kadang-kadang, apabila aku bersendirian, aku mula memikirkan sesuatu yang tak perlu aku tafsirkan... apabila aku berada di suatu kawasan yang mempunyai nilai 'soul' yang tersendiri,aku mudah untuk melakarkan lukisan di mindaku,tanpa diketahui apakah maksud dan pengertian yang ingin dijelaskan... kadangkala, apabila perasaan itu muncul dengan sendirinya, aku seperti hilang punca, hilang arah dan menggapai meminta pertolongan yang tak terluah dari mulutku sendiri....
pabila aku termanggu sendirian, pelbagai persoalan bermain di benakku, dan adakah aku perlu untuk mencari penyelesaian kepada permasalahan itu? aku sendiri tidak pasti....
'siapakah aku sebenarnya....." kerap kali terngiang di telingaku,bagai bersahut-sahutan , seperti sayup2 kedengaran walaupun tidak aku endahkan.... semakin dalam dan semakin menjurus ke dalam lubuk jiwa aku...
"dimanakah jiwa aku....." ah! aku sudah tidak berupaya untuk mencari jiwa aku sendiri, bagai sudah hilang sebahagian dari apa yang aku kenal diri aku sebagai aku.... aku masih memerhati sekeliling, ciap miap burung di persekitaran, serta perilaku manusia yang meneruskan kerja seharian mereka, menggamit aku seketika untuk lari dari norma pergolakan jiwa aku sendiri...aku mempunyai jiwa,tapi adakah aku faham apa itu yang dikatakan jiwa?....
aku dongak kepalaku ke langit, sinar suria menyimbah ke mukaku....bahang tidak terasa teriknya, sepertimana bergolaknya jiwa aku ini.....
aku mula berlalu pergi.... meninggalkan monolog itu bersendiri... hatiku bergetus " aku ini rupanya melankolik "
halatuju tak ditentu
-alfiesyahril-
Keja
2 years ago
No comments:
Post a Comment