16 July 2013

bulan di mana tak boleh makan time siang

norma dan dogma seorang manusia,xkan lari dari membuat kesilapan.

pintu taubat senantiasa terbuka,cuma kau perlu menurunkan sikit paras ego terlampau engkau,dan beri sedikit kelonggaran dalam tahap keberontakan otak kau tu untuk menerima dan berasimilasi dengan sesi rintihan dan mengadu nasib pada yang satu.

bulan puasa dah ni,post untuk bulan puasa baru hari ni aku dapat buat, ni entah tahun bile pulak baru aku dapat update balik ni...x kesahlah kan, yang penting hidup mau terus brader,bersatu teguh,bercerai runtuh...

selamat berpuasa kawan2, sesi menuang puasa ni dah kene tinggal dah,sbb dh byk dosanak kene tanggung,ibadat sikit, dosa berbukit,mcm mane tak sakit...

heheh!


fasting fast
-alfiesyahril-

04 June 2013

long forgotten

lame aku tak buke blog ni, sambil mengemaskini ape yang patut,aku rase wajar aku tulis serba sedikit,supaya org x anggap blog ni sebagai satu wadah aku bereksperimentasi bila aku berada dalam situasi luar ambisi aku.

minggu lepas, 25th May 2013,aku dah bergelar suami...aku bukan lagi seorang lelaki yang hanya tahu memikirkan survival dirinya sendiri,bukan lagi seorang thrasher yang setiap waktu bergelumang dengan bunyian bingit yang bisa menghalau babi jika disiarkan di kawasan semak samun, dan juga aku bukan lagi seorang yang masih tercari-cari....aku sudah mula mempunyai tanggungjawab, aku perlu membimbing,bukan dibimbing dan terus terumbang-ambing...segala yang lepas perlu aku tinggalkan di belakang,aku kini berada di satu dasawarsa baru untuk memulakan langkah aku ke satu tahap yang lebih mencabar dari segi mentalnya,kerana pada tahap ini aku bukan lagi keseorangan.

buat gadisku, aku harap jika ada kesilapan yang aku lakukan, aku mohon maaf,kerana aku berusaha untuk menjadi yang terbaik, untuk aku menjadikan impian satu perhubungan ini bukan sebuah kisah dongeng tidak bertepian...realiti ini aku ingin realisasikan dengan gambaran yang indah,supaya kau gadisku,tidak menyesali menjadikan aku teman sepanjang hayat kau...cukuplah kau pernah aku lukai dengan bangsatnya satu masa dahulu...bangsatnya aku dulu,sebagai satu landasan aku menuju ke arah menginsafi dan menjaga suci sekeping hati

aku akan berusaha...

tuhan akan menentukan segalanya...

insyaallah..

buat kau,gadisku
-alfiesyahril-

17 April 2013

MAN RULES


aku kutip info ni dr FB,jadi aku rase perkara ni amat penting untuk girlfriend atau para bini ketahui dgn lebih lanjut...so enjoy


Man Rules

AT LAST A GUY HAS TAKEN THE TIME TO WRITE THIS ALL DOWN
FINALLY, the guys' side of the story. ( I MUST ADMIT, IT'S PRETTY GOOD.)

WE ALWAYS HEAR 'THE RULES' FROM THE FEMALE SIDE
NOW HERE ARE THE RULES FROM THE MALE SIDE

THESE ARE OUR RULES!

PLEASE NOTE. THESE ARE ALL NUMBERED #1 ON PURPOSE!

1. MEN ARE NOT MIND READERS.

1. LEARN TO WORK THE TOILET SEAT. YOU'RE A BIG GIRL. IF IT'S UP, PUT IT DOWN. WE NEED IT UP, YOU NEED IT DOWN. YOU DON'T HEAR US COMPLAINING ABOUT YOU LEAVING IT DOWN.

1. CRYING IS BLACKMAIL.

1. ASK FOR WHAT YOU WANT. LET US BE CLEAR ON THIS ONE:

SUBTLE HINTS DO NOT WORK!
STRONG HINTS DO NOT WORK!
OBVIOUS HINTS DO NOT WORK!
JUST SAY IT!

1. YES AND NO ARE PERFECTLY ACCEPTABLE ANSWERS TO ALMOST EVERY QUESTION.

1.. COME TO US WITH A PROBLEM ONLY IF YOU WANT HELP SOLVING IT. THAT'S WHAT WE DO. SYMPATHY IS WHAT YOUR GIRLFRIENDS ARE FOR.

