02 August 2010

trip to pulau mutiara

che mat ada ajak aku datang hari tu, dia suruh ajak membe2 len, sape yang nak g...kabor ke keh ye?

30 July 2010

kehilangan...the entry

sadness,fear,happy,laughter...it is about life

...as far as eyes can see, the purpose of life is just not right this time...whether i'm doing something wrong, or am i doing something stupid,it is still unanswered..aku rasa aku dah semakin jauh dengan tujuan aku mewujudkan blog ni...dulu aku sentiasa bercerita pasal kehidupan,kesedihan...dan banyak perkara yang aku sendiri ulitkan diri aku sebagai satu motivasi untuk menguatkan lagi langkah aku untuk berkayuh di alam realiti..walaupun aku sedar kebanyakan perkara yang hendak aku lakukan hanya dongengan di alam mimpi semata2.... tapi dewasa ini, aku banyak lari dari norma kebiasaan aku...

adakah aku dah berubah sepenuhnya?  

ataupun aku sudah boleh melupakan waktu2 silam aku dahulu?

aku mempunyai satu sifat yang sangat keji, yang aku mungkin tak mahu ceritakan di sini.... aku kenal siapa aku...aku tahu setiap gerak-geri yang aku lakukan...aku tahu tahap yang mampu aku capai apabila aku betul2 memasang tekad..

  "  The wind may flow with you my friend...it always walk with you wherever you go, but as long as you trust the wind to go with you,it will never disappoint you, and it will never betray you... but the obstacle in front of you...the wrong path that you choose...and the royalty that you put between you and the wind, sometimes questioning the friendship between the you,and the wind.... from the experience that i have gained, never betray that trust.... don't ever betray it....never ever... or the feelings that you will get is....the regret"


song of despair
-alfiesyahril-

kehilangan...

nanti aku post dia punye entry...

29 July 2010

desperate or desperado?

bunyi macam sama, tapi lain beb, desperate ni terdesak dalam bahasa inggerisnye, desperado ni ala2 antonio banderas la, dare-devil punye.... so...ape yang aku maksudkan kat sini? pencarian takkan bermula kalau masih mencari langkah, pencarian takkan menjadi kalau masih mencari rentak, dan pencarian takkan berakhir kalau masih teragak2 agak... rhyme ni bukan biasa2, ini LUAR BIASA... wa cakap sama lu la beb...ni otak gua yang cakap, gua cuma terjemahkan je,...

lu tak paham?

lu tak cukup rock lagi tu geng,heheh!



speak the silence so loud
-alfiesyahril-

23 July 2010

to whom it may concern

assalamualaikum...selamat pagi, skrg pukul tiga pagi, so tak banayak aku nak tulis, cuma nak inform pada rakan2 yang tak tau, aku dah terminate account fb aku, so memang aku tak ade lagi dalam arena muka buku dasawarsa sekarang ni...kepada rakan2,tiada sebarang niat atau agenda aku buat mcm tu,bukan sebab aku nak putuskan kawan,atau aku nak lari dari sesuatu, tapi atas dasar pandang ke timur yang disarankan tun dr. mahathir ( alasan ni ok kot) ....

kadang2 manusia perlu meninggalkan sesuatu untuk mencapai satu tahap yang baharu

kadang2, manusia perlu berani ke hadapan untuk mengelak diri sendiri ketinggalan

dan kadang2, kematangan seseorang tu akan datang dengan cara yang tak dijangka

selamat pagi semua,esok aku balik lipis,nak kene tido cukup...maafkan aku kawan2, nanti kite jumpa lagi di lain hari

kadang2, fermentasi dalam minda perlu jugak dinyahtoksikkan,betul tak?


