lame aku tak buke blog ni, sambil mengemaskini ape yang patut,aku rase wajar aku tulis serba sedikit,supaya org x anggap blog ni sebagai satu wadah aku bereksperimentasi bila aku berada dalam situasi luar ambisi aku.
minggu lepas, 25th May 2013,aku dah bergelar suami...aku bukan lagi seorang lelaki yang hanya tahu memikirkan survival dirinya sendiri,bukan lagi seorang thrasher yang setiap waktu bergelumang dengan bunyian bingit yang bisa menghalau babi jika disiarkan di kawasan semak samun, dan juga aku bukan lagi seorang yang masih tercari-cari....aku sudah mula mempunyai tanggungjawab, aku perlu membimbing,bukan dibimbing dan terus terumbang-ambing...segala yang lepas perlu aku tinggalkan di belakang,aku kini berada di satu dasawarsa baru untuk memulakan langkah aku ke satu tahap yang lebih mencabar dari segi mentalnya,kerana pada tahap ini aku bukan lagi keseorangan.
buat gadisku, aku harap jika ada kesilapan yang aku lakukan, aku mohon maaf,kerana aku berusaha untuk menjadi yang terbaik, untuk aku menjadikan impian satu perhubungan ini bukan sebuah kisah dongeng tidak bertepian...realiti ini aku ingin realisasikan dengan gambaran yang indah,supaya kau gadisku,tidak menyesali menjadikan aku teman sepanjang hayat kau...cukuplah kau pernah aku lukai dengan bangsatnya satu masa dahulu...bangsatnya aku dulu,sebagai satu landasan aku menuju ke arah menginsafi dan menjaga suci sekeping hati
aku akan berusaha...
tuhan akan menentukan segalanya...
insyaallah..
buat kau,gadisku
-alfiesyahril-
Keja
2 years ago
Yang berlalu biarkan terus berlalu.. aku terima kau seadanya..
ReplyDeletetiada dendam, tiada amarah.. yang ada hanya sebuah kasih sayang dan cinta suci buatmu....
-aku, gadismu-