26 September 2009

....still running with the wind

tengok gambar kat atas sure kau orang tak kenal punye,tapi gaya2 mcm aku tu ade la sikit...kat atas ni adalah gambar ayah aku,en. ahmad bin sudin,gambar ni dalam sekitar tahun 78-80 la kot,tu pun aku agak2 je...abah aku dengan muzik memang dekat,kalau nak diceritakan memang panjang jugak yang nak ditulis,tapi aku cuba singkatkan sikit la untuk tatapan kau orang kat sini...abah aku main muzik sejak dari kampung,backup artis sejak dari form three lagi,n dah merata tempat die pergi bermain muzik,instrumen yang ayah aku minat adalah dram,seperti gambar di atas,ayah aku boleh bermain gitar,n alat2 muzik yang len....

sebabnye aku post story ni bukan sangat pasal ayah aku,tapi ape yang ayah aku katekan pasal muzik tu sendiri...bagi aku kate2 ayah aku ada relevan dengan ape yang aku lakukan buat masa sekarang ni...

"main gitar setakat tau kord major je,tak payah mimpi nak main muzik"

"abah dah main muzik merate dah,sampai ke johor dengan utara pun pernah,tapi lepas abah kawen dengan mak kamu tu,abah terus berhenti main muzik ni,bagi abah,masa depan dalam bidang seni ni susah,belum tentu lagi terjamin...."

ayat2 yang sentiasa aku ingat,walaupun dah lama ayah aku sebutkan pasal hal ni, bila difikir balik,betol jugak ape ayah aku cakap tu...sekjarang ni berduyun manusia bermain muzik,boleh kate dalam seminggu tu,ade je GIG yang berlangsung di sekitar negara ni,tu pun kebanyakan nak main GIG pun susah,yang melepak jamming di studio usah dikata la...n stakat ni pemuzik yang betol2 berjaya belum aku jumpa lagi secara sahih,minta maaf aku cakap kalau ape yang aku tulis ni menyinggung sesetengah pihak tapi aku perasan ape yang berlaku,bile show takde,ape nak makan?takkan pasir kot? aku pun menasihati diri aku sendiri jugak,atas ape yang berlaku,sebab aku pun main muzik jugak,tapi atas dasar suka-suki je la,hahaha! papehal pun, abah aku sentiasa sebagai role model aku dalam menempuhi liku2 hidup....

tabahkan hatiku Ya Allah...


hero of the day
-alfiesyahril-

23 September 2009

Eid 2009...blast from the past

makan malam di rumah pusaka ,a family gathering...

assalamualaikum kepada rakan taulan sekalian,masih belum lewat lagi untuk aku mengucapkan selamat hari raya aidilfitri,maaf zahir,n kepada yang mkn dalam tu,maaf batin skali la kan? hari raya kali ni mcm tahun2 yg sudah,meriah dengan budak2 kecik bergembirasebab die orang dpt byk duit raye la kan,tu sudah semestinye,hehehe! pada yang dah besar panjang ni,hari raya lebih kepada berjumpa dengan sepupu2 yang dah lama tak jumpa,n menziarahi rumah2 sedara mara yang time ni je lah baru kite dapat berjumpa atas kekangan kerja...alhamdulillah..

aku ade satu cerita ni sebenarnye,time hari raye kedua tu,aku balik ke kampung,sebab kita orang punye famili ade buat makan2 la sikit,hehehe! time balik ke rumah pusaka kat kampung tu,banyak kenangan indah menusuk kalbu kembali menyelubungi...time melangkah tangga batu yang diam membisu di depan aku,teringat aku time kecik2 dulu aku penah jatuh kat situ sebab aku men racing motor dengan adik aku, hahaha! dalam rumah tu jugak al aku ingat,aku pernah kene pukul n mrh dgn arwah atuk aku,pasal men mercun,tapi standard la budak2 kan? n kebanyakannya atuk aku tak dapat marah pasal aku dengan adik aku manjang je lari asal jumpe je atuk aku nak pukul,hehehe!n dulu kat tangga tu jugak la ada tongkat atuk aku buat g mesjid,tu pun jadi barang mainan aku...n kesudahannya,seperti yang selalau,arwah atuk aku dtg nk pukul n kita orang lari la! hahaha! best betul pengalaman time kecik2 dulu...

mlm tu sebelum mkn mlm ramai2,kita orang semua sembahyang maghrib ramai2 kt dalam rumah tu,lepas tu buat la tahlil sikit2,mujur pyan ade,die yang handle majlis tahlil dengan sembahyang maghrib tadi,...so time menunggu masa untuk makan,aku terbukak la cerita yang arwah atuk aku tu garang time aku kecik2 dulu,semua oran yang ada kat situ pun sibuk dengan cerita time kecik2 diorang,n cerita yang paling aku suka mase pak embong aku cerite,..

"dlu mase pak embong kecik2 dlu,nak mandi kene pergi ke sungai tu ha,time tu dengan berkain pelikat,berkelubung la tengok je air sungai tu, tunggu sampai air tu jadi suam,time tu kalau tengok air sungai,berasap je atas air,pasal sejuk sangat,tapi nak taknak kene mandi jugak la,kalau tak tak dapat pergi skolah"..

