dalam menelusuri hidup ini,adakah kau orang pernah terfikir siapa yang sentiasa menyokong dan memberikan semangat kepada kita dalam menempuhi ranjau di sepanjang perjalanan, setiap orang ada pendapat sendiri,dan begitu juga aku, dan bagi sesetengah orang ,mungkin mereka tidak pernah terfikir akan perkara ini.
semasa kamu sakit,siapa yang menemani kamu
semasa kamu susah,siapa yang menolong kamu
semasa kamu menghadapi masalah, siapa yang memberikan panduan dalam penyelesaian
ibu...
ya,itulah jawapannya,dan golongan inilah yang sentiasa dekat dengan hati kita,dan kehadirannya benar2 amat kita perlukan,dan dengan adanya mereka di sisi, segala permasalahan umpama hilang,dan raut wajahnya umpama kebahagiaan yang abadi pada kita...
namun kita seringkali lupa,setiap tindak tanduk kita, segala yang berlaku juga ada pendorong yang sering kita tak sedari,sering kita alpa akan kehadirannya...
dia tak pernah menyatakan sayang atau kasih kepada kita,
dia tak pernah menunjukkan masalah semasa berhadapan dengan kita
dia tak pernah menzahirkan bantuan yang sering diberikan kepada kita
dia juga tak pernah menunjukkan kesedihannya di hadapan kita...
dia sering dengan egonya, ego yang seringkali kita lupa,bahawa pengorbanan yang diberikan adalah sungguh besar sekali,tak ternilai dengan wang ringgit...
aku sering dimarah,aku sering dipukul akibat kesalahan yang aku rasa tak setimpal dengan hukuman yang sebegitu berat, sehingga kadang2,wujud perasaan benci dalam diri aku terhadapnya...tetapi semakin aku meningkat dewasa,dan semakin jauh aku berhadapan dengan pengalamn dalam kehidupan yang lebih mencabar,aku mulai sedar, apa yang pernah diperlakukan kepada aku dahulu ada hikmahnya...
dia semakin tua,dan aku lihat kesedihan dalam raut wajahnya itu, kesunyian yang tak pernah disuarakan kepada sesiapa pun, aku mulai mengerti, ego yang wujud itu adalah untuk mengajar kami,setiap kali aku melangkah pergi untuk meneruskan kehidupan aku,aku lihat kerdip matanya memandang aku yang semakin jauh,sering ku lihat kemerahan di matanya,namun setiap kali itu juga,cepat2 diseka segalanya supaya aku tidak merasa apa yang tersirat,...aku mengetahuinya,...aku memahaminya sekarang...
ayah... sekalipun tidak pernah kata sayang itu terucap,namun segalanya dicurah kepadaku tanpa aku sedari,
masalah yang dihadapi,diselesaikan secara diam,supaya anak2 ini tidak merasa bebannya,begitulah kasihnya seorang ayah kepada anak2... biarpun perut sendiri tidak di isi,namun untuk melihat anak2 kesusahan,adalah jauh sekali...
sentiasa sematkan di hati kau orang semua, manusia bernama lelaki ini sayangkan anda semua, fahamilah mereka,dan jangan sesekali lukakan hati mereka, setiap apa yang mereka lakukan penuh dengan maksud yang tersirat dan hikmah2 yang perlu kita selongkari... kerana itulah,ayah sebahagian dari diri kami...
walaupun ibu yang paling dekat dengan dengan hati,namun tanpamu ayah,tak mungkin hari ini aku akan dapat berdiri sebegini....air mataku menitis lagi,namun untuk diukur dengan jasamu wahai ayah,tiada apa di dunia ini yang dapat menandingi...
sebatang tongkat untuk berdiri
-alfiesyahril-
Keja
2 years ago
A.I.A..ayah ibu anak...
ReplyDelete-sebatang kaki utk menykg kaki 1 lagi-
nice one...
ReplyDeletegood job...
alfie terbaEk...
deep gemuk deep.gua boleh rasakan nyaa
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletekasih ibu membawa ke syurga..
ReplyDelete