semalam, aku g makan kat satu restoran ni, en. yus,renjer kat tempat aku keje punye...restoran ala-ala pub sikit,pasal ada tempat untuk perform karaoke,tapi xde makanan tak halal la kat situ,lebih kepada tempat santai2 je la,aku pun bukan ade ape,saje je g makan kat situ, kurang2 tgk org nyanyi merepek2 tu ,kurang sikit tekanan mental atas paras norma dasawarsa ni yang aku kecapi tanpa sekelumit belas di jiwa mati.
sambil aku menyuap makanan ke tekak yang tak berapa nak lapar ni pun, aku syok la melayan org tgh berjimba sakan menyanyi lagu kat stage, dan FYI, tempat aku g makan tu, semua yg datang adalah org yang lg tua dari aku, kire aku boleh panggil diorg ni pangkat pakcik la dgn aku... terhibur? itu sewajarnya,sebab tujuan utama aku memang nak melihat gelagat org kat situ.
kalau dilihat dari segi faktor usia,kau orang takkan terfikir,mereka yang berada atas pentas tu adalah menggambarkan usia mereka, dengan melontarkan suara untuk sesebuah lagu dengan penuh perasaan,diselangi sedikit tarian ala-ala canggung yang nampak...canggung sungguh. mereka umpama hanyut dalam dunia mereka sendiri,seperti ada satu tekanan berat yang dunia ini telah berikan kepada mereka,sehingga mereka bertindak sedemikian rupa.
ini bukan kali pertama aku berhadapan situasi sebegini, sebelum ini lagi,kebanyakan old timer yang aku pernah encounter,selalunya yang mempunyai sisi hitam semasa alam remaja menuju awal dewasa, berhadapan satu sindrom di mana,krisis identiti menjadi satu paranoia yang tak dapat diatasi...mereka masih tercari-cari haluan,dari segi innersoul maksud aku, sebab dari segi kewangan,aku rasa mereka ini sudah stabil serba serbi,melihat saja daripada pemakaian dan sebagainya.
aku kadang-kadang kasihan melihat mereka,dalam usia yang sudah lanjut,mereka masih mencari- cari kepuasan di dunia yang aku sendiri tidak faham,terdetik juga di hati aku, apa yang berlaku sebelum ini sehingga mengakibatkan mereka berkelakuan sedemikian rupa? adakah tekanan hidup,adakah kongkongan semasa muda,atau mereka sendiri telah hanyut dan membiarkan diri mereka dihanyutkan arus,tanpa berusaha untuk mengikut haluan yang lebih baik...it is not me who supposed to judge them,it is them to figure out what they want,and what they lose before...
selesai aku menjamah,sambil ku sudahkan santapanku itu dengan beberapa batang tembakau nikotina jenama Marlboro,aku berlalu pergi dengan pelbagai persoalan......
you who you are
-alfiesyahril-
Keja
2 years ago
No comments:
Post a Comment