heavy metal selama 13 tahun,sesuatu yang orang akan anggap nonsense,tapi itulah kenyataan...bila kita minat kepada sesuatu,lakukan dengan bersungguh2, bukan sekerat jalan...tapi tu bukan point aku, tapi apa yang aku nak cakap di sini,..bila nak sesuatu,lakukan dengan sepenuh hati,bila dah dapat sesuatu,jaga dia umpama tiada pengganti,dan jika terlepas akan sesuatu,cuba untuk kawal diri, insyaallah,mudah-mudahan hidup ini akan dipermudahkan jalan... jangan dipikirkan sangat brader, kita mesti terus hidup... ok la,aku nak sambung dengar konsert metallica ni,yeargh!!!


pain for pleasure
-alfiesyahril-

26 March 2010

shhh...

she's coming...
better watch out...
don't tell anybody



-silent mode-
alfiesyahril

20 March 2010

teringat aku filem zaman kecik dulu...

aku baru lepas tgk cite the neverending story,tahun 1984 punye cite...alah,yang ada anjing terbang nama falkor,kat tempat nama fantasia,dengan hero nama atreyu.kalau kau orang ingat la...sume tu mengimbau kenangan masa aku kecik2 dulu...nostalgia tu beb. memang betol2 berfantasi time tgk cite tu,fikiran ni menerawang entah ke mana hala tuju pun aku tak tahu,hahaha!

point kat sini yang aku nak cite bukan ape,cume aku nak mengimbau kembali seronoknya zaman kanak-kanak bagi mereka yang seusia dengan aku ni, dulu macam2 cite yang berfantasi je kita tengok,lepas tu kita pun mengandaikan kita sendiri berada dalam cerita tu, imaginasi kita mencapai satu tahap yang mana ibu bapa kita sendiri pun tak terjangkau dek akal fikiran mereka, jadi aku tak hairan mereka yang seusia dengan aku ni,masa time kecik2 dulu,berangan jadi atromen lah, buat ran atas pokok,main kapal atas buaian,sebab imaginasi kita ni tinggi,cite2 dahulu banyak mempengaruhi kita,dan hasilnya sekarang ni,kita pun masih berfantasi lagi dalam membuat keputusan,tapi tu bab lain la,aku tak nak kupas sangat,pasal aku cite tentang filem kan?

jadi yang pasti,aku sentiasa terkenang zaman kecik aku dulu,hari sabtu pagi dah tercongok depan tv nak tgk kartun, dan cite2 seperti the cave of golden roses,the adventure of baron munchausen,the wizard of oz akan sentiasa aku ingat,heheh, tu sume nostalgic value tu beb



kalaulah aku dapat jadi bastian tu... (dululah,time kecik)


do what you wish
-alfiesyahril-

18 March 2010

hari kelahiran untuk aku: satu prospektus yang kejam

2 peristiwa berlaku sepanjang sambutan hari jadi aku, aku mengalami kemalangan kecil sedikit,stand motor aku bengkok,aku pulak calar balar kat badan,jatuh kat jalan nak ke mines, nasib baik malam,time tu pun kete tak banyak, kalau tak arwah dah aku ni,.. mungkin tu sebahagian daripada hadiah untuk hari jadi aku,mungkin atas dosa-dosa silam yang aku pernah buat,tuhan berikan sedikit peringatan kepada aku supaya tidak sentiasa lalai dan lari daripada haluan yang sepatutnya

peristiwa yang selainnya,aku tak sangka ada juga kawan2 aku ingat akan tarikh hari lahir aku,terharu jugak rase hati beb, ada orang yang mengambil tahu pasal diri kita, heheh!

yang penting sekali,semua itu banyak memberi kesan pada aku,pemikiran aku perlu berubah, dan aku perlu lebih matang dalam membuat sebarang spekulasi berkenaan kehidupan,masa depan ditentukan oleh diri kita sendiri,jadi dah sampai rasenye masa untuk melakukan anjakan paradigma ni,tapi tak tahu lah bile nak bermula,hahaha!

hari ni aku dah berumur genap 24 tahun,dah meningkat usia aku,sejajar dengan peralihan angin dan juga pergerakan bumi yang tak pernah berhenti, namun aku belum pasti,minda aku pun dah berubah jugak ke?

