foto : Bernama.com |
Semalam aku di Melaka, sebab meneman kekasih aku ke sane,kerana ada kursus kewangan kat sane….aku pun berkesempatan meneman dia sebab aku pun baru balik dari lanchang, sukan jabatan yang menghampakan dan menghitamkan kulit aku,heheh! Masa perjalanan lebih bertumpu kepada perbincangan tidak rasmi,kerana setelah sebulan tidak bersua muka,pelbagai perkara ingin diceritakan, perjalanan pun tidak kurang juga dengan rintangan kerana hujan sepanjang aku melalui seremban ke Melaka…sesampainya di sana,aku terus menuju ke Melaka sentral untuk membeli tiket ke Melaka, dan cerita pun bermula…
Sesampainya aku kat sane,aku pun cari la tiket nak balik ke jb, ape2hal pun,kene standby tiket nak balik, cari punye sari satu kaunter pun takde jual tiket, sume dah sold out…aku naik gabra jugak mule2,ye la,kalo takde tiket,ape aku nak jawab dgn bos esok kalo tak masuk keje, takkan aku nak jawab bas buat mogok pasal kenaikan harga ayam di pasaran kan? Tup2, aku Nampak kaunter bukak,jual tiket g jb, aku tak kasi can la,terus g beli, tiket 8.30 mlm,ah! Tibai je la, daripada takde,baik aku naik je kan…so,sementara menunggu nak sampai 8.30 tu,aku g la makan2 sambil jalan2 dgn kekasih,namun kekasih terpaksa mengundur diri lebih awal untuk g check in kat hotel tempat berkursu, jadi tinggallah aku sorg2 menunggu bas yang masih lambat lagi nak sampai.
Tgh aku melepak menunggu bas, ada sorg brader india tegur aku, tanye aku nak ke mana,aku pun jawablah nak ke jb, pukul 8.30…brader india tu terkejut la..
“awal btul awk tunggu bas, sekarang baru pukul 7,”
“nak buat mcm mane brader,dah ni je tiket sy dpt,kire ok la tu dapat tiket”
“ awk nak tau tak, sebenarnye tiket banyak je lagi,tapi sume ulat sudah control, dalam sepuluh tiket dia sudah pegang awal2,bila last2 minit,dia jual la sama org yang desperate nak balik, ada satu kali tu sampai rm 40 satu tiket, kalau dekat2 time nak raya, sampai rm 70 pun ada”
Aku terkejut.”biar betul brader, takkan sampai mcm tu punye mahal?” Tanya aku penuh berminat untuk mengetahui cerita selanjutnya,
“ye la, I tiap2 minggu juga balik johor,pasal I kerja dkt Singapore , I dah biase tgk ini ulat jual2 tiket dekat2 bas nak bertolak, kalau awk tak pecaya,awk tgk nanti pukul 8.” Cerita brader india tu dengan yakin.
Lepas tu brader tu cite la pasal dia keje kat pelabuhan, cite dia Nampak puting beliung,kapal terbalik, aku mendengar je ape brader tu cite,kalo dia kencing pun aku bukan kesah, sebab sekurang2 nye, ade jugak peneman time tgh bosan2 ni,…
Dalam pukul 8 mlm,aku tgk dah ramai dah manusia bergelandangan kat stesen bas Melaka sentral ni, time ni baru aku tgk,bukan main banyak lagi ulat2 jual tiket ke jb, aku pelik la,tadi cakap dah habis, tibe2 time waktu perdana ni, banyak pulak tiket,mcm ada bas tambahan. Brader india tu senyum je tgk aku “ amacam,pecaya tak ckp i?” heheh! Tak sangka aku, mcm tu punye org cari makan cara haram…
Lepas tu brader india tu pun blah,dia ckp bas dia dah sampai, so aku pun melanguk la kat situ…tiba2 terasa haus la pulak, aku pun g cari air, aku tinggalkan rokok dgn lighter aku, pasal rokok Winston pun kan, sape nak amik,bukan rokok mahal pun…time aku dtg balik, aku tgk lighter aku dah lesap, n aku pandang sebelah situ, sorg brader melayu tgh belek2 lihgter,lepas tu masukkan dalam kocek baju dia….aku pun amik sebatang rokok, lepas tu g kat brader tu, mintak nak pinjam lighter….brader tu bagi la aku pinjam ‘lighter dia’ yang tersisip dalam kocek baju,..sambil menyalakan rokok,aku tersenyum sendiri lagi….lepas tu aku pun naik la bas sampai jb………………………………..
Sampai pun lebih kurang pukul 11.30, 3 jam lebih jugak la perjalanan aku, plan nye nak naik teksi la, time lepak2 tggu teksi, aku tgk ada mamat ni nak g yahya awal, bukan jauh pun,dkt je dgn larkin,tapi kene charge sampai rm10…pejadahnye! Aku yang letih ni, malas nak amik teksi,berjalan la kaki sampai ke rumah….nak jadi satu lagi cite,aku selempang la semutar kat kepala,jd mcm tudung la kiranya, sambil jalan boleh lap2 peluh kan…dan sepanjang aku jalan,aku tgk takde sorg pun nak berhenti bg tumpang ke, makin laju drive ade la, ingat aku hantu berlitup la tu, hahahaha! Mindset org kita kan ? So sampai la aku kat rumah dalam 12 lebih….pergh! what a story
Aku bukan ape,Cuma aku terkilan dgn sikap org melayu kita ni, nak cari makan bagi anak bini pun,buat la dengan cara halal, aku paham desakan hidup menyebabkan diorg buat mcm tu, tapi kita ,dengan hasil yang kita ada, cubalah untuk besederhana, jangan nak ikut org yang gajinya serupa harga sebijij Yamaha R1,memang mcm tu lah cari makan…aku cuba muhasabah diri,mintak2 aku bukan dalam kalangan tu, perjalanan aku masih jauh,masih merangkak,tekanan kehidupan masih baru nak bermula, dan aku harap aku dapat melalui tekanan tu dan membuat alternative sendiri berdasarkan pegangan dan prinsip aku… kerana bagi aku,prinsip yang aku ada akan sentiasa membawa aku di haluan yang betul,supaya tidak tersasar dan membuat perkara yang dilarang agama dan juga adat kita… sedarlah org melayu beb, zaman gemilang Melaka dah lama berlalu, sekarang ni kita tak perlu nak capai apa yang pernah kita dapat dahulu, cukup lah survivaliti kita itu terjaga sebelum musnah ditelan arus masa…jangan biarkan bangsa dan minda kita dijajah lagi….
Lihat,dengar, dan hayati
-alfiesyahril-
... and still the same writer. :)
ReplyDelete