15 November 2010

abah...

aku amik ni daripada blog adik aku , kentanggorengspicy.blogspot.com

aku rasa aku nak kongsi ni dengan anda semua

.....................................................





bila abah datang..

ummmmmmm.............
huk huk huk.. :( :( :(

[dalam nada sebak aku menulis..]

aku berikan semua..agar kau gembira sentiasa..ringtone aku skandal berkumandang..aku mencapai handphone aku.tertera beloved Abah.cepat2 aku angkat.

abah:hello
aku: hello..abah!!
abah: tengah buat apa?
aku:baru lepas sembahyang..
abah:dah makan?
aku:belum..
abah:mai la turun.makan sekali ngan abah.abah belanja.abah tunggu depan pagar.
aku:oke..

aku bergegas turun..abah datang..tak dapat bayangkan betapa excitednya aku.tuhan je yang tahu.abah tunggu aku kat lua pagar uitm.dengan berbaju panjang paras lutut,berseluar skinny aku melangkah menghampiri abahku yang sedang menanti aku dari tadi.abahku menyambut aku dengan senyuman yang penuh bermakna.senyuman seorang bapa setelah berbulan lamanya tidak bertemu anak kesayangannya.abahku menghulurkan tangannya.aku menyambut dan mencium dengan penuh kegembiraan.saat yang aku nanti2 kan akhirnya Allah makbulkan.Ya Allah!! besarnya rahmat yang telah Kau kurnia kepada hamba-Mu ini.aku sangat bersyukur dengan pertemuan ini.Syukur alhamdulillah....

abah:nak makan kat mana?mimi pilih..
aku:kat tomyam sid.kat situ sedap.kuey tiaw goreng dia sedap.(favret food abah aku)huhu
abah:emm..bole jugak.
aku:jom!

kat tomyam sid....

akak kedai:makan apa?
abah:mimi order.
aku:kuey tiaw goreng satu.abah nak makan apa?
abah:apa yang best kat sini?
aku:semua best rasanya.try la kuey tiaw bah.sedaaaaap...
abah:boleh la.kuey tiaw satu.
akak kedai:minum?
aku:milo ais satu.abah?
abah:teh 'o' kurang manis.

aku dah abah berborak sakan..akulah.non-stop bercakap.abah pon.macam2 cerita kitorang kongsi.abah call mak.mak angkat.mula2 cakap dengan abah then mak nak cakap dengan aku pulak.ummm...rindu sangat2 kat mak!nak pelok mak..nak jumpa emen,anis,eyna,idi....hurmmm :( then mak cakap pulak dengan abah.mesti mak rindu kan dengan abah.abah baru je balik dari terengganu semalam.then pagi tadi mai pulak kuantan ada mesyuarat.busy abah.tulah kerja nya.tapi aku faham..dalam kesibukan kerja dia tu,dia tak pernah lupa untuk jenguk anak2 dia sekitar M'sia nie..tu yang istimewanya ayah aku.anak2 tak pernah menjadi bebanan kepadanya langsung.sayang abah!! ummm :(

makanan dah sampai tapi perbualan tetap berjalan.tengah makan pun boleh rancak berbual.abah aku komen about kuey tiaw dia yang tak ada kerang.kata abah,ada kerang baru special.emm..betul3!! aku setuju! huhu.kitorang teruskn conversation.mula2 pasal cara study aku kat uitm.okay ke tak..then pasal mesyuarat abah aku kat sini..then pasal along aku yang dah kerja sementara kat tempat dia belajar..kat upm serdang.apa yang membuatkan aku solute kat my eldest brother aku tu adalah, bukan sebab dia yang nak kerja sementara kat upm tapi lecturer kat sana yang panggil dia untuk kerja dengan diorang.how proud am i of him.abah aku lagi2 berbangganya.bukan senang dapat peluang dipanggil lecturer and then kerja sekali dengan diorang.tapi abang aku dapat.yang tak boleh blah nye.dia sorang je yang dapat compared to kengkawan dia yang lain.umm..now,memang idola aku my DAD and my BRO.tu lah yang abah aku story.umm..abah aku hope sangat aku jadi lawyer.even aku agak tak berminat dengan lawyer aku akan cuba untuk tidak menghampakan ayah aku.i'll do my best Abah!!aminn..

