terkadang aku masih teringatkan sesuatu,terkadang juga aku tetap mengenangkan sesuatu peristiwa... setiap kejadian sentiasa berlegar dalam ingatan aku... bait-bait lagu bunga larangan, dendangan UG-14 ni sentiasa terngiang di halwa telinga aku,aku rasakan aku masih mencari sesuatu lagi, sesuatu yang aku sendiri tak pasti,
'berkata sesuatu itu memang mudah,namun untuk melaksanakannya,memerlukan kekuatan yang tak mungkin semua orang berupaya...'
aku masih dengan diri aku sendiri,cuba mencari satu konklusi kepada setiap implikasi atas setiap peristiwa yang terjadi, aku masih bingung dan gusar setiap kali aku tidak punya arah tuju,ataupun aku hilang punca dalam pencarian. menafsir sesuatu adalah mengikut setiap pemikiran yang berbeza,dan setiap pemikiran yang berbeza akan menerbitkan penyelesaian yang juga tidak sama, namun setiap insan punya idea yang tersendiri.
banyak perkara yang perlu aku selesaikan,dan aku perlu menyelesaikan gelodak yang melanda dalaman diri aku sendiri, setiap kegembiraan akan terpacul dalam diri setiap insan jika diri insan itu sendiri merasa gembira seadanya. bila masa itu akan tiba,tuhan sahaja yang tahu, aku sendiri tidak tahu,adakah aku gembira atas kegembiraan orang lain? ataupun kegembiraan itu adalah kerana aku? ataupun aku hanya berpura-pura, dan menjadi manusia hipokrit ,yang selama ini aku benci sekali? apa yang aku sedar,aku menipu diri aku sendiri...
....'berkata sesuatu itu memang mudah,namun untuk melaksanakannya,memerlukan kekuatan yang tak mungkin semua orang berupaya...'
segala jawapan ada dalam diri aku sendiri,cuma aku sendiri yang perlu merungkai dan menterjemahkannya
sleep tight
-alfiesyahril-
Keja
2 years ago
No comments:
Post a Comment