" kalau mcm tu,mesti segar sampai skolah kn?" , tanya aku dengan penuh konfiden

"sampai skolah berpeluh pulak", kate abah aku pulak " jalan nak ke sekolah tu dekat 2 batu,demeh skarang mudoh,dlu jalan ke skoloh kene lalu semok,bawok btg kayu buat menepis lalang,kalau tok,basoh la baju,kene air embun, sampai2 skolah bkn mcm skrg terus je masuk kelas,dlu tok,kene menebas kat skolah dlu,cabut ke rumput,pukul 9 baru masuk kelas" kata abah lg.

pak embong pun sambung " kalau time hujan tak dapat la g skolah,pasal jalan kene naik air,dekat paras2 dada la jugak,time tu bedoa je air naik,pasal kalau air naik je,tak payah g skolah,satu lagi kalau hari jumaat,dapat balik awal,pasal dulu nak g ke lepih naik kete api je,mane ade jalan,dah tu murid2 la pikul beg cikgu,hantor naik kete api,dapat la balik skolah awal"

seronok,itu yang dapat aku gambarkan melalui cerita ayah dan bapak sedare aku time mereka kecik2 dlu, keperitan,kesusahan,menjadikan satu pengalaman yang berharga dalam menempuhi getir hidup dewasa ini,aku mungkin tak rasa ape yang mereka rase,tapi melalui ape yang aku lihat,kesusahan itu mengajar mereka erti cekal,dan hasilnya mereka berjaya pada masa ini...aku? still writing and perhaps,i will become somebody that can give somethong to anybody...kepada abah dan pak embong,terima kasih untuk segalanya...



old time blues..
-Alfer-

12 September 2009

melayukah kita?

MELAYU

PUISI - DR. USMAN AWANG

Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan.

Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar,
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut,
Biar mati adat
Jangan mati anak.

Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu, Minangkabaumemang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, semua Melayu
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah mua’alaf bertakrif Melayu (Setelah disunat anunya itu)

Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan

Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara

Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
Tanah sebidang mudah terjual
Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba.

Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi
Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri.

Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak.

Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan

Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut

Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Selagi yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
“Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran”

Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan.

Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka

gema takbir...

tak lame dah ni nak raye weh!hahaha! tapi seperti mane biase la,hari raya akan mengundang syahdu di kalangan gelandangan yang mencari rezeki,jauh di perantauan,sama seperti anak2 muda yang menuntut ilmu jauh dari kedamaian kampung halaman yang sentiasa terkenang di mata,terpahat di hati. jadi setiap kali menjelang hari raya ni,akan timbul la masalah kat aku yang jauh ni,mcm mane la nak balik serdang tu nanti ye...mesti jam la ni,aku ni dah la naik moto je,nasib baik ade jgk la member nak teman konvoi same2 dgn aku ni,hehehe! so sebelum pape pun,aku nak ucapkan selamat hari raya pada kawan2 aku yang kenal aku,n maap zahir batin...assalamualaikum

p/s : puase jangan lupe pulak,seminggu lebih lagi nak raye

07 September 2009

shah alam reunite



assalamualaikum semua rakan2,baru je lepas program iftar kat shah alam yang berlangsung hari tu, n semuanya berjalan dengan lancar....hmmm, tapi ape kene mengena iftar dengan gambar ihsan dari fesbuk amir hakim ini? di sini anda dapat lihat senyuman kong yang dah nak sampai ke telinge,hahaha! ni sebenarnye program underground yang berlaku selepas iftar,iaitu bermain bola di atas simen beralaskan karpet ataupun futsal nama diberi...perjumpaan antara rakan2 yang dah lame tak berjumpa....satu kenangan nostalgik yang menerobos ruang minda yang bersemadi di dalam memori kekal utuh untuk selamanya...hehehe! latest event yang akan berlangsung mungkin kahwin syazwan saedan mukhtar di LIPIS!!!!! pada 4 oktober ni,hehehe! sape yang dekat2 tu dtg le,bukan jauh pun lipis,uganda lagi jauh ape?...

28 August 2009

ini adalah ayam api


kepade sape2 membe aku yang tak kenal ayam api,ni lah gmbrnye

24 August 2009

satu cerita sehari sebelum puasa....

hari jumaat yang lepas.aku balik lipis dengan ayah aku,setelah munda aku banyak dijajah dengan perkara2 orthodox dan meruncing nurani di bandar metropolitan,nak jugak aku lepak2 kat kuala lipis,berpuasa dengan ahli keluarga yang lain,heheh! so lepas asar aku dengan ayah aku bertolak la ke lipis,on the way mcm biasa lah,borak2 n sambil2 bertukar pendapat...dari gombak sampai ke bentong....n the story began when we reach bentong,time tu jalan memang sesak la,pasal ramai juga umat manusia yang nak balik,berpuasa bersama keluarga,n time ni peristiwa tu berlaku kat stesen minyak shell,betul2 kat simpang 3 kat bentong,sape orang bentong tau la tempat tu...time tu aku tengah mengelamun,n tibe2 ayah aku bersuara

" cube tengok ayam api kat seberang jalan tu, sape la yang tak berhati perut tu", kate ayah aku, n aku terus tengok kat seberang jalan, dalam minda aku still tertanya2 ape la binatang ayam api tu,n for your info, ayam api ni mcm ayam,n nak same mcm burung merak sikit,bulu pun tak berapa nak ada sangat...ape yang menyentuh perasaan aku ialah time tu,aku tengok sekor ayam api tu dah mati kena langgar dengan kereta la kot,kat tengah2 jalan,n ada sekor lagi member die kot,tak pun ayam api betina yang still tunggu je kat sebelah jalan tu,tengok je ayam api yang dah kena langgar tu....

