12 January 2014

1997...when it all started

1997,

aku baru darjah 5, tapi tahun tu bermulanya legasi tak berkesudahan dalam coretan layar hidup aku...tahun di mana aku mengenali METALLICA

aku kenal dulu pun sbb zaman tu,org dok sibuk pasal cite titanic...membe aku sorg tu siap 8 kali tgk,pejadahnye...tgk paling kuat 2 kali pun dh paham cite,itupun kalo cite tu m. night shyamalan yang direct.ini pulak titanic,straight forward love story yang annoying,tp bg pennggemarnya,filem tu adalah antara karya agung la,puih!

disebabkan dasar anti establishment dan pemberontakan dalaman yang membuak2 masa tu,aku ,bersama member sekelas aku Izham,lebih cenderung untuk mencari sesuatu yang penuh dgn aggression,penuh dgn stigma anti sosial,yang menjurus ke arah keganasan dan kegelapan,dan apa yang aku jumpa ada dalam metallica: riff berat disertakan alunan heavy yang membuatkan jiwa bergelojak, dan lirik mereka menceritakan permasalahan yang melanda dunia,wabak,peperangan,kesedihan dan ketidakpuashatian .
Metallica time aku lahir (86) : From Left: Lars Ulrich.James Hetfield,Kirk Hammett,Cliff Burton (died 86)
Metallica 2013 : From Left: Kirk Hammett,Rob Trujillo,Lars Ulrich,James Hetfield



brader2 kt taman aku tu time tu ramai straight edge,minor threat ,blag flag,antara band yg diorg dgr,campur lagi pengaruh britpop seperti oasis,pulp dan sebagainya,tp straight edge pd nama je la,rokok isap jugak...tp aku pada masa tu lebih terarah ke metal,senang cakap aku ni bukan dalam arus perdana la..band terawal pada 96 yg aku dgr,XPDC dan pada tahun 97 album Brutal yang cukup aku minat,lagu top Apa Nak Di Kata,memang menjadi siulan,bermula dari situ aku kenal metallica,kerana muzik xpdc itu sendiri berkiblatkan thrasher san francisco tersebut.

2014

18 tahun dah berlalu ,dan aku dh berumur 28 tahun sekarang...dah kahwin dah pun,

METALLICA? heheh!still metalling up your ass
seperti kata James Hetfield semasa inaugural show mereka ,MTV Icon 2001

"We are 20 years now,but we ain't gonna stop yet"

and still,mereka masih lagi thrashing all around


awang thrasher
-alfiesyahril-


No comments:

Post a Comment