(aku pun tak tau la pasal fb ni,kadang2 aku berubah fikiran,so aku activate balik, tu la pasal....)


fandeiyan okultika hymnology
-alfiesyahril-

21 July 2010

headbangers kembali!

aku baru lepas beli cd xpdc baru... track first dah buat aku hangguk kepala macam kipas helikopter airwolf.... and aku rase sepanjang minggu ni memang xpdc jadi lagu tema aku je la ni....nostalgik kenangan darjah 4 kembali...ni pun sambil post entry ni pun,lagu xpdc jadi muzik latar,bagi mood tu naik sket, baru ada kick! hahaha! walaupun orang kate sekarang ni zaman lagu indie...aku dah tak boleh buat ape dah beb, jiwa gua dah lekat kat metal,...... KASI PECAH ITU KEPALA! hahaha!

at last, after almost 12 years of separation,they're back,bringing the old metal back to where it should be



buat bonda tersayang di kampung halaman, maafkan anakmu ini, kerana tak berubah2 lagi, asyik dengar lagu rock je dari kecik...n kepada ayahanda aku di KL, lagu menghalau babi ini susah benor nak ditinggalkan,heheh!


sanasinisamasaja
-alfiesyahril-

15 July 2010

wanita....dari kaca mata seorang lelaki

banyak kali jugak aku terfikir pasal perkara ni...apa yang ada pada pendapat seorang perempuan tentang seorang lelaki? sebab pandangan bagi kaum perempuan ni aku yakin memang berlainan sekali dengan pandangan kaum lelaki....

so...terdapat beberapa persoalan mengenai apa yang tersirat dalam minda permpuan ni mengenai lelaki, ni semua pendapat aku,jadi aku terbitkan persoalan ini untuk kaum wanita perbetulkan apabila terdapat sebarang cacat celanya...

first skali...apabila lelaki ni mengusik perempuan, adakah perempuan tu jual mahal ataupun memang dia tak suka kat laki tu apabila dia buat donno je...tu persoalan pertama aku, n pendapat aku pulak, perempuan ni mesti suke dalam diam2 tapi malu untuk meluahkan apa yang ada dalam hati mereka,sebab perempuan ni penuh dengan kelembutan dalam setiap geraklakunya...(perempuan only,tidak termasuk pengkid)

secondly....apbila satu group perempuan tengah berborak2, n then sorg lelaki idaman malaya lalu...topik yang dibincangkan mereka adalah?....tu yang masih menjadi misteri, aku sampai sekarang tak paham lagi apa yang dia orang borakkan...sebab dalam pemerhatian aku,lepas si lelaki idaman malaya tu berlalu, mesti mata mereka mengekori langkah lelaki idaman malaya tu, sambil kedengaran la tawa kecil dan usik gurau... tapi ni andaian aku je

thirdly....susah nak tgk kemarahan yang hakiki ni terpacul daripada seorang wanita ni... tapi apabila dia menunjukkan kegarangannya di khalayak ramai,adakah betul dia marah ataupun untuk menutup kelemahannya yang hakiki,iaitu lelaki? still the questions unsolved....

setakat ni,tu yang aku terpikir,sama ada betul atau tak, itu cuma andaian secara serkap jarang yang aku buat...kalo betul,memang best la kirenye aku ni,hahahaha! (up sket!)



more than meet the eye
-alfiesyahril-

11 July 2010

anak kecil main api....

WARISAN

Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang

Nenek moyang kaya raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesamalah kita
Cinta lenyap diarus zaman

Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ketangan yang lain
Peribumi merintih sendiri

Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutuplah hati terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang

Kini kita cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri

Kita sudah tiada masa
Majulah dengan maha perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha
MELAYUKAN GAGAH DI NUSANTARA




setelah diamati bait-bait kata pada lagu ini, hati aku tersentuh,bukan kerana prejudis, tapi mengenangkan akan bangsa aku sendiri... lagu ini ditulis sekitar tahun 80-an, namun kesedaran tentang martabat bangsa masih jauh aku lihat pada bangsa aku sendiri.. kepada golongan politikus usang yang masih berdebat tanpa hujung pangkal mengenai kepentingan politik masing2 , renungkanlah lagu ini,dan luangkan masa untuk memperlihat sendiri apa yang telah anda lakukan pada bangsa anda sendiri.hentikan membuka pekung bangsa sendiri,tohmahan dan maki keji itu semua... kita yang mendokong siapa diri kita... melayukan gagah di nusantara..bangkitlah


aku melayu...dulu,kini dan selamanya
-alfiesyahril-

09 July 2010

alfiesyahril anewar bin ahmad

aku = awang thrasher!