prototyper biadab
-alfiesyahril-

15 March 2010

soothing light at the end of the tunnel

'setiap hari merupakan peristiwa yang baru dalam hidup'

betol ke pernyataan tu? aku pun tak pasti,tapi apa yang tersurat dalam realiti,aku masih menempuhi jalan2 yang sama,ke mana arah tuju aku? kerdipan sinar pun masih samar-samar...

apa yang aku tahu...kita mesti terus hidup


tersesat di kuala lumpur
-alfiesyahril-

27 February 2010

...wira yang tak didendang

dalam menelusuri hidup ini,adakah kau orang pernah terfikir siapa yang sentiasa menyokong dan memberikan semangat kepada kita dalam menempuhi ranjau di sepanjang perjalanan, setiap orang ada pendapat sendiri,dan begitu juga aku, dan bagi sesetengah orang ,mungkin mereka tidak pernah terfikir akan perkara ini.

semasa kamu sakit,siapa yang menemani kamu
semasa kamu susah,siapa yang menolong kamu
semasa kamu menghadapi masalah, siapa yang memberikan panduan dalam penyelesaian

ibu...
ya,itulah jawapannya,dan golongan inilah yang sentiasa dekat dengan hati kita,dan kehadirannya benar2 amat kita perlukan,dan dengan adanya mereka di sisi, segala permasalahan umpama hilang,dan raut wajahnya umpama kebahagiaan yang abadi pada kita...

namun kita seringkali lupa,setiap tindak tanduk kita, segala yang berlaku juga ada pendorong yang sering kita tak sedari,sering kita alpa akan kehadirannya...

dia tak pernah menyatakan sayang atau kasih kepada kita,
dia tak pernah menunjukkan masalah semasa berhadapan dengan kita
dia tak pernah menzahirkan bantuan yang sering diberikan kepada kita
dia juga tak pernah menunjukkan kesedihannya di hadapan kita...

dia sering dengan egonya, ego yang seringkali kita lupa,bahawa pengorbanan yang diberikan adalah sungguh besar sekali,tak ternilai dengan wang ringgit...

aku sering dimarah,aku sering dipukul akibat kesalahan yang aku rasa tak setimpal dengan hukuman yang sebegitu berat, sehingga kadang2,wujud perasaan benci dalam diri aku terhadapnya...tetapi semakin aku meningkat dewasa,dan semakin jauh aku berhadapan dengan pengalamn dalam kehidupan yang lebih mencabar,aku mulai sedar, apa yang pernah diperlakukan kepada aku dahulu ada hikmahnya...

dia semakin tua,dan aku lihat kesedihan dalam raut wajahnya itu, kesunyian yang tak pernah disuarakan kepada sesiapa pun, aku mulai mengerti, ego yang wujud itu adalah untuk mengajar kami,setiap kali aku melangkah pergi untuk meneruskan kehidupan aku,aku lihat kerdip matanya memandang aku yang semakin jauh,sering ku lihat kemerahan di matanya,namun setiap kali itu juga,cepat2 diseka segalanya supaya aku tidak merasa apa yang tersirat,...aku mengetahuinya,...aku memahaminya sekarang...

ayah... sekalipun tidak pernah kata sayang itu terucap,namun segalanya dicurah kepadaku tanpa aku sedari,
masalah yang dihadapi,diselesaikan secara diam,supaya anak2 ini tidak merasa bebannya,begitulah kasihnya seorang ayah kepada anak2... biarpun perut sendiri tidak di isi,namun untuk melihat anak2 kesusahan,adalah jauh sekali...

sentiasa sematkan di hati kau orang semua, manusia bernama lelaki ini sayangkan anda semua, fahamilah mereka,dan jangan sesekali lukakan hati mereka, setiap apa yang mereka lakukan penuh dengan maksud yang tersirat dan hikmah2 yang perlu kita selongkari... kerana itulah,ayah sebahagian dari diri kami...

walaupun ibu yang paling dekat dengan dengan hati,namun tanpamu ayah,tak mungkin hari ini aku akan dapat berdiri sebegini....air mataku menitis lagi,namun untuk diukur dengan jasamu wahai ayah,tiada apa di dunia ini yang dapat menandingi...

