22 October 2010

dinihari di kota langit,kuala lumpur

nama itu menyimpan seribu satu makna..... bukan sesuatu yang klise



sesekali apabila terasa diri terperosok di dalam rutin yang seringkali membelenggu minda, aku gagahkan diri aku jugak untuk mengekspresi diri aku,keluar dari lembah yang membeku kepala aku.... aku mulakan langkah,dengan lafaz bismillah aku start enjin moto aku ke danau, berjumpa dengan rakan2 aku di maple a-malik...kemudian mereka ajak aku pergi karaoke...macam biaselah, nyanyi lagu merepek, sinkong dan keju pun termasuk dalam senarai....hanya untuk mengisi masa...

kemudian si kong ni mengeluarkan idea " jom g jalan pasar"

"pejadah tempat tu weh?"

"ha! tu yang ko tak tau tu"

kong siap bagi hint lagi yang tak tahan tu .." manusia ni dikurniakan akal dgn nafsu kan fer? ", "kalau time ko g keje,ko mesti gunakan akal ko kan? ha! kalo g jalan pasar,ko guna yang lagi satu tu???"

pergh! hint memang menarik minat eksplorasi yang ada dalam diri aku ni, tanpa melengahkan masa,kami menuju ke jalan pasar dengan menaiki kereta azim...perjalanan tak jauh pun, kat area pudu,depan sikit bukit binatang, eh! silap,bukit bintang.....kawasan tu area kedai makan cina, n apabila kita orang enter itu kawasan, terdapat sekumpulan manusia,terutamanya lelaki sedang melakukan transaksi,ataupun bargaining di situ, dan sekumpulan lagi adalah minah2 asli china yang sepatah haram bahasa melayu pun tak reti, kalo cakap english yang diorg tau sebut " no money, no kongkek" hahaha! aku mula terasa tidak selesa berada di situ, jadi selepas melalui lorong terebut, aku menggesa kong supaya beredar dan pergi ke kawasan lain...

kemudian kami menerobos ruang2 gelap di bukit bintang, dan di sana kelihatan wajah2 yang 'seakan-akan' wanita pula...hahaha! bersepah bersidai merata-rata, menjalankan bisnes persundalan di situ....kong benar2 membawa aku meneroka apa yang dikatakan sebagai sisi gelap kota metropolis ini...sambil kami meninjau sekeliling, diselangi gelak tawa mengisi kekosongan sepanjang perjalanan...kemudian kami berhenti di pekeliling, sambil minum2 ...setelah itu kami pun pulang ke danau,dan aku bertolak pulang ke rumah setelah fajar hampir menyingsing...

apa yang aku dapat, aku simpan sebagai satu pengalaman dalam diri aku...berada di persekitaran universiti membuatkan aku tidak berwaspada,bahawa dunia luar bukan menjanjikan keindahan semata-mata, banyak nesta dan dusta yang memenuhi segenap ruang,dan hanya yang tabah dan berpegang teguh pada iman masing2 yang mampu untuk mengelak dan memikirkan pro serta kontra sesuatu yang dinamakan kehidupan...nampaknya, aku masih perlu mempersiapkan diri aku dahulu
...


cosa nostra
-alfiesyahril

4 comments:

  1. sisi gelap georgetown, aku pernah intai. mungkin sama dgn jalan pasar kt kL tuh. tapi kecil-kecilan. :)

    ReplyDelete
  2. untuk pengetahuan saudari rasist, pelacur warga china yang slalu kene cekup tu kat area sini la..hari tu tah ape sengal aku ke sane tah,sekali ade rush,tak ke naya aku,hahaha!

    ReplyDelete
  3. oh...tu la aktiviti sepanjang malam tu..
    isk..kalo ade rush cane??

    ReplyDelete
  4. kalo ade rush, kite run like a wind!!!!!

    ReplyDelete