01 February 2010

feeling with something...

sawah bendang nun menghijau

assalamualaikum, aku tiba jua akhirnya di bumi serdang ni,setelah melalui perjalanan yang menyeronokkan ke sebuah perkampungan petani nun jauh di kawasan pinggir selangor. banyak ketenangan yang aku peroleh sepanjang sehari semalam aku di sana,atas pelawaan sahabat aku untuk menemaninya ke rumah,aku akhirnya menuruti kehendaknya kerana kesibukan kota memerlukan sedikit ketenangan untuk diseimbangi bukan?

aku rasa tidak perlu aku olah lebih lanjut mengenai perjalanan aku,kerana perkara itu tidak menggambarkan isi yang ingin aku kupas dan kongsi dengan kau orang semua. dalam masa yang sedikit aku berada di sana,banyak perkara yang aku fikirkan dan renungkan, dan dalam masa yang sama aku selami dan hayati maksud yang ingin aku cari,iaitu kehidupan...

semalaman aku berada di sana,aku tidak gambarkan apa yang aku lihat di sana, kehijauan saujana mata memandang, di samping manusia yang menjalankan rutin kehidupan mereka sehari-hari dengan suasana kampung yang menghijau menambahkan persoalan dalam hidupku lagi : adakah mereka senang dengan apa yang mereka lakukan? adakah mereka mempunyai masalah seperti yang aku hadapi? ....aku mencari lagi satu konklusi,yang aku sendiri tidak mengerti. tapi, semalaman itu juga jawapannya dapat aku temui, dan dari penglihatan mata aku sendiri, aku lihat mereka mengerjakan apa yang mereka lakukan dengan penuh keikhlasan,dan menghayati apa yang mereka lakukan tanpa mengira penat ataupun susah... kerana itu aku dapati,kedamaian di kawasan ini betul2 membuatkan ku gembira, walaupun sedikit, tetapi dapat dijadikan sebagai satu ikhtibar kepada aku.

perjalanan menambahkan pengalaman,dan aku tau maksud pernyataan itu benar,dan dapat dihayati dengan sempurna. terima kasih sahabatku kerana membawa aku ke sini,dan menimba pengalaman yang amat bermakna, masalah adalah kehidupan kita,dan penyelesaian yang baik adalah untuk kehidupan yang bahagia. assalamualaikum

hijau bumi tuhan
-alfiesyahril-

4 comments:

  1. 'perkampungan petani nun jauh di kawasan pinggir selangor' tu kalau dari serdang lalu rumah aku...apsal x singgah?? leh aku mintak nenek aku suroh ko bt keje2 sawahnye...hahahahahahaha

    ReplyDelete
  2. ko mane le ade kat rumah ko,ko kan kat penang

    ReplyDelete
  3. kalo ko jemput aritu aku singgah je..wlpon ko xde..nk jmp pkcik abu Hassan je..

    ReplyDelete