" sape la yang tak berhati perut tu,ayam api ni bukan macam ayam kampung, kalau ayam kampung tu,bile nak melintas jalan, die boleh mengelak lagi kalau ada kereta,sebab ayam kampung boleh lagi terbang",

" ayam api ni lain ke bah?",

"ayam api ni kalau melintas jalan,die memang lintas pelan je,die tak pandai nak patah balik...tu lah,kesian ke kawan die tu,tunggu je kawan die yang dah mati kat tengah jalan tu".


aku termenung sekejap la time tu...lepas dah jauh dari simpang tu,aku tengok ayam api tu masih lagi menunggu kawan die yang kite tau dah mati kena langgar,tapi ayam tu tetap menunggu,mengharap kawan die akan bangun dan sama2 diorang boleh balik ke reban....

tu la beb,kalau kite pk la,ayam yang takde akal pun boleh sanggup menunggu kawan die yang nyata dah mati,ni kan pulak kite manusia...kita sendiri sanggup tikam kawan dari blakang,ada yang sanggup gunakan kawan untuk kepentingan peribadi,dan macam2 lg....aku tak bermaksud semua orang macm tu...tapi sesetengah manusia ni,yang Allah kurniakan akal fikiran,untuk digunakan sebagai seorang khalifah di muka bumi ni.....namun masih berlaku kepincangan dalam masyarakat itu sendiri....

kepada kawan2 aku semua,aku mintak maaf kalau ade perlakuan aku yang pernah menyinggung perassan kau orang semua, memang lepas aku tengok ayam api tu, agak tersentuh jugak la...kite patot jaga kawan kite,bukan mkn kawan kite...jadi sedarlah manusia...

fikirlah, sedangkan ayam api yang tak berakal pun tahu apa ertinya sahabat....


-Alfer-

19 August 2009

ngantok ni geng...


aku kene imsonia agaknye ni,bapak susah nak tido malam, asyik tiap2 hari bejage....lepas tu kelas pagi konpem la tertuang dengan tak sengaje nye...aisehmen...hari tu aku g pusat kesihatan universiti, die cakap aku ade masalah mental...ape punye doktor la,kasi gua mental down je,hehehe! ni saje je aku post,tak tau ape nak tulis,hehehe!

-insomniac-
AlfeR

14 August 2009

Event terakhir sure pekat di lipis!


kalau ade band nak main,g je la,mengikut ape yang aku tau,nk men pun free,tp tak tau la,kene tanye organizer la dulu, papehal aku tak dpt g tgk,sbb esk aku blajar memandu lg, demn!

Something missing...


hari tu lepas aku key-in aku punye data final year thesis,aku terase penat mate menatap moniter yang kering kaku dihadapan mata aku tu,so aku pun buke la folder gmbr2 lame aku....n aku tertengok la gmbr time skolah dlu...hehehe! ade mase tu aku nak tergelak jgk la,tgk gmbr sorang2 yang tak berape nak matang akal fikiran lagi,perangai nak sewel2 je belaka....hmmmm,i still feel that it all just happen yesterday,glory days when we were still young and not thinking about the hypocrasy the world made,and we are in our own world...lots of happiness,crying ,laughter,envy,prejudice,LOVE...it all mix up into one term call, teenager...hahaha! teruk betol english aku,tapi tu la pasal...gmbr yang ade dengan aku pun tak byk, tapi tu sume dah cukup nak mengubat rindu aku pada zaman2 aku skolah dlu,zaman mengenal kehidupan...( ceh, teremosi lak aku ni....)

so lepas habis skolah tu,byk yang dah tak seperti dulu,ade je yang tak kene,tak taulah ape yang terjadi tapi nada sesuatu yang aku tak dapat lagi...bayangkan,dulu selame 5 tahun kat skolah (aku 4setengah je) kite dapat kenal satu same lain,boleh makan same2, n sekurang2 nye kite tahu negeri mane membe kite tu asal...

aku nak tanye kau orang lah,lepas skolah kn,kau orang rase tak ape yang aku rase? apabila kita mula melangkah ke tahap yang lain,sebagai contoh ke alam pekerjaan ke? menara gading? terasa seperti ada je sesuatu yang dah hilang,yang pernah kita kecap satu masa lalu tapi mula pudar dan hilang diarus masa...cube imbas beb,kau orang ada rase tak?

days of being wild
-alfer-