sesudah beberapa ketika, aku menjejakkan langkahku...bangun aku adalah daripada jatuh aku yang terdahulu....segala penat jerih aku membawa diriku semula untuk berada di tahap ini,semakin hilang tampaknya.... kealpaan semakin menebal, pedoman yang ku inginkan dahulu hilang entah ke mana.... aku menjadi begitu selesa dengan apa yang ku kecap,tanpa aku menyelami dan menghayati apa yang pernah menjadi pegangan aku dalam meneruskan kehidupan....
aku mungkin selesa dengan apa yang aku kecap sekarang, namun masih terdapat secalit dua kehitaman dan luka yang masih belum kering....tetapi akan ku biarkan saja luka itu terus membasah, mengotori helaian lembut yang ku mula tatang, kerana sedikit kehitaman dan perit luka itu akan membuatkan aku senantiasa waspada dengan keadaan sekeliling, akan sentiasa membuatkan aku kenal bahawa aku seorang gelandangan, seorang manusia yang cuma abdi pada yang satu.....
masa itu sudah berlalu, masa itu juga sentiasa berada menemaniku, masa itu juga akan menjadi igauan ngeri bagiku....namun masa itu juga adalah memori yang sedingin salju....tak luput ditelan masa itu sendiri.....
setitis tinta tidak bisa mencoret segalanya, hati aku tidak selancar dahulu berbahasa, lidah ku tidak setajam dulu berbicara, akalku tidak sebernas dahulu membuat angkara.... kerana aku bukan apa yang aku tahu... aku nesta pada diri aku...aku hilang,walaupun aku tahu, aku ada di situ......
setiap perkara silih berganti, sesuatu yang lepas akan tetap pergi, namun memorinya tetap bersemadi di sanubari......
8/5/2011
-alfiesyahril-
Keja
2 years ago