1. ANYTHING WE SAID 6 MONTHS AGO IS INADMISSIBLE IN AN ARGUMENT. IN FACT, ALL COMMENTS BECOME NULL AND VOID AFTER 7 DAYS.

1. IF YOU THINK YOU'RE FAT, YOU PROBABLY ARE. DON'T ASK US.

1. IF SOMETHING WE SAID CAN BE INTERPRETED TWO WAYS AND ONE OF THE WAYS MAKES YOU SAD OR ANGRY, WE MEANT THE OTHER ONE.

1. YOU CAN EITHER ASK US TO DO SOMETHING OR TELL US HOW YOU WANT IT DONE. NOT BOTH.
IF YOU ALREADY KNOW BEST HOW TO DO IT, JUST DO IT YOURSELF.

1. WHENEVER POSSIBLE, PLEASE SAY WHATEVER YOU HAVE TO SAY DURING COMMERCIALS.

1. CHRISTOPHER COLUMBUS DID NOT NEED DIRECTIONS AND NEITHER DO WE...

1. ALL MEN SEE IN ONLY 16 COLORS, LIKE WINDOWS DEFAULT SETTINGS..
PEACH, FOR EXAMPLE, IS A FRUIT, NOT A COLOR. PUMPKIN IS ALSO A FRUIT. WE HAVE NO IDEA WHAT MAUVE IS.

1. IF WE ASK WHAT IS WRONG AND YOU SAY 'NOTHING,' WE WILL ACT LIKE NOTHING'S WRONG. WE KNOW YOU ARE LYING, BUT IT IS JUST NOT WORTH THE HASSLE.


1. IF YOU ASK A QUESTION YOU DON'T WANT AN ANSWER TO, EXPECT AN ANSWER YOU DON'T WANT TO HEAR..

1. WHEN WE HAVE TO GO SOMEWHERE, ABSOLUTELY ANYTHING YOU WEAR IS FINE...REALLY.

1.. DON'T ASK US WHAT WE'RE THINKING ABOUT UNLESS YOU ARE PREPARED TO DISCUSS SUCH TOPICS AS FOOTBALL OR MOTOR SPORTS.

1. YOU HAVE ENOUGH CLOTHES.

1 .. YOU HAVE TOO MANY SHOES.

1. I AM IN SHAPE. ROUND IS A SHAPE!

1.. THANK YOU FOR READING THIS. YES, I KNOW, I HAVE TO SLEEP ON THE COUCH TONIGHT.. BUT DID YOU KNOW MEN REALLY DON'T MIND THAT? IT'S LIKE CAMPING...

PASS THIS TO AS MANY MEN AS YOU CAN - TO GIVE THEM A LAUGH...


PASS THIS TO AS MANY WOMEN AS YOU CAN - TO GIVE THEM A BIGGER LAUGH, BECAUSE ITS TRUE!


12 April 2013

doodle do...

look through the window
and tell me what you see
when you are all alone
you know who's left behind to be

look down under
and tell me what you see
when you are in trouble
who's there to set you free

look deep inside
and tell me how it feel
when you feel depressed
whose hand calms you,it will

look up above
and touch the sky
when you feel you're well prepared
now it is time to die

stardust
-alfiesyahril-

02 April 2013

........

prospek kehidupan ni,kalau tak tetap pendirian,memang sentiasa berubah....
lali jugak aku dgn permasalahan yang datang,walhal takdelah masalah sangat pun sesuatu perkara tu.
makin hari aku makin mensia-siakan hidup aku,kenapa aku tak plan sesuatu yang bermakna sikit, daripada aku asyik merapu tak bertempat,sepatah haram pun tak jadi

sebab krisis pertengahan umur aku dah bermula awal sangat kot?


