10 November 2010

secebis cerita tentang sejarah

aku terbaca naskah akhbar hari ini,dalam ruangan cuit,utusan malaysia,mengenai tajuk ini yang membicarakan 'ketakutan ' sesetengah ahli politik membicarakan mengenai tarikh 13 mei 1969. mungkin perkara ini adalah sesuatu yang sulit untuk dibicarakan secara terang-terangan,namun realitinya,kita mesti akur kerana hal ini telah termaktub dalam kamus sejarah negara tercinta kita,Malaysia,dan kita seharusnya menghayati dan mengambil ikhtibar akan tragedi tersebut.

aku tertarik dengan artikel tersebut kerana bukan disebabkan peristiwa yang terjadi,namun atas implikasi yang dikupas oleh penulis tersebut ada kebenarannya... aku megambil satu contoh, disebabkan oleh tragedi tersebut,timbul kesedaran kepada bangsa melayu bahawa pentingnya pelajaran,dan tertubuhnya DEB untuk mengatasi jurang antara kaum yang sangat ketara pada masa itu. satu pernyataan yang membuatkan aku terfikir sejenak,bahawa sesetengah tragedi yang terjadi,akan menimbulkan kesedaran walaupun sedikit,namun masih memberikan impak.

bayangkan jika tiada tragedi tersebut,mungkin bangsa melayu akan masih menjadi petani, kuli, drebar, dan sebagainya, dan kita masih lagi bercucuk tanam di kampung dan hanya memasang angan2 seperti mat jenin. mungkin sesetengah pihak akan memnganggap aku racist apabila membicarakan soal ini, tapi fikir dari segi intelek,bukan dari perspektif mentaliti kelas 3. angan2 hanya terdapat dalam filem2 melayu yang masih merapu tanpa hala tuju, dan melatah apabila filem yang dibuat tidak menang anugerah, dengki apabila saudara sendiri membuat sesuatu pembaharuan...tapi apabila diri sendiri yang menang, semua sunyi kembali....yang untung siapa? siapa? hanya sebagai satu contoh...

tuntas daripada artikel tersebut, aku dapat simpulkan yang melayu ini akan sentiasa alpa, dan mereka akan mula tersedar apabila segala-galanya sudah binasa...melayu itu amok, dan melayu itu membabi buta,melayu itu tinggi budi bahasa,dan melayu juga dengki mencerca....ambil iktibar daripada tragedi tersebut,dan kita bina bangsa 1 Malaysia yang disarankan oleh yang berhormat PM kita...aku ingin kita semua rakyat malaysia sentiasa bersatu padu,tanpa lupa kepada nilai dan pengajaran daripada sejarah kita... aku sekadar menasihatkan diri sendiri,kerana aku ini melayu...dan aku sayangkan bangsaku


mencapai impian,menatang bangsa
-alfiesyahril-

No comments:

Post a Comment