sebatang tongkat untuk berdiri
-alfiesyahril-

hey you! don't fool us around,we know who we are

assalamualaikum, lama benar aku tidak merilis catatan baru dalam blog ni,

aku teringat semalam,aku ke melaka,menghantar barangan komputer untuk adikku di UTeM ,dan dalam perjalanan pulang,aku singgah di sebuah pasaraya besar di kawasan pinggiran untuk membeli barangan dapur dan menjelaskan bil. namun tu bukan persoalannya,tapi yang ingin aku utarakan di sini adalah sikap sambil lewa pengguna dan sikap peniaga yang suka mengambil kesempatan atas kealpaan seseorang.

ok, semalam,ayah aku ingin membeli kasut sukan, katanya untuk kegunaannya beriadah,dan pada display harga,terpapar potongan harga sebanyak rm20, dan yang pasti sekarang ini pun bukan musim jualan murah,tapi akudengan ayah aku ambik jugak kasut tu, sebab dah murah kan, so kita orang pergi la kat kaunter,n nak bayar, aku pun duduk belakang cashier,sebab nak perhatikan sama ada harga tu dah less atau tidak, and semasa cashier tu scan kasut ayah aku,yang terpampang adalah harga asal yang tak ada less pun, so ayah aku terus la tanye

' nape tadi saya tgk kat rak kasut,ada harga less?"

"ye ke?"

pergh! ye ke jawab die? ok, 2 kesimpulan dapat aku buat. first, si cashier ni mungkin seorang perkerja yang baru start kerja sejam yang lalu,dan tak tau ape2 lagi pasal barang dlm pasaraya, n second, die memang mangkok hayon yang dah diajar oleh bos besar palat untuk menipu cara paling keji ni. lepas tu dia panggil la assistant manager,n die kate harga less tu tak sempat masuk dlm sistem lagi...la! kalau macam tu,tak payah la tulis ada less, bangang!,lepas klik punye klik ,n baru la ayah aku dapat harga yang sebenar. bayangkan, kalau pengguna lain yang tak ambil kisah,dan terus bayar je,berapa banyak keuntungan secara haram yang syarikat tu perolehi,hmmm...dunia

tak habis kat situ je ,lepas tu ayah aku bayar bil broadband,n bile resit kuar,apa yang ayah aku dapat,pakej asalnya ayah aku dpt unlimited access ke internet,tapi skarag siap dah block lagi,ayah aku g kat cina pmpn tu,lepas tu tanye2 kat die, die ckp skrg sume dah tukar jadi limited, ayah aku marah la,dulu msa nak jual,bukan main manis,bila ade problem,sume tak tau, n tuding jari ke orang lain,aku pun hot jgk smlm,celake punye cine,ingat aku orang kampung ko nak tipu2 aku,ingat aku hape,ingat aku tak sekolah ke hape,lepas tu kita orang pergi ke m**** centre, pun same jugak, pmpn mat rempus tu pun same je perangai,geleng2 tak tau, ayah aku warning la,ni kalau sy telepon awk punye main,kalau lain die ckp,tggu la sy saman nanti, heheh!ayah aku ni gertak boleh tahan jugak,walaupun aku tau,die takkan buat punye. lepas tu, dengan bengkek di hati,kami pulang ke rumah

ape yang aku nak cakap kat sini,sentiasa berjaga-jaga dengan setiap peniaga,sebab mereka akan sentiasa mencari peluang untuk mendapatkan keuntungan yang haram,tanpa mengambil kira nilai-nilai murni dalam berurusan.namun tak semua macam tu, member aku yang meniaga kat puchong tu, bagi lebih sikit pada orang,takpe..n sebab tu rezeki die ada sampai sekarang,walaupun tak bayak,tapi tak putus...jujur dalam setiap perlakuan,dan jangan mengambil kesempatan pada orang yang lemah, kami tau kami ni orang kampung,tapi jangan pandang kami sebelah mata,sebab kami ni manusia, akal fikiran tu ada, kehidupan yang perit kami dah rasa, jadi jangan bermain api jika takut akan panasnya...


gulai asam rong jerantut
-alfiesyahril-