05 March 2013

i dissapear

" do you bury me when i'm gone, do you feel me while i'm here
  just as soon as i belong,and it's time i dissapear"

05 February 2013

general election pt. 1

debaran mula terasa,adrenalin mencurah bagai nak gila...calon-calon resah menanti hari yang bakal menjelma.....itu dia musim pilihanraya.

aku tak berminat sangat berbicara soal politik,tetapi mengikuti perkembangannya,memang sesuatu yang menarik untuk dikupas,sebab senario politik di malaysia ni boleh dikategorikan sebagai satu keadaan yang penuh dengan warna,penuh drama,emosi,kritikan sosial secara mendalam dan sebagainya...

bila berkata tentang manifesto, sekalian parti membentangkan tentang usaha untuk menonjolkan diri menjadi terbaik dikalangan yang ada...setiap luahan kata diselangi semangat berkobar-kobar untuk memartabatkan agama,bangsa dan negara,dan tidak lupa juga sedikit suntikan konspirasi dan serangan saraf yang semakin menjadi-jadi.

dalam menelusuri apa yang dikatakan sebuah negara demokrasi,hak bersuara adalah sangat dititkberatkan, apa itu hak bersuara? itu yang menjadi persoalan...sekian banyak pertikaian terjadi dan perbalahan yang tidak nampak untung hasilnya,yang mana akhirnya sepi sesepi malam ditemani cahaya rembulan penuh ekstasi....apa lagi yang tidak puas,setelah segalanya terpampang di depan mata,kenapa masih belum ada yang berani menyahut cabaran,dengan sedikit permainan risiko dan keazaman yang tinggi,tidak mustahil apa yang dikehendaki boleh dicapai... cuba kita berfikir sejenak,dan menggunakan akal kita untuk membuat tafsiran secara kritis dan kreatif, sampai bila kita harus bergantung kepada apa yang dikatakan sebagai subsidi?sampai bila kita harus meminta,bukan menyumbang ke arah pembangunan masyarakat,terutama diri kita sendiri...

aku tak nak mengulas sesuatu isu,sebab itu bukan tugas aku, aku lebih suka bermain dengan perkara-perkara surface yang kebanyakan orang hanya memandang enteng perihal tersebut,namun implikasi yang bakal terhasil adalah amat besar sekali... perubahan yang sebenar adalah dari diri kita sendiri,bukan mengharapkan pihak kerajaan menyuap mulut manja anda sehingga kekenyangan,dan mendodoikan kau sehingga tertidur,dan menanti kau bangun untuk disuapkan semula....sebab itu,untuk mencapai masyarakat mentaliti kelas pertama,kita masih jauh lagi...

aku cuma berharap,pilihanraya kali ini,setiap yang mengundi melakukan pilihan yang tepat... ini bukan pengakhiran untuk entri ni, banyak lagi boleh aku kupas,tapi part yg syok tu kena tunggu hari mengundi tu tiba,baru terasa bahang dia

nak mengundi,bukan main jauh lagi nak balik, JB dgn lipis bukan dekat2 brader...tapi sebab tanggungjawab...aku peduli hape...hahaha!


majulah sukan untuk negara
-alfiesyahril-

31 January 2013

middle age crisis

semalam, aku g makan kat satu restoran ni, en. yus,renjer kat tempat aku keje punye...restoran ala-ala pub sikit,pasal ada tempat untuk perform karaoke,tapi xde makanan tak halal la kat situ,lebih kepada tempat santai2 je la,aku pun bukan ade ape,saje je g makan kat situ, kurang2 tgk org nyanyi merepek2 tu ,kurang sikit tekanan mental atas paras norma dasawarsa ni yang aku kecapi tanpa sekelumit belas di jiwa mati.

sambil aku menyuap makanan ke tekak yang tak berapa nak lapar ni pun, aku syok la melayan org tgh berjimba sakan menyanyi lagu kat stage, dan FYI, tempat aku g makan tu, semua yg datang adalah org yang lg tua dari aku, kire aku boleh panggil diorg ni pangkat pakcik la dgn aku... terhibur? itu sewajarnya,sebab tujuan utama aku memang nak melihat gelagat org kat situ.

kalau dilihat dari segi faktor usia,kau orang takkan terfikir,mereka yang berada atas pentas tu adalah menggambarkan usia mereka, dengan melontarkan suara untuk sesebuah lagu dengan penuh perasaan,diselangi sedikit tarian ala-ala canggung yang nampak...canggung sungguh. mereka umpama hanyut dalam dunia mereka sendiri,seperti ada satu tekanan berat yang dunia ini telah berikan kepada mereka,sehingga mereka bertindak sedemikian rupa.

ini bukan kali pertama aku berhadapan situasi sebegini, sebelum ini lagi,kebanyakan old timer yang aku pernah encounter,selalunya yang mempunyai sisi hitam semasa alam remaja menuju awal dewasa, berhadapan satu sindrom di mana,krisis identiti menjadi satu paranoia yang tak dapat diatasi...mereka masih tercari-cari haluan,dari segi innersoul maksud aku, sebab dari segi kewangan,aku rasa mereka ini sudah stabil serba serbi,melihat saja daripada pemakaian dan sebagainya.

