23 June 2010

4 penjuru , 4 tembok batu yang kini sepi dan menghilang...

guilty as charged....dari tirai besi

penjara pudu, satu nama yang cukup gah dahulu kerana menempatkan banduan2 yang terkenal dengan kesalahan berat serta tokoh2 politik juga pernah menjadi sang penghuninya, namun semua itu hanya tinggal sebagai satu memoriam dalam kehidupan kita rakyat malaysia setelah penjara ini dirobohkan untuk memberi laluan kepada pembangunan yang boleh diertikan kejam dalam membunuh sesuatu memoir....

serba sedikit mengenai sejarah penjara pudu atau dahulunya dikenali sebagai pudu goal terletak di jalan hang tuah mula dibina pada tahun 1891 di atas tanah seluas 10 hektar. pembinaan penjara tersebut telah dibuat secara berperingkat dan telah siap sepenuhnya pada tahun 1895.sebelum bangunan utama penempatan banduan siap dibina, lima buah bangunan sementara telah dibina bagi menempatkan banduan-banduan yang menjalankan kerja-kerja pembinaan. Bangunan tersebut telah dibina dalam kawasan tembok penjara. bangunan penempatan utama telah mula dibina pada bulan November, 1891 dan siap pada bulan Mac, 1892. Bangunan penempatan utama ini mengandungi 240 bilik menyerupai penjara kandy di Bogambia iaitu berbentuk X dan dibina setinggi tiga tingkat. Setiap blok dipisahkan oleh pintu pagar yang berkunci. (www.prison.gov.my)

perkara menarik yang  menjadi kebanggaan kita adalah lukisan mural di sekeliling penjara pudu yang merupakan lukisan terpanjang di dunia, dan sudah termaktub ke dalam Guinness book of record. 

peristiwa yang tidak dapat dilupakan dalam memoir penjara pudu adalah drama penahanan tebusan di penjara pudu pada 17 Oktober 1986,tahun aku lahir pulak tu kan? . enam orang banduan yang diketuai Jimmy Chua telah menahan Dr. Radzi Jaafar & pembantu makmal, Encik Abdul Aziz Abdul Majid sebagai tebusan sewaktu kedua-duanya merawat banduan di penjara itu. peristiwa itu berlangsung selama lima hari sebelum pasukan polis menggempur bagi menyelamatkan tebusan. operasi itu berjaya kerana tidak melibatkan sebarang tembakan & selesai dalam beberapa minit sahaja.

penjara pudu pada tahun 1896

namun itu semua hanya tinggal sebagai memori kepada kita rakyat malaysia,sudah berapa banyak bangunan bersejarah terpaksa dikorbankan atas nama PEMBANGUNAN..pembangunan yang tidak akan ada kesudahan...apa ertinya jika ada pembangunan jika kita masih lagi dengan mentaliti kelas tiga ,seperti yang selalu di ungkap oleh ayah aku tentang masyarakat malaysia.... pembangunan hanya di mata, tapi mentaliti masih di takuk yang lama, perbalahan , dengki khianat, rasuah, masih berlaku dengan sewenangnya... jika kita mempunyai mentaliti orang bertamadun dan intelek, rasanya pihak berkuasa tidak perlu bersusah payah dalam membanteras segala gejala yang berlaku, dan mungkin juga penjara tidak wajar diwujudkan, supaya pada masa akan datang, penjara ini tidak menerima nasib yang sama seperti penjara pudu yang menjadi mangsa kezaliman entiti yang bernama pembangunan.... 


mangsa arus permodenan...kini tinggal kenangan



 in memory 1895 - 2010
-alfiesyahril-

4 comments:

  1. bangunan tu kenangan. sejarah kite. sayang kan jadi cam tu. heh~ susah nak di cakap. btw, baru aku taw psl cite 1986 tuh. :D

    ReplyDelete
  2. hehehe! aku terkejut pasal dia nak robohkan pudu jail tu, dulu bile aku jalan2 kat situ,aku suke tgk mural kt dinding tembok tu, tak sangka banduan pun pandai melukis kan?

    ReplyDelete
  3. nice post
    =)

    -adila azli

    ReplyDelete
  4. olahan ayat yang bagus..
    maklumat yang disampaikan mudah untuk dipahami.

    ReplyDelete