23 June 2010

4 penjuru , 4 tembok batu yang kini sepi dan menghilang...

guilty as charged....dari tirai besi

penjara pudu, satu nama yang cukup gah dahulu kerana menempatkan banduan2 yang terkenal dengan kesalahan berat serta tokoh2 politik juga pernah menjadi sang penghuninya, namun semua itu hanya tinggal sebagai satu memoriam dalam kehidupan kita rakyat malaysia setelah penjara ini dirobohkan untuk memberi laluan kepada pembangunan yang boleh diertikan kejam dalam membunuh sesuatu memoir....

serba sedikit mengenai sejarah penjara pudu atau dahulunya dikenali sebagai pudu goal terletak di jalan hang tuah mula dibina pada tahun 1891 di atas tanah seluas 10 hektar. pembinaan penjara tersebut telah dibuat secara berperingkat dan telah siap sepenuhnya pada tahun 1895.sebelum bangunan utama penempatan banduan siap dibina, lima buah bangunan sementara telah dibina bagi menempatkan banduan-banduan yang menjalankan kerja-kerja pembinaan. Bangunan tersebut telah dibina dalam kawasan tembok penjara. bangunan penempatan utama telah mula dibina pada bulan November, 1891 dan siap pada bulan Mac, 1892. Bangunan penempatan utama ini mengandungi 240 bilik menyerupai penjara kandy di Bogambia iaitu berbentuk X dan dibina setinggi tiga tingkat. Setiap blok dipisahkan oleh pintu pagar yang berkunci. (www.prison.gov.my)

perkara menarik yang  menjadi kebanggaan kita adalah lukisan mural di sekeliling penjara pudu yang merupakan lukisan terpanjang di dunia, dan sudah termaktub ke dalam Guinness book of record. 

peristiwa yang tidak dapat dilupakan dalam memoir penjara pudu adalah drama penahanan tebusan di penjara pudu pada 17 Oktober 1986,tahun aku lahir pulak tu kan? . enam orang banduan yang diketuai Jimmy Chua telah menahan Dr. Radzi Jaafar & pembantu makmal, Encik Abdul Aziz Abdul Majid sebagai tebusan sewaktu kedua-duanya merawat banduan di penjara itu. peristiwa itu berlangsung selama lima hari sebelum pasukan polis menggempur bagi menyelamatkan tebusan. operasi itu berjaya kerana tidak melibatkan sebarang tembakan & selesai dalam beberapa minit sahaja.

penjara pudu pada tahun 1896

namun itu semua hanya tinggal sebagai memori kepada kita rakyat malaysia,sudah berapa banyak bangunan bersejarah terpaksa dikorbankan atas nama PEMBANGUNAN..pembangunan yang tidak akan ada kesudahan...apa ertinya jika ada pembangunan jika kita masih lagi dengan mentaliti kelas tiga ,seperti yang selalu di ungkap oleh ayah aku tentang masyarakat malaysia.... pembangunan hanya di mata, tapi mentaliti masih di takuk yang lama, perbalahan , dengki khianat, rasuah, masih berlaku dengan sewenangnya... jika kita mempunyai mentaliti orang bertamadun dan intelek, rasanya pihak berkuasa tidak perlu bersusah payah dalam membanteras segala gejala yang berlaku, dan mungkin juga penjara tidak wajar diwujudkan, supaya pada masa akan datang, penjara ini tidak menerima nasib yang sama seperti penjara pudu yang menjadi mangsa kezaliman entiti yang bernama pembangunan.... 


mangsa arus permodenan...kini tinggal kenangan



 in memory 1895 - 2010
-alfiesyahril-

sekadar satu peringatan

-basuh baju untuk seminggu
-rokok dah nak habis stock, g beli peter stuyvesant
-minyak hitam moto nak kene tukar
- mlm ni masak kari pun orait gak
-g lepak kedai midin la
-hujung minggu g kawen che ros


so ,hari ni aku ponteng le keje,hahah!

playing truant
-alfiesyahril-