makan dah abis.minum pun dah selesai.time tu say "sayonara"lepas bayar,aku and abah menuju ke toyota APV milik abah aku sendiri.yelah milik sape lagi ..dalam perjalanan aku sempat mengusik abah aku.

aku:so..mane sedap?kuey tiaw kuantan kew..kL(kuala lumpur)?
abah:aishh..sedap kL lagi..
aku:yekeww??
abah:iye..kuantan ni sedap la jugak..boleh tahan..abah boleh kasi lulus je..
aku:lulus je??
abah:iye la.

urmmmm...satu perpisahan yang bukan atas kemahuan aku.abah aku menhulurkan tangan...

abah:abah nak pegi dah.mesyuarat dah nak mula.

(aku mencium tangan abahku dengan erat sekali!then aku cium pipi kanan..cium pipi kiri..cium pipi kanan kembali.aku peluk abahku!tanpa mempedulikan abang burger kat belakang yang dari tadi sibuk melayan tempahan pelanggan.malu bukan satu perasaan yang tersemat dalam diri aku tatkala bersama keluarga aku.)

abah:oke!abah pegi dulu.
aku:emm..(dalam hati..sebak..tuhan je yang tahu..)
abah:belajar rajin2.

dua keping not berwarna hijau abah aku hulurkan walaupun aku enggan menerimanya.namun abahku memaksa aku mengambilnya.aku dah lama tak mahu menyusahkan abah aku.tapi abah aku tetap nak bagi jugak.kata abah,"kalau mak kamu takde nye nak bagi nie..."abah aku membuatkan aku terimbas kembali peristiwa lama time aku form5 tu.aku dah lupakan.bia jelah.aku dah ok dengan mak.peristiwa lama jangan diungkitkan lagi.aku sekadar tersenyum membalas penjelasan abahku tu.

aku:abah jalan elok2!
abah:emm
aku:jangan lupa makan ubat tu nanti..
abah:hah!nasib baik tak lupa.ada nie.nanti abah makan.
aku:jangan lupa taw!huhu
abah:ye.oke!

toyota APV WPN 8786 meluncur pergi sambil hon dibunyikan tanda selamat tinggal abah aku kepada aku.aku hanya mampu melambaikan tangan.tersenyum puas walhal dalam hati,penuh dengan berjuta kesedihan.abahku hilang dalam pandangan.aku melangkah longlai terus menuju ke rumah di tingkat 3.air mata bercucuran jatuh.sampai di pintu rumah semua memandang pelik ke arah aku.gadis homesick sedang berdiri sambil air mata bergenang laju membasahi pipi aku.aku terus menuju ke arah wawa dan menangis di sisi dia.ibarat kucing kehilangan anak.aku tak dapat terima ketiadaan abah aku di depan mata.waktu yang diberikan oleh Allah kepada aku sangat singkat.namun aku redha.air mata terus mencurah-curah hingga sekarang..menulis dalam kesedihan.tak ada sape dapat memahami aku buat masa sekarang.wawa setia di sisi aku.dia menasihati aku supaya mesej ayahku dan katakan bahawa aku sayang kat dia.

mesej:
abah,mimi sayang sangat kat abah.mimi nangis lepas abah pegi tadi.

replied:
ok...tabahkan hati...

wawa sediakan aku susu supaya reda sikit.emm maybe.tapi aku tak mampu untuk berhenti menangis...

............................................

ayah ku..walaupun lebih banyak diam daripada berbicara, namun segala-galanya adalah untuk anak2 yang tersayang.



-alfiesyahril-

4 comments:

  1. penulisan adik seperti kamu juga..
    dapat menghayati ape yang adik kamu rase.

    perasaan cemburu pada yng mmpunyai ayah (sejak kecil) masih ada..rindu dakapannya..

    ReplyDelete
  2. mimi buat aku rase, org sekeliling kita sebenarnya bangga dgn kite, no matter what we do.. cume kite je taktau.. tnx mimi!

    ReplyDelete
  3. beshnye kalo ade org bangge ngan aku spt adek ko!! uhhu~

    ReplyDelete