tuan tulis rase dah sampai dah ni, ditenung jam tangan yang baru dibeli..."pergh! lawa jugak jam tangan ni,hehehe", getusnya dalam hati, padahal jam tu jam imitation je, bukan original pun, tapi bagi tuan tulis, sama ada original ataupun tak,tu bukan persoalan, namun yang penting adalah kepuasan kerana memiliki sesuatu yang diidamkan..... sambil berjalan, tuan tulis terlihat kelibat kiah ketot mundar mandir,kegelisahan mungkin? tuan tulis pun mendekati si kiah ketot
"ish, tak sangka aku dapat kumpa kau kat uganda ni ye?", soal tuan tulis pada kiah
"uganda? eh, ni kat papua new guinea la, kau ni merepek ke hape?" tanya kiah ketot, menambahkan kehairanan si tuan tulis...
"pejadahnye...."
"betul la, cuba kau tengok papan tanda tu, bukan tulis papua new guinea ke?", sambil menudingkan jarinya ke papan iklan yang menayangkan pakej percutian ke papua new guinea..
'papejelah kiah, aku rase kau dah sesat ni, kite kat uganda ni, takkan kau tak perasan,kalau kat papua new guinea,mesti anna kournikova pun ada jugak, tapi sebab kite kat uganda, anna tu bukan tahan panas pun"... terang tuan tulis dengan penuh panjang lebar, menerangkan segalanya pada kiah ketot yang nampaknya semakin gelisah, sebab kiah ketot baru sedar yang dia sesat....
"takpelah kiah, aku bawak kau pulang ye, jangan sedih-sedih", tuan tulis menenangkan kiah ketot..
tuan tulis baru nak mengembara jauh2, namun disebabkan kawannya yang sorang ni dah lepas kat sini, takkan nak tinggal pulak kan? jadi tuan tulis pun bawalah si kiah ketot ni pulang... hmmm, nampaknya kene gelak la aku dengan francis ford coppola ni pasal tak jadi merantau jauh2,hehehe...
Keja
2 years ago
haha!
ReplyDelete