14 November 2010

“ Abah, nanti tanah kat kampung tu aiman jaga ye nanti “ ,

Terngiang2 lagi di telingaku bait perkataan yang terpacul dari mulut ayahku semalam,semasa kami dalam perjalanan ke Melaka untuk mengambil barang2 adik aku di Utem Melaka… semasa ayah aku menceritakan perihal itu kepadaku, aku menyedari mata ayahku berkaca,dan setitis air meluncur jatuh,tidak dapat dihela lagi… aku tahu, dalam maksud ayat itu..aku faham benar apa yang dimaksudkan…

……………………………………………………………………………

Aiman, adalah adikku yang ke tujuh daripada 8 adik beradik termasuk aku, seorang yang periang,memang tak lepas dari gelagat yang happy-go-lucky. Setiap kali pulang ke rumah, apabila cuti semester ataupun kelepasan am yang lain,masa aku lebih banyak ku habiskan dengan adik-adikku, terutamanya aiman dan anis, 2 adikku yang paling muda, masa aku dengan kawan2 sekampung bagaikan ku tidak hiraukan sangat,kerana bagi aku, keluargaku adalah segalanya bagi aku… bila berada bersama mereka, kegembiraan tidak dapat ku gambarkan,lihat sajalah entri aku membakar lemang tempoh hari,begitulah aku dan keluargaku, duniaku….

Aiman ini istimewa, namanya bermula dengan Muhammad, sementelahan adik beradikku yang lain bermula pangkal namanya dengan abjad A… namanya juga diberikan oleh imam qariah kampung aku.

“Mad (ayahku), bia sorang anak kamu ni namenye ada Muhammad, sempena nama rasul kita “ ,…mungkin disebabkan berkat nama yang diberikan imam itu,aiman antara adikku yang rajin ke surau,walau tidak disuruh…kadang2,dia diberi kepercayaan oleh bilal untuk melaungkan azan. Aku bangga dengannya.

Aiman ini juga antara adik-adikku yang aktif,sepanjang sekolah rendah,pencapaian ko-kurikulumnya adalah yang terbaik,mewakili lumba lari, lompat tinggi ke peringkat negeri,dan dia juga salah seorang yang pernah ke puncak kinabalu, sesuatu yang belum atau tidak pernah aku terfikir untuk melakukannya. 

Aku dan aiman memang akrab sejak aku menjejakkan kaki ke menara gading. Mungkin disebabkan jauh berada di perantauan, aku mula mengenali apa ertinya semangat kekeluargaan,dan peluang pulang ke kampung sentiasa aku nantikan… pabila aku tiba di rumahku, aku akan mengajak aiman menemanku ke Bandar lipis, kadang2 kami ke bukit di flat,untuk melihat panorama pingir lipis,dan dia sentiasa mengikut aku sambil2 ditemani oleh anis…

Tapi itu semua adalah apa yang berlaku sekarang....


Kamu tidak mengenali siapa aku sebelum aku ke menara gading, kamu belum kenal alfiesyahril ini bagaimana sebelum itu, kamu mungkin tidak akan menyangka bahawa aku pernah menjadi sebegitu jika kamu kenal siapa aku…

Aku panas baran, sangat baran….Aiman dulu merupakan tempat aku melepaskan marah,disamping adikku yang lain, namun tempias yang paling sipi adalah aiman,kerana faktor usia aiman yang masih kecil dan kudrat aku yang telah merangkak remaja… aiman pernah disepak,ditumbuk,.. ditampar usah dibilang lagi banyaknya, aku sangat kejam dengannya dahulu, aku sangat kejam! Aku ingat dahulu bagaimana aku melempar aiman keluar rumah seperti aku membaling sampah ke bawah bukit, sehingga begitu sekali teruknya aku…aku cuba untuk melupakan yang lain,kerana aku tidak sanggup untuk mengingati dosa-dosa aku kepada insan yang aku sayangi… setiap kali aku berlaku begitu kepada adik-adikku, mereka tidak pernah menyimpan dendam kepadaku, esoknya,aiman masih datang kepadaku,meminta aku menolongnya dalam kerja rumah, kadang2 mengajakku menemannya bermain…tiap kali dia muncul didepanku,tidak pernah aku lihat sinar dendam dimatanya, tidak pernah….

Aku memang naïf ketika itu,sehingga kini penyesalan itu akan aku tetap bawa ke mati…aku sangat berdosa padanya…

Aiman seorang yang kurang cerdas di dalam kelas,berbeza dengan adikku yang lain, aiman memang sedikit sukar untuk memahami pelajaran, pernah satu ketika aku memarahinya dengan teruk kerana di masih gagal membahagi nombor bulat dengan betul walhal dia sudah berada di darjah 6… namun aiman tetap mencuba untuk menyiapkan tugasan itu walaupun aku memarahinya berkali2 untuk membuatkannya faham, sehingga satu ketika,ayahku memanggilku,

“abelong, bukan mcm tu nak mengajar aiman,kamu jangan anggap aiman tu mcm kamu mase kamu kecil dulu, aiman tu kene ajar pelahan2, bagi dia paham sikit2,jangan paksa dia sangat. “

Aku terdiam, kenapa adikku menjadi kurang cerdas? Mindaku ligat menerawang ke masa lalu… adakah aku penyebabnya? Adakah aku puncanya? Segala kekasaran yang pernah aku lakukan terhadap aiman semasa kecilnya terngiang di benakku… Ya Allah! Apa aku dah buat pada adikku……ya allah, aku berdosa kepada aiman…

Aku mula menyedarinya,namun tiada sesiapa menyalahkanku, tiada sesiapa pun, namun hati aku kuat mengatakan akulah puncanya…

………………………………………………………………………………………………..

Aku lihat ayahku menahan airmatanya daripada gugur ke bumi lagi, aku memandang ke luar tingkap,aku memandang jauh menembus segala halangan di depan mataku…
“aiman sedar yang dia kurang cerdas,sebab tu dia cakap dengan abah,kalau tanah di kampung tu nak diusahakan,di nak jaga ,jadi pengawal “. Ayahku masih cuba berseloroh,namun gurauan itu nampak tidak berapa menjadi, aku tahu,jauh di sudut hati ayahku, betapa dia mengagumi adikku itu,kerana kekurangannya itu,dia sedar apa yang termampu dilakukan,dan dia redha dengan ketetapan itu, walupun baru berusia 14 tahun,namun fikiran adikku itu jauh meninggalkan aku yang sudah menerima segulung ijazah….aku memandang ke luar tingkap kembali, dan tanpa aku sedari, air mata aku juga mengalir….


-alfiesyahril-

4 comments:

  1. aiman akan berjaya, orang seperti itu yang selalu akan berjaya kerana sedari awal dia mengenali akan kelemahannya sendiri. aiman akan berjaya. walaupun tidak bagus dalam soal akademik, tetapi dari awal dia agak bagus dalam soal kehidupan. mungkin die bukan sekolah berasrama penuh, mungkin dia belum lagi lulusan yang cemerlang, tetapi perjalanan aiman masih lagi panjang. sungguhpun dia sudah pasang angan2 menjaga kebun,pimpinlah dia, supaya dia jadi si tukang jaga kebun yang berilmu. kamu sbg abg, dan sy yakin dia jadikan kamu sbg idola.

    ReplyDelete
  2. tersentuh hati bila membaca.
    kesilapan lalu jadikan satu pengajaran dan pengalaman dalam meniti hari2 mendatang.
    aiman miliki peribadi mulia.masih muda tapi jauh pandangan nya.kagum.

    ReplyDelete