aku kadang-kadang kasihan melihat mereka,dalam usia yang sudah lanjut,mereka masih mencari- cari kepuasan di dunia yang aku sendiri tidak faham,terdetik juga di hati aku, apa yang berlaku sebelum ini sehingga mengakibatkan mereka berkelakuan sedemikian rupa? adakah tekanan hidup,adakah kongkongan semasa muda,atau mereka sendiri telah hanyut dan membiarkan diri mereka dihanyutkan arus,tanpa berusaha untuk mengikut haluan yang lebih baik...it is not me who supposed to judge them,it is them to figure out what they want,and what they lose before...

selesai aku menjamah,sambil ku sudahkan santapanku itu dengan beberapa batang tembakau nikotina jenama Marlboro,aku berlalu pergi dengan pelbagai persoalan......



you who you are
-alfiesyahril-


t shirt printing...pt. 2

aku dah basuh screen semalam....ape yg jadi,habis semua emulsion tu tanggal, kelakar betul....

aku kene start balik dari awal la ni....

memang best...

memang...

30 January 2013

t- shirt printing

sekarang aku tgh dalam proses menyiapkan projek membuang masa yang amat efisyen : printing baju... projek ni dah lame aku plan,tapi sebelum ni tak terjalan jugak pasal takde kaki, time ni,bile ade je pulak member pun semangat nak buat,aku pun excited la skali nak join in pasal, adrenaline dah naik tibe2 mcm ni...

ni image copyright...x semudah mcm ni la nak buat baju


mcm bangang jugak,org xde skill,blajar pakai youtube,tapi determination tu kunci segalenye, setakat ni,3 blok dah disia-siakan,biaselah brader, nak dpt sentuhan terbaik,bukan dengan sekali buat, thomas alva edison pun berapa kali tersungkur baru mentol tu siap,sekarang ni aku tgh tunggu emulsion tu kering, kalo dah beres nanti,tgk la,aku try burn image tu kat screen,kalo jadi,memang esok jugak la aku bukak kedai baju... haha!

....bukak kedai baju hape, baju pun xde


spell it wrongly
-alfiesyahril-

29 January 2013

masalah yang menjadi satu masalah

bila satu aspek kehidupan dicabar dengan pelbagai musibah...ia menjadi semacam satu wabak dimana manusia beria benar mahu mengetahui apa yang berlaku ,mengapa ia terjadi,bagaimana perkara itu menular...bermacam telahan dibuat,bermacam andaian dicurahkan...

yang mengetahui antara aku dan Dia

cerita ini tiada yang menarik pun, lebih menarik lagi jika kau menonton siaran sinetron sampil menghirup secangkir kopi panas dan biskut lemak...cerita ini bukan sandiwara,di mana kau terlalu menginginkan satu kesudahan yang tragik,melankolik ataupun magis , tapi ini perjalanan hidup aku,yang aku sendiri tak minta tertulisnya sebegini rupa...

aku cuma berkehendakkan sebutir titik noktah di penghujungnya... rimas dan lemas aku terperosok dalam hamburan kata-kata yang melayang menusuk halwa telinga aku, adakah aku sebagai satu bahan sindiran? aku rasa aku wajar berekpresi dalam diam, di mana aku membuat sesuatu atas kehendak aku sendiri,bukan dikawal anasir yang menerajang aku ke sana-kemari mengikut kehendak mereka...

bila disingkap tabir lalu, di mana zaman aku masih mentah, bersama rakan aku melayar hidup tanpa sebarang masalah, ya...tanpa sebarang masalah,kerana kami yang menjadikan sesuatu perkara itu sebagai masalah, namun kami puas,kerana kami melakukan apa yang kami mahu mengikut kehendak hati...mengikut intuisi...

ah! persetankan itu semua,itu sudah 10 tahun berlalu... zaman itu mana mungkin berulang kembali...rakan ku itu pun sudah berada entah di mana...aku sudah menginjak usia,memikirkan masa depan itu lagi penting daripada berfoya-foya tak tentu hala. 

hidup ini satu perjalanan yang jauh sungguh

wei mantoi,contact aku balik, tahun ni reunion sekolah weh!


inner turbulence
